Sunday, July 20, 2008

Bila Zahid Hamidi dan Dr. Lo' Lo' bersatu - Wahdatul Fikr Wahdatul Amal

Itulah malam yang bukan hanya suatu kegembiraan alumni Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah (SISTA) kerana akan menyambut Jubli Emas 50 tahun pada tahun hadapan. Alumni SISTA rupanya adalah forum Melayu Islam di Perak.

“Kita ketepikan perbezaan politik, kita tolak segala bentuk mufaraqah dan kita bersatu di bawah Wahdatul Fikr dan Wahdatul Amal”, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucap utama.

Dr. Zahid dalam ucapannya senantiasa merujuk kepada rakan politiknya, Dr Lo’Lo’ Haji Ghazali, Ahli Parlimen PAS Kawasan Titiwangsa yang sama-sama duduk di meja utama. Beliau berseloro lagi, “Tahun ini kita dapat agihkan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM50,000 kepada Alumni SISTA dan RM50,000 lagi kepada Koperasi SISTA. Bajet tahun depan pula klau Dr. Lo’Lo’ setuju (apabila dibentangkan di Parlimen nanti), Insha Allah kita akan cuba agihkan jumlah yang cukup banyak kepada Alumni dan Koperasi."

Hadir juga pada malam itu para Alumni, Tuan Haji Asmuni (Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak), Dato Mohd Rifai (Mantan Datuk Bandar Ipoh), Prof. Dr. Bukhari Lubis (Intelektual dan Budayawan) dan ramai lagi.

Antara intelektual dan professional yang dilahirkan oleh SISTA ialah, Prof. Dr Siddiq Fadhil dan isterinya, Prof. Dr. Zulaikha, Prof. Dr. Mohd Nor Manuty, Mana Sikana (Saterawan), Ustaz Zulkifli Ibrahim (Timbalan Pengerusi PKR Perak) dan Sdr. Zainul Rijal (Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia).

Manakala ramai lagi yang dihasilkan oleh SISTA yang terdiri daripada para peguam, akauntan, jurutera, arkitek, pentadbir, pensyarah, ahli/tokoh korporat, pengendali hotel, guru-guru dan ustaz-ustaz.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes