Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Apakah Melayu? Melayu maknanya Muslimin Malaysia. Jadi makna UMNO ialah PERTUBUHAN KEBANGSAAN+MUSLIMIN MALAYSIA MALAYSIA+BERSATU. Pertubuhan Kebangsaan bermakna Wadah Nasional, ataupun sebuah organisasi peringkat Nasional dengan semangat Nasionalis. Semangat Nasionalis ialah Semangat Malaysia. Ahli-ahli wadah Nasional itu ialah siapa. Ahli-ahlinya ialah Muslimin (warganegara Malaysia). Dan semua ahli-ahlinya hendaklah memegang semangat bersatu. Semangat Kekeluargaan dan semangat Adik beradik. Semuanya satu AdDin iaitu Islam. SESUNGGUHNYA ADDIN DI SISI ALLAH IALAH ISLAM. Sesungguhnya para Muslimin semuanya BERSAUDARA. Itulah UMNO. Tunjang politik utama kepada sebuah parti koalisi Barisan Nasional. Oleh yang demikian, ahli MCA, MIC dan apa sahaja parti komponen, nantinya bilamana ahli mereka telah memeluk Islam wajarlah mereka menjadi ahli UMNO. Itulah UMNO. Dan setiap ahli UMNO mesti memahami perjuangan suci dan tulus serta murni yang hendaklah dibawa bersama parti ini.
Setiap pemimpin UMNO mesti faham. Perjuangan utama UMNO ialah Perjuangan Nabi Muhammad SAW iaitu perjuangan menegakkan Islam di bumi Allah ini. AsSolah mesti dimartabatkan dan AsSolah hendaklah menjadi institusi latihan perjuangan para ahli. Pemimpin UMNO hendaklah memimpin masjid dan surau. Pimