Jumaat, 31 Oktober 2008

Siapakah Power Broker Undi Pilihanraya? Benarkah undi berasaskan kaum tiada wujud?

Siapakah yang menyuruh pengundi untuk mengundi parti apa di dalam pilihanraya. Siapakah yang meminta pengundi Cina mengundi mengikut turutan begini:-

1. DAP lawan BN = Undi DAP
2. MCA/Gerakan lawan PAS/PKR(Calon Melayu) = Undi MCA/Gerakan
3. PAS/PKR(Melayu) lawan BN-UMNO = Undi PAS/PKR(Melayu)
4. PKR(Cina/India) lawan BN = Undi PKR

Siapakah yang meminta sedemikian? Kuatkah jentera pembangkang? Tapi kalau jentera Pembangkang kenapa bila MCA/Gerakan lawan PAS/PKR kena sokong BN pula?

Adakah mereka ini Suqiu atau Dong Zhong? Atau HINDRAF? Atau ini sebenarnya kerja pakatan kongsi-kongsi gelap adik/beradik sekaum?

UMNO bertanding 34 Kerusi. Menang hanya 27 dan kalah 7. Di mana?

1. UMNO kalah di semua 2 kerusi DUN dalam Parlimen Parit Buntar
2. UMNO kalah di 2 dpd 3 DUN di dalam Parlimen Bagan Serai.
3. UMNO kalah di Changkat Jering dan di Changkat Jong a.k.a 2 Changkat
4. UMNO kalah di Lubuk Merbau.

Wajarkah semua Melayu sokong UMNO? Realistik kah UMNO bertanding di 34 kerusi? Berapakah kerusi yang diperlukan untuk mentadbir kerajan Negeri? 30 kerusi sahaja.

4 lagi kerusi majoriti Melayu yang tidak ditandingi UMNO diberikan kepada MIC

Khamis, 30 Oktober 2008

Usir setinggan haram itu dari tanah Majlis Agama Islam, kerajaan Negeri jangan bela setinggan!

Tanah di : PT 190561, PT 190562, PT 231285 SEHINGGA PT 231327 Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, Negeri Perak, Tempat di Bercham, Ipoh, Perak

Pemilik berdaftar Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan.
Pada 29-10-2008, MAIAMP terpaksa menjalankan suatu operasi pengusiran setinggan haram yang berada diatas tanah miliknya seperti diatas.

Untuk makluman, tanah ini pada asalnya telah dirizabkan bagi maksud kegunaan awam dan lebih spesifik lagi sebagai tapak Pusat Dakwah dan Kompleks Anak Yatim pada Julai 1994 dan telahpun diwartakan dalam warta kerajaan negeri Perak pada 18 Ogos 1994.

Pihak MAIAMP berharap dengan operasi mengeluarkan setinggan daripada tanah tersebut dapat dilaksanakan dengan segera. Namun usaha MAIMP ini seakan cuba dihalang oleh pihak-pihak tertentu. Tanah ini juga khabarnya, dicadangkan untuk dimajukan sebagai projek pembangunan bercampur yang juga akan memberi manfaat kepada masyarakat Islam dan bukan Islam setempat tanpa mengira bangsa.

Demikianlah hasil risikan Perak Bangkit

Siapakah Ahmad Zahid Hamidi?

Silakan memberi komentar anda tentang insan ini.... Siapakah dia Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya?

Ulasan Taiping Mali

TAIPINGMALI said...
Zahid juga bekas pelajar Izuddin Shah Ipoh (sekolah menengah agama)

Zaman beliau dalam Pemuda, dia telah dipengaruhi oleh Anwar sehingga beliau menempelak Tun Mahathir dalam ucapan Ketua Pemuda di PWTC.

Penyokong kuat Anwar dan pernah di tahan di Kota Kinabalu semasa krisis Anwar.

Sedar dari kesilapan menyokong Anwar beliau telah tarik gear undur dan menyokong Tun Mahathir.

Beliau juga mempunyai syarikat beliau sendir yang berjaya sebagai seorang usahawan atau ahli perniagaan yang amat berjaya.

Meminati aktiviti bermotor besar dan memiliki beberapa buah motosikal untuk mengisi hobinya.

Berjaya memperolehi Phd dan kini bergelar Doktor Falasafah.

Sangat hebat ketika berhujah atau berdebat. Mempunyai ketokohan sebagai seorang pemimpin.

Kerjaya politik dalam Pemuda banyak mengajar beliau dan dari kesilapan yang lalu semasa taksub dengan Anwar.

Pilihlah beliau sebagai Naib Presiden Umno untuk masa depan UMNO.

Sedih juga ramai yang sakit hati dengan kejayaan beliau terutama pihak pembangkang dalam komen ini.

Isu Panas - Nak sokong Majlis Agama Islam atau Penceroboh?

Kes di Bercham. Tanah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu telah lama diceroboh setinggan Petani haram. Kini Majlis Agama Islam Perak telah bertindak ambil alih tanah itu. Cuma kita nak lihat sekarang.... Kerajaan Perak pimpinan Nizar PAS nak sokong siapa? Mari kita lihat isu ini bersama....

Rabu, 29 Oktober 2008

Kenapa aku bangga dilahirkan Melayu!

Bangsaku lahir dan menjadi bangsa di kala kaum Eropah dan Barat hidup dalam kegelapan. Bangsaku adalah kelahiran semula dunia Arab yang celaru, dunia India yang pecah robah dan dunia Tionghua yang sedang megah mewah. Cantuman Tiga Asia tadi diserap bersama anak-anak Nuh yang nak singgah di pulau-pulau Rempah. Bangsaku kaya dengan susila dan bijak menyulam Bahasa. Keindahan Sanskrit-Tiongkok di sulam Arab Qur'an menjadilah ianya bahasa bangsaku. Tulisan Arab ditambah huruf Ajam Chaga Nganya menjadi tulisan bangsaku. Lalu dapatlah dieja nama orang-orang Yunan, Champa dan Jawa.

Mereka tahu atau tiada tahu bahawa bangsaku ditaqdirkan Illahi semuanya mesti Muslim. Lalu anak Melayu Luzon, kepulauan Visayan serta beberapa di Mindanao pantas murtadlah Melayunya kerana menjadi Kristian.

Bangsaku inilah bangsa Timur itu. Telah di Jepun-Koreakan, namun masih Melayu utuh dan jati. Inilah kekuatan bangsaku yang kuat. Nantinya akan terkumpullah semuanya. Dari Acheh, Selatan Thai menggunung di bumi Semenanjung terus menikam sukma Temasik menjalar di Jawa dan Nusa Tenggara, berhutan belantara di Borneo, gerak bebas di Sulu, Palawan dan Mindanao, terbang di seluruh pelusuk Pulau Bugis dan tanah berempah dan akhirnya hinggap di persada Irian.

Itulah negararaya bangsa Melayu. Daulah sejati daulah Islamiyyah. Laut Cina Selatan akan dipanggil orang serata dunia sebagai Lautan Melayu.

Selasa, 28 Oktober 2008

Apa bedanya antara Islam dan Melayu?

Melayu itu adalah satu istilah bila ianya digunakan ianya dirujuk kepada Islam. Dalam konteks geo-Malaysia, Islam senantiasa dirujuk kepada Melayu dan Melayu dirujuk kepada Islam. Bila kita berbahasa menggunakan istilah Melayu, kita maksudkan Islam. Begitulah juga sebaliknya. Akhirnya, penggunaan istilah Melayu telah menjadi hikmah di dalam Da'wah kita.

Bila kita kaitkan apa sahaja penulisan agama Islam kita akan kolobrasikan Tulisan Jawi(Melayu) bersama. Lalu apakah bedanya antara Melayu dan Islam dalam konteks geo-Malaysia ini. Lalu apa jua adat "Melayu" dulukala yang bercanggah dengan Islam, adat itu disanggah. Lalu apa jua Sunnah Nabi dan ajaran Islam terus sahaja menjadi adat Melayu yang sah. Lalu apakah bedanya antara keduanya.

Bila PAS melekatkan nama Islam pada nama Partinya menjadi Parti Islam, sedangkan standard Islam tidak diungguli PAS, lalu PAS mesti bertanggungjawab dalam membawa nama baik Islam. Walhal UMNO secara tersiratnya bolehlah dibaca sebagai Pertubuhan Kebangsan Muslimin Bersatu kerana sitilah Melayu itu secara tersiratnya adalah maksudnya Muslimin. Kenapa? Dalam konteks geo-Malaysia, Perlembagaan telah menetapkan bahawa Melayu mesti agamanya Islam. Jika darahnya Bumiputera, namun beliau Kafir, dia adalah Bumiputera Bukan Islam. Namun walau siapapun dia dan darahnya, asalkan tubuh kujurnya menerima Shahadatain, maka dia adalah Melayu di Tanah Malaysia ini. Namanya boleh saja jadi Ruben, Fay, Sebastian, Ahmad Choong, Ali Radju dan Peah, mereka adalah Muslimin dan mereka adalah Melayu. Orang Bangla dan orang Indon juga adalah orang Melayu. Kenapa tidak? Tanyalah pada Perlembagaan kita.

Siapa selepas Najib?

Siapakah PM kita selepas DS Najib? Tak segankah Anwar nak jadi PM selepas era Pak Lah & Najib? Lupakanlah Anwar! namun, siapakah insan yang boleh dipertanggungjawabkan sebagai peneraju Malaysia di masa depan. Adakah anda jawapannya? Lupakanlah senarai calon daripada PKR atau PAS. Ianyanya lebih barangkali daripada UMNO. Kita ada tokoh bertuah itu. Siapakah insan itu.....?

Rabu, 22 Oktober 2008

Sanggupkah jadi Pak Kaduk? Menang Sorak Negeri Tergadai

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan dinegara ini. Dimanakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Dimanakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Dimanakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti disini tetapi saya amat gembira disini.” Itulah pegakuan Tun V. T Sambanthan.

Didalam ucapan kedua-dua tokoh itu ini jelas menunjukkan betapa kaum Melayu bertimbang rasa dan pemurah sekali tetapi kini kebaikan kita mula dicabar oleh golongan yang dengan sengaja melupakan hakikat sejarah. Sifat baik hati orang Melayu. Jangan terlalu dicabar , kelak buruk padahnya.

Isu pemberian hak milikan tanah selama 999 tahun kepada kampung-kampung baru jelas menafikan sama sekali Hak Golongan Pewaris keatas tanah airnya sendiri. Bagaimana pula kedudukan pejuang-pejuang kemerdekaan dan terus menjaga keselamatan negara seperti askar dan polis yang dipinggirkan.... apakah kita semua masih tidak sedar bahawa ini adalah penjajahan bentuk baru yang cuba menidakkan hak-hak kita.

Menawarkan dasar pemilikan tanah-tanah negeri secara tender. Kesan dari tindakan ini ialah golongan yang kaya sahaja berpeluang memiliki hartanah maka akan wujudlah jurang taraf hidup dan ekonomi yang ketara. Yang Kaya akan Bertambah Kaya manakala yang Miskin akan terus melarat ditanah air sendiri. Bangsa merdeka hanya tinggal nama. Apakah kita mahu menjadi seperti Pak Kaduk Menang Sorak Kampung Tergadai!

Saya tahu dalam usia yang muda ini mungkin perkara-perkara ini dilihat sebagai perkara yang remeh atau hanya polemik politik semata mata. Tetapi jika bukan anak muda yang membela agama dan bangsanya siapa lagi! Sebenarnya benteng kekuatan dan perpaduan kaum muda itu adalah senjata yang paling berkuasa bagi menghalang apa jua bentuk penaklukan dari mana-mana pihak sekalipun. Waima melihat tulisan jawi yang terpahat didada kita semua sudah cukup menggetarkan hati mereka diluar sana. Itu yang hanya ada disini nun diluar sana ada berpuluh ribu lagi yang sedia bangkit mempertahankan hak Agama dan Bangsa di Tanah Air kami ini.

Selasa, 21 Oktober 2008

Melayu bangsa terbagus kata pemimpin Cina dan India

Hari ini saya akan melontarkan beberapa isu semasa yang akhir akhir ini seakan akan merobek dan mencabar maruah kita selaku pewaris tanah air tercinta ini. Diantara isu yang sering dimainkan ialah:
1) Isu mempersoalkan kontrak sosial yang dianggap sebagai omongan atau hanya tipu helah belaka,sekaligus mempersoalkan hak keistimewaan Bumiputera seperti yang termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan Negara.
2) Isu pemberian tanah hak milik kekal selama 999 tahun tanah-tanah di Kampung-Kampung Baru.
3) Menyarankan membuka kuota kemasukan kepada bukan bumiputera sebanyak 10% ke UiTM
4) Penubuhan Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam yang terang-terangan memperlekehkan agama Islam

Timbulnya isu-isu ini..tidakkah kita hari ini merasakan kita sedang diancam? Tidakkah kita merasakan pepohon perpaduan antara kaum di Malaysia sedang digoyang? Jika kita terus hanyut dan berbalah dek kerana fahaman politik berbeza, tidak bersatu padu, bercempera tak tentu kira...kerana nafsu yang tamak demi memenuhi kepentingan diri semata-mata maka akan tergadai martabat Agama,Bangsa dan Negara tercinta ini. Dan sebagai warga muda pewaris bangsa, dimana peranan kita? Apakah kita rela dipinggir ditanah air sendiri? Apakah kita hanya menonton bilamana Agama & Bangsa kita diperlekehkan sesuka hati oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan dengan sengaja mencetuskan api perkauman.

Golongan yang mempersoalkan hal ini bukannya orang yang tidak berpelajaran tetapi terdiri daripada golongan2 profesional undang2 yang tahu dan faham perlembagaan negara. Mereka sengaja memperkotak katikkan bangsa kita. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan mengenai Kontrak sosial di Malaysia iaitu merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara, dan merupakan prinsip beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 dalam perlembagaan negara yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada kaum-kaum pendatang, dan Perkara 153yang memberikan hak istimewa kaum bumiputera. "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak." [1] Disini jelas membuktikan bagaimana kita bertolak ansur dengan kaum-kaum lain dan menerima mereka sebagai warganegara Malaysia tapi kini kita sebagai tuan rumah bagaikan mula diusir keluar dari rumah sendiri..Apakah ini wajar? Dan waris tuan rumah itu adalah saya dan anda semua! wajarkah kita berdiam diri mengiyakan setiap suara golongan yang mula lupa darimana asal usul mereka dan tidak tahu berterima kasih dan bersyukur? Mereka mula tidak menghormati dan sengaja menggoyahkan pepohon perpaduan yang sekian lama subur di Malaysia ini. Selama lebih 50 tahun rakyat malaysia hidup penuh tolak ansur dalam segala hal dan kini kita sengaja dicabar! Disini saya bacakan kembali petikan teks ucapan Tuan Tan Siew Sin, presiden MCA dalam akhbar tempatan yang bertajuk “ Tun Tan Answers on Special Privileges” atau “ Tun Tan menjawab kritikan mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu” bertarikh 30 April 1969. Saya tidak mengubah apa-apa isi kandungan ucapan itu, saya hanya membaca kembali petikan ucapan itu...

Tun Tan Siew Sin berkata “orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka dimana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup dibawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu dan sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.”

Saya juga ingin membacakan petikan ucapan Tun V.T. Sambanthan, presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 1hb Jun 1965.
“Pada Tahun 1955, kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.
Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya disini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

Jika kita lihat diserata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?
Disini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “ Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan dinegara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa Melayu, ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Kalau bukan UMNO, Melayu patut sokong parti apa?

2008. Rancak pemilihan UMNO kali ini. Sesiapa sahaja boleh menang dan sesiapa sahaja boleh kalah. Banyak keputusan upset. Jadi, sekarang adalah masa terbaik untuk semua Melayu Bersatu di bawah UMNO. Kejumudan kepemimpinan UMNO telah terungkai. Kenapa kena benci UMNO. Yang salah pemimpin itu? Bukannya UMNO. Rata-rata di setiap bahagian UMNO, 70% adalah muka baru. Pemimpin favourite atas kertas tumbang. Pemimpin yang baru menceburi politik berjaya menang dan menjadi pemimpin. Kebanyakkan komponen BN sudah berubah wajah pemimpinnya. Pembangkang masih menaruhkan pemimpin yang sama. Walaupun malam telah menggantikan siang, namun DAP masih lagi diketuai Lim Kit Siang. Masih lagi Nik Aziz, Haji Hadi dan Anwar. Masih yang itu-itu juga. Tiada perubahan.

Kit Siang, Karpal, Nik Aziz, Haji Hadi dan Anwar sepatutnya bersaralah daripada politik. Bagilah laluan pada Guan Eng, Nasharuddin dan Azmin lead pulak. Tengok boleh tak makan Tsu Koon, Tee Keat dan Najib & Muhyiddin. Tengok Pak Lah pun dah nak bersara.

Ahad, 19 Oktober 2008

Jelas Kini - DAP Pembakar Politik Perkauman

Parti DAP mesti dimusnahkah. Inilah parti yang datang dengan seribu kebencian. DAP asalnya ialah PAP. Parti Kuan Yew yang membawa ajaran Malayan Union. Kuan Yew betul-betul pembawa dasar kolonial. Apakah itu Malayan Union. Sebuah negara tak berSultan. Sebuah negara demokrasi sekular yang cukup kapitalis yang berasaskan ketuanan orang Cina.

Lihatlah Singapura. Itulah negara demokrasi sekular kapitalisme bertuankan kaum Cina. Itulah maksud Malaysian Malaysia ajaran DAP.

Kepada PAS dan PKR. Tinggalkan DAP segera. PKR Melayu mesti tolak DAP. PKR Cina pun mesti tolak DAP. PKR India pun mesti tolak DAP. Ideologi PKR menolak ketuanan Cina. Menolak Sekularisme Tulen. Menolak Kapitalisme. PAS lihatlah betapa jahatnya DAP ini. PAS percaya ker tak ni? Kalau dah percaya kenapa masih bersekongkol?

Tolak DAP. Buang DAP. Musnahkan DAP. Tapi.... kini mereka tak percaya lagi sebegitu. DAP telah dibajukan dengan baju Melayu. Slogan kerajaan Umar Abdul Aziz laungan Guan Eng telah mencairkan Melayu PKR dan PAS.

Kami benci DAP. Itu sahaja yang kami tahu. Ingat! DAP bukan memperjuangkan orang Cina dan orang India. DAP memperjuangkan kapitalisme atas nama demokrasi. Api Perkauman Cina dimainkan oleh DAP. DAP berjaya mainkan api perkauman Anti Melayu di kalangan orang Cina dan India. Secara halus, mereka mulakan api perkauman anti Melayu (anti UMNO dahulu). Selepas ini mereka akan merobek PAS dengan api perkauman(anti agama) dan mereka akan anti Islam.

Siapakah yang memulakan politik perkauman? Siapakah yang mula persoalkan kontrak sosial kongsi kuasa? Siapakah yang menentang Sistem Beraja? Siapakah yang melaungkan Malaysia Malaysia a.k.a "Ketuanan Cina". Bukankah DAP yang mulakan....

Jumaat, 17 Oktober 2008

Kalau dah benci sangat "Melayu" panggil saja Jawi

Itulah pentingnya sejarah. Ada tapi tak mahu belajar. Kalau anu masih berkulup mesti dipotongkan. Upacara itu dipanggil "Masuk Jawi". Jawi ini adalah istilah kepada anak Nusantara yang sudah masuk Islam. Di Tanah Arab, anak Nusantara ini dipanggil orang Jawi. Kerana itulah tulisan yang digunapakai untuk menulis Bahasa Melayu dipanggil tulisan Jawi.

Kenapa Jawi. Bagi orang Arab nama geo kepada kepulauan Nusantara ini dpanggil Jaw (baca Jawa). Jadi Ya tambahan itu menunjukkan bangsanya. Demikianlah wujudnya istilah Jawi itu yang diisbatkan kepada nama bangsa di Kepulauan Nusantara. Bagi kita Jawa itu merujuk kepada Pulau Jawa sahaja.

Adapun Melayu itu asal istilah Sanskrit Malai. Malai itu maknanya Gunung. Orang Malai yang datang dari benua India di seawal abad ke 8 mendarati Sumatera dan Tanah Melayu. Mereka mendiami di sana dan berkerajaan terus. Mereka ini hebat berbahasa jadi ke semerata Nusantara bahasa Malai (asasnya Bahasa Sanskrit) telah digunapakai sehingga menjadi lingua franca di geo Nusantara ini.

Rabu, 15 Oktober 2008

Pemuda Melayu - Jom kahwin dua tiga atau empat, kalau setakat satu jer koman la!

Amoi amoi Cina cantek mantik. Anak India Bengali lawa-lawa. Takkan nak tengok jer. Pergila ngorat. Pergi rapat. Ajarkan mereka tentang Islam. Kahwinilah mereka. Perkahwinan adalah baik untuk hidup bermasyarakat. Dengan formula perkahwinan, Melayu akan diperkasakan. Islam sudah tentu jadi lebih perkasa dengan pekasanya Melayu.

Di Perak, semasa PRU12 sebenarnya orang Melayu telah undi calon Melayu. Jika dulu di Dewan Negeri ada 34 shj org Melayu sekarang Melayu dah ada 36 orang.... Tetapi malang seribu kali malang. Cina yang memerintah Perak. Wahai orang-orang Melayu, berfikirlah dalam-dalam. Kita menang tapi hakikatnya kita tewas. Menang tapi kalah.

DAP tu Parti Komunis. DAP sebenarnya nak menegakkan ideologi Cina berkuasa dan bukannya idea Malaysian Malaysia. Atau Malaysian Malaysia itu maksudnya ialah Cina Berkuasa.

Ramai orang Melayu telah mula sedari helah DAP terutamanya mereka yang dahulu mengundi PKR dan PAS. Di Pasir Panjang, dulu Melayu sokong BN jadi calon India yang menang. Begitu juga di Behrang. Tapi semasa PRU 12, mereka ubah angin sokong calon Melayu. Benar, Melayu telah manang tapi..... malangnya di peringkat negeri Melayu kalah.

PAS mesti sedar. Mereka tak perintah pun negeri ini. Mereka diperintahkan shj oleh DAP. Takkan masih tak faham-faham lagi. Benarlah saranan Mufti Harussani itu adalah cadangan yang paling bernas. PAS mesti bersatu dengan UMNO wujudkan kerajan. Dan bukannya bersatu dengan DAP.
P/s: Mr. Perakean..... why didnt you marry any Malay lady? We can shake our hand like brothers. In Islam, all of us are brothers.

Sebarkan berita tembelang Khairy dan Reezal Merican

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/10/tembelang-kj-dan-reezal-pecah-di-gelang.html

Sinopsis

3. Tiba di lif hotel, penyelaras bersama peti undi-peti undi tersebut menaiki lif terlebih dahulu untuk naik ke tingkat 8 manakala wakil-wakil calon menaiki lif kemudiannya selang lebih kurang 15 minit.

4. Sebaik sahaja wakil calon tiba di tingkat 8 di dalam sebuah bilik hotel yang bernombor 819 dan 820, mereka dapati kesemua peti undi telah dibuka di kedua-dua bilik tersebut dan kertas undi berada di atas katil.

5. Salah seorang wakil calon persoalkan kenapa pengiraan undi bagi calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia di buat di bilik yang berasingan.

6. Penyelaras tidak memberi alasan yang munasabah dan tetap meneruskan proses perkiraan undi.

51 Tahun Memerintah UMNO buat pa yer? Tido saja ker org UMNO ni....

1. Memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
2. Bagi kerakyatan Malaysia kepada kaum Pendatang sebab UMNO ni baik hati
3. Memerdekakan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963
4. Mula menempatkan orang Melayu dalam Civil Service
5. Membuat Dasar Ekonomi Baru pada 1971 bagai memperkasa Perkara 153
6. DBP bagi memperkasa Perkara 152
7. Rancangan Buku Hijau
8. FELDA, FELCRA dan MARA (dulunya RIDA)
9. PETRONAS..... Malaysia mula dikayakan....
10.Tubuh UM,UKM, UPM, UiTM
11. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
12. UIA, Bank Islam, Sistem Perbankan Islam
13. Kereta Malaysia - Proton
14. PNB, DRB-Hicom, Dasar Penswastaan, TNB, Telekom
15. Memperkasa Media melalui Internet Services
16. Membina puluhan ribu Masjid dan Surau
17. Membina jambatan Pulau Pinang
18. Lebuh Raya Utara Selatan
19. Pusat-pusat pelancongan
20. Memperkasa Kuala Lumpur Metropolitan
21. Membina Pusat Pentadbiran Putrajaya
22. KLCC dan Menara KL
24. Litar Sepang dan KLIA

Itu yang terlintas di kepala saja......

PAS dah buat apa? DAP dah buat apa? PKR buat apa? Buat bising jer kan.... Itulah bezanya antara UMNO dan mereka....

Bagaimanapun krisis yang dibangkitkan oleh blog ini adalah kerana ketakseimbangan yang berpunca daripada sikap individualistik sesetengah kelompok. Kelemahan pentadbiran dan pengaturcaraan pemerintahan bukan berpunca secara total kepada "leading party" tetapi adalah hasil kerja bersama daripada pembuat dasar hingga penyampaian di peringkat pelaksana.

Jurang perbedaan ekonomi antara kaum adalah suatu krisis.

Selasa, 14 Oktober 2008

Krisis Ekonomi - Setiap RM100, Melayu hanya miliki RM4 tapi Cina miliki RM79

20 kali ganda tu banyaknya duit orang Cina (nisbahnya 25% kependudukan) berbanding orang Melayu (nisbahnya 54% kependudukan) dan bagi setiap RM1 yang ada pada seorang Melayu seorang Cina ada RM40. Kalau Ali bergaji RM1,000 sebulan Ah Kow pula bergaji RM40,000. Wow banyaknya!

Ali beli sebiji rumah Ah Kow boleh beli 2 biji banglo 5 Apartment dan 10 rumah lagi. Banyak betul harta Ah Kow ni. Bila anak Ali dapat biasiswa masuk Universiti tempatan, Ah Kow kena berbelanja RM200,000 untuk hantar anaknya belajar di luar negeri. Ah Kow okay jer sebab dia memang mampu. Dia pun tak kisah sangat pasal hal anak Ali tadi. Dia tahu Ali susah. Tapi ada dua makhluk lagi ni sebok bebeno. Seorang namanya AnNur seorang lagi Lim Bangang. An Nur kata kerajaan tak adil kerana tak menawarkan anak Ah Kow biasiswa untuk masuk universiti tempatan. Lim Bangang pula kata kalau anak Ali dapat, anak Ah Kow pun mesti dapat yang sama. Lim Bangang kata mana ada keistimewaan kepada Ali. Ini tidak adil! AnNur sokong Lim Bangang.

Semalam Kuan menaikkan harga gula, beras, ikan, ayam dan sayur. Semuanya naik antara 20 ke 50 persen. Ali jadi susah hati. Gaji dia macam tu jugak. Terpaksalah Ali mengajak keluarganya berpuasa bagi mengurangkan belanja makan. Begitulah indahnya Islam. Dunia ini tempat bersusah-susah. Biarlah senang di akhirat nanti.

Ajaran Sesat Melampau di www.rakansiswa.com

WAJIB SEBARKAN SEGERA KE SELURUH RANGKAIAN ANDA, EMAIL, YAHOOGROUPS, SMS, WEBSITE, BLOG, FSTER, MYSPACE, YM, SKYPE, FACEBOOK DAN DESAK KERAJAAN MALAYSIA TUTUP LAMAN WEB TERSEBUT. TIADA KOMPROMI!

Krisis Pendidikan - Dah graduate tapi tak reti cari kerja, tak tahu buat bisnes

Mangkok sangatkah budak-budak hari ini. Dah graduat pun masih tersipu buntu nak cari kerja. Pengangguran meningkat. Apalah agaknya kelas graduan pada hari ini. Tak payah cerita jauh, nak bukak stall burger pun tak tahu. Tapi katanya Bachelor of Management, Business Studies. Lulusan accountancy pun tak dapat kerja kat syarikat besar milik tauke Cina. Kerana katanya mereka perlukan yang berkebolehan berbahasa Mandarin.

Apakah sebenarnya standard pendidikan kita pada hari ini. Graduan balik Mesir dan Timur Tengah tengah pening nak mula kerja sebagai apa? Dah 5 tahun menganggur ni. Rasa nak kahwin dah meluap-luap. Tapi duit tak dak? Tadi cerita org yang belajar kat Mesia. Skrg ni yang belajar kat Arab pula. Sama jugak kesnya. Begitulah jugaknya yang balik dari negeri Barat.

Ladang Anggur semakin luas sebagai tanda semakin bertambahnya penanam anggur. Ini krisis! Mana perjuangan mahasiswa? Kenapa mahasiswa jadi mandom. Tak nak perjuangkan nasib diri sendiri. Mana pemimpin mahasiswa? Ada ker? Tu ha yang gila berpolitik ikut Anwar tu berlambak. Sokong PKR macam nak rak, tapi masih menganggur. Tu yang dok julang Mat Sabu dalam PAS banyak juga, tapi masih menganggur. Tak kurang juga yang ikut bontot Khairy, pun masih menganggur.

Bodoh lesu para mahasiswa hari ini! Tak tahu apa itu politik kampus? Politik kampus adalah politik yang membela perjuangan pendidikan dan kualiti seorang mahasiswa dan BUKANNYA menyokong mana-mana Parti Politik yang berdaftar dengan SPR! Mahasiswa sekarang lembik. Bukan sekarang! Dah lama dah lembik!

Sekarang graduan law banyak, tapi takut nak jadi lawyer. Ramai yang gemar jadi bacul. Pasal tulah arah tuju politik negara merudum. Semerudumnya tahap pemikiran orang Melayu. Siapa yang rosakkan minda orang melayu? Anwarkah? atau Mahathirlkah? atau Pak Lah kah? Atau Politik Jongos para pencinta liberalisme dan pluralisme

Krisis Jatidiri - Kenapa anda seorang Islam?

Kutanya kepada Melayu itu? ANDA MELAYU? Jawabnya, aku Melayukah? Kutanya lagi kenapa anda Muslim? Kerana Ayahbundaku Muslim? Kenapa Ayahbundamu Muslim? Kerana Nendaku Muslim? Kenapa Nendamu Muslim? Kerana Nenek Moyang Kami Muslim? Kenapa Nenek Moyang kami Muslim? "Mungkin" kerana dia Melayu atau Bugis atau Petani atau Minangkabau atau Banjar atau Mandailing atau Baweyan atau Jawa atau Sunda atau Madura atau Bajau atau Melanau atau Sulu.

Siapa orang Barat gelar mereka itu? Mereka dipanggil orang Melayu. Dan orang Arab gelar mereka orang Jawi.

Siapa yang cipta Malaysia? Koloni British atau kita? Siapa yang cipta Indonesia? Koloni Belanda atau kita? Siapa yang letakkan Patani di bawah Thailand? Siapa yang letakkan Mindanao dan Sulu sebagai sebuah Filifina?

Dia Jawa dari Teluk Intan. Eh! Dia pun Jawa dari Jakarta. Di Kuala Lumpur Jawa yang datang dari Jakarta itu dinamakan pendatang asing Indonesia. Di Palembang, Jawa yang datang dari Teluk Intan itu pelawat sebab dia datang bawa duit banyak.

Siapa YDPA yang pertama? Itu keturunan Raja Melewar, Raja Bugis. Orang Bugis dari Sulawesi datang belajar di Kajang itu adalah pelajar luar negeri bukannya rakyat Malaysia.

Kenapa mereka tu? Hmmm .... Itulah krisis Jatidiri namanya. Nak mengundi UMNO payah juga sebab aku orang Banjar, bukannya orang Melayu. Nak undi PAS pun rasanya tak kena. Aku undi PKR jerlah sebab parti itu liberal.

Semalam aku ke Bagan Serai. Ada orang Melayu ramai di sana. Ada orang Banjar pun ramai juga. Orang Petani pun ramai juga. Orang DKK/Mamak pun ramai juga. Mereka hidup dalam ashabiyyah masing-masing.

Buat apa aku perjuangankan Ketuanan Melayu, aku ni orang Baweyan. Buat apa aku pertanahankan hak keistimewaan Melayu, aku ni orang Mandailing. Eh! Selangor tu negeri Melayu ker? Bukankah Sultannya orang Bugis?

Biarlah orang Melayu sahaja yang perjuangkan hak Melayu, kita usah masuk campur sebab kita orang Melanau.

Ali orang Rawa, Malek orang Acheh, Yasin orang Bengkulen, Syam orang Sunda. Siapa di sini Melayu jangan angkat tangan anda?

Isnin, 13 Oktober 2008

Jangan burukkan nama UMNO!

Perak Bangkit dan sekutunya dan semua rakan bloggers dengan ini memberikan amaran kepada semua ahli UMNO yang bertanding di dalam pemilihan agar jaga nama baik UMNO. Sekiranya anda melakukan maksiat dan kejahatan sudah pasti anda akan ditelanjangkan di dunia internet ini. Kami tak akan segan atau silu untuk melondehkan seluar dan baju anda di atas kemungkaran yang anda lakukan.

Ingatlah UMNO ini adalah hak semua orang Melayu, justeru janganlah dijadikan UMNO ini milik MyFamily Incorporated.

Beginilah kami para pejuang siber, kami tiadalah membela UMNO sembrono. Kami sayang UMNO sebagai parti ayahbunda dan parti kemerdekaan tanahair.

Kepada PKR, janganlah bermimpi nak perintah negara ini. PKR tidak layak kerana partinya masih caca marba. Halatuju keketuaan dalam PKR masih kabur. PAS perlu lebih banyak belajar. Mukatamar Pemilihan tahun depan akan jadi medan ujian yang terbaik untuk melihat nasib dan masa depan PAS. Namun kiranya PAS sudah berfikir panjang, fikirkanlah kerjasama dengan UMNO demi Islam dan Melayu, janganlah terlalu ego. Demikanlah harapan majoriti Ummat Melayu Islam dan para pejuang Alif Ba Ta.

Khamis, 9 Oktober 2008

Himpunan Melayu Muda Perak (Ucapan Penyelaras Program)

Himpunan Melayu Muda Perak (Pramula)

Terima kasih Pak Lah dan sayang padamu wahai bapak kami

Pak Lah memang ibarat seorang bapa. Penyayang dan baik hati. Mr. Clean is your name. We love you father.

Kepada semua sahabat. Ucapkanlah ucapan terima kasih kita kita bapa yang baik, bapa kita, Pak Lah.

Sejarah bakal mencatatkan Tun Abdullah Ahmad Badawi Al Haj adalah Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Semoga Allah merahmati beliau.

Rabu, 8 Oktober 2008

Pak Lah wajar besara sebelum dibersarakan

Kami hormati Pak Lah sebagai PM yang paling baik yang pernah ada di Malaysia. Namun Pak Lah kini loose control..... Ada beberapa sebab kenapa Pak Lah wajar bersara walaupun beliau masih mampu memikul tanggungjawab sebagai Presiden UMNO.

Pertama, Tok Det nasihatkan sedemikian. Kedua, banyak pemimpin UMNO minta dia berbuat demikian. Ketiga, banyak orang dah getik dengan budak hingusan Khairy tu.

Beginilah politik. Pemimpin datang dan pergi. Namun kita berharap janganlah sembang khabar angin melampau macam si Kuda Kepang tu. Janganlah nak cari populariti dengan berita yang tak sahih tu wahai Encik Kuda Kepang. Tunggu sahajalah keputusan rasmi Pak Lah.

Pak Lah, kami sayang Pak Lah.... namun perpisahan itu juga adalah lumrah wahai bapak kami. Khairy bengaplah juga yang melemahkan bapak. Pulas telinga budak jongos tu yang khabarnya nak join Zaid Ibrahim masuk PKR....

Selasa, 7 Oktober 2008

Himpunan Melayu Muda Perak (Introduksi)

Kami telah dikirimkan oleh seorang sahabat Video Himpunan Melayu Muda Perak untuk diuploadkan dan dikongsi bersama menontonnya. Hidup Semangat Melayu Bersatu.

MERE NAM JOKER!

Saya amat tertarik dengan salah satu komen rakan saya yang berbunyi seperti berikut:

putera said...
harapnya paklah mengundurkan diri, moga najib dan kepimpinan baru akan melakukan satu perubahan besar untuk kebaikan UMNO dan orang Melayu, seterusnya merampas kembali perak dari tangan DAP.untuk perak, memang orang melayu menyesal memangkah Pakatan Rakyat.

Habis tanah kita tergadai kepada cina.yang bestnya, nizar yang dijamin syurga, atas nama Islam memberikan tanah yang luas kepada 9 buah sekolah cina. sedangkan untuk 18 buah sekolah melayu kurang luasnya.

bila cina dap perak nak buat replika atau patung nizar?

October 7, 2008 10:57 AM

Ha..ha..ha... takper, tak perlu membina patung untuk MB Nizar, kerana MB Nizar sememangnya digelar superhero oleh mereka. Dan dia layak sebaris dengan joker-joker dunia seperti diatas.

Hari Ini Esok atau Lusa - Nasib Anwar dan Abdullah

2, 3 hari ni ada beberapa keputusan ingin didengari rakyat jelata. Pak Lah akan buat pengumuman secara rasmi samada bertanding jawatan Presiden atau tidak. Kata orang politik, keputusan tu dah ada sebenarnya, cuma tunggu pengumuman rasmi sahaja daripada mulut Pak Lah. Menurut media hari ini, Pak Lah akan umumkannya esok atau lusa.

Hari ini atau sebentar sahaja lagi kita juga akan mengetahui keputusan Mahkamah Sesyen tentang nasib Anwar. Samada jaminannya diteruskan atau tidak ataupun samada kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak.

Nasib Nizar pula entah bagaimana? Semakin hari semakin banyak masalah yang beliau kena fikirkan. Mana nak cari tanah 1,000 hektar kepada sekolah agama rakyat? Janji dah diberikan atau semuanya hanya cakap kosong.

Cerita tanah 400 hektar untuk sekolah persendirian Cina pula begini. Kelulusan Exco telah dikeluarkan. Namun tanah masih belum ada. Apakah tanah yang sepatutnya diperuntukkan oleh SADC untuk orang Melayu akan di twistkan? Oh! Nasiblah kome... Beginilah bila Cina memerintah... Saya nak nyatakan fakta sahaja sebab perkara sebegini tidak pernah dibuat oleh MCA, Gerakan dan MIC kepada UMNO. Tetapi DAP memang berani pijak kepala PAS dan PKR.

Isnin, 6 Oktober 2008

Apa Dah Jadi MB Nizar, Dah Setengah Tahun Memerintah?



Masa terus berlalu, dalam diam kini telah lebih setengah tahun MB Nizar duduk sebagai MB Perak, sehingga kini masih tidak kelihatan sebarang dasar yang kukuh untuk memajukan Negeri Perak. MB Nizar masih dibuai mimpi indah, masih terkejut beruk tak sangka dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Sehingga kini masih tiada dasar yang dilulus atau dicadangkan oleh MB Nizar untuk merealisasikan Kerajaan Berkebajikan seperti yang dicanang diserata pelusuk kampung sepanjang pilihanraya ke-12.

Sehingga kini rakyat Perak masih menunggu dan terus menunggu apakah perancangan atau dasar yang ingin di lakukan oleh MB Nizar untuk membantu mereka. Jangan sampai rakyat semakin bosan menunggu, umpama menunggu buah yang tak gugur-gugur. Mungkin tak lama lagi Dewan Undangan Negeri Perak akan bersidang, jika sebelum ini MB Nizar dibelasah teruk dengan soalan-soalan oleh Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN), takkan sesi kali ini juga nak kena bantai sekali lagi kot...

Sesi kali ini sudah pasti berkisar mengenai Bajet Negeri, adakah semakin kembang kantung kerajaan negeri atau semakin menguncup? Persidangan kali ini sudah pasti amat menarik untuk kita dengari, tetapi umpama igauan ngeri buat MB Nizar. Cukup-cukuplah berceramah, tazkirah dan sebagainya disana-sini. Ulama Pas kat Perak dah ramai, tak perlu sibuk-sibuk ganggu kerja mereka, nanti mereka dah takder kerja sebab semua MB Nizar nak bolot, kecualilah tokoh-tokoh Agama ini diberikan peluang untuk menjadi MB sekejap sementara MB Nizar pergi ceramah, tak logik bukan, begitulah tak logiknya seorang Menteri Besar lebih sibuk berceramah dari mentadbir negeri.
Lagipun mengikut cerita kawan-kawan, majlis Tazkirah MB Nizar di Taman Meru telah diboikot oleh Jemaah di Taman Meru. Dikatakan majoriti jemaah di Masjid Taman Meru meninggalkan masjid apabila mendapat tahu MB Nizar akan memberikan Tazkirah. MB Nizar dah salah gelanggang, Penduduk Taman Meru tak suka seorang MB yang memberikan Tazkirah macam ceramah politik, penduduk Taman Meru bukan cikai, ramai yang “educated”, Engineer, Bekas Ketua Pengarah, Bekas Pengarah, Bekas Ketua Jabatan, Pegawai Kanan Kerajaan GLC, Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan sebagainya, ramai yang tinggal di Kawasan Taman Meru. Mereka semua pengundi Parlimen Tambun. Semua berfikiran global, mereka tahu membezakan MB yang hanya suka bercakap dengan MB yang tahu buat kerja. Mereka sudah tentu mahu MB yang berusaha untuk memakmurkan negeri, bukan sudah lah bercakap pun tak pandai, kerja pun malas! Last-last kena boikot.... hahaha... sendiri kena ingatlah MB Nizar.

Berbalik kepada persediaan untuk bajet negeri ini, MB Nizar harus bijak menilai adakah segala dasar atau perancangan yang akan beliau ketengahkan dalam sidang seterusnya benar-benar menyentuh dan memberikan kebaikan kepada seluruh penduduk Negeri Perak? Dalam kelembapan ekonomi dunia diakibatkan krisis gadai janji subprima di Amerika Syarikat dan kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia, sebenarnya menguji kecekapan MB Nizar untuk membawa keluar ‘Ekonomi Negeri’ dari kemelut ini. Kesan secara tidak langsung dari krisis ini sudah tentu menjejaskan pelaburan syarikat luar ke negeri Perak, peningkatan harga bahan mentah dan harga barangan keperluan harian pengguna sudah tentu memberi kesan langsung kepada penduduk Perak. Adakah MB Nizar akan terus bersikap dungu, bahlol, tolol dan bengap dalam situasi Rakyat Perak sedang menanti kebijaksanaan kerajaan beliau? Adakah kes rasuah yang membelenggu pemerintahan beliau ini akan dapat dibendung?

Adalah persidangan dewan kali ini akan penuh berisi dan memberi kebaikan kepada rakyat atau hanya sekadar omongan kosong dan janji-janji palsu yang hanya layak ditong sampahkan. Apakah bezanya dasar Negara Berkebajikan MB Nizar dengan Dasar-dasar yang telah diamalkan oleh Kerajaan terdahulu? Adakah dasar Negara Berkebajikan MB Nizar saling tak tumpah dengan Dasar yang menjadi amalan pemerintah terdahulu? Kalau nak menjadi pempalagiat, jadilah yang ‘gentlement’. MB Nizar perlu sedar, sekali air bah, sekali pantai berubah. Pemikiran rakyat kini sudah jauh berubah, jangan dilihat dari sudut minat untuk menukar kerajaan semata, Rakyat kini tidak memerlukan ketua, Rakyat memerlukan PEMIMPIN yang baik. Pemimpin yang baik kurang bercakap tetapi hebat bekerja untuk menjaga kebajikan rakyat. Cukup-cukuplah tindakan-tindakan dan dasar-dasar bodoh kamu yang menjurus kearah menyemai sentimen yang tidak perlu kepada rakyat.

MB Nizar! rakyat memerlu dan menantikan nilai kepimpinan yang baik dari kamu, jangan sampai Rakyat Perak mula tertanya-tanya: Apa Dah Jadi MB Nizar, Dah Setengah Tahun Memerintah?

Co Authors, Iklan Percuma dan Apa Sahaja

Sebagai menghargai jasa rakan-rakan bloggers yang sudi bertandang ke Rumah Perak Bangkit yang tak seberapa ada ini, kami dengan rendah hati menawarkan sesiapa sahaja rakan budiman yang sudi menjadi Co Authors. Keutamaan diberikan kepada penyokong perjuangan Alif Ba Ta di kalangan Ummat Islam-Melayu.

Juga sesiapa yang ingin meletakkan Iklan bersifat komersial bagi memartabatkan ekonomi Islam dan Melayu dan Iklan derma dan sadaqah adalah dialu-alukan. Ianya percuma dan bolehlah diemailkan kepada perakbangkit@yahoo.com

Episod baru politik UMNO - Bye bye Pak Lah

Terima kasih kepada Pak Lah kerana membuka episod baru dalam politik UMNO. Kini pertarungan Najib-Kuli menjadi bualan politik Hari Raya di sana sini. Zahid Hamidi pula akan berentap dengan Muhyiddin Yasin.

DSAI semakin hilang popular. Idea kerajaan baru sudah menjadi cerita basi. Rakyat Malaysia semakin bernafas kembali. Inilah hadiah Hari Raya daripada Pak Lah buat semua. Terima Kasih Pak Lah. Kau memang PM yang best.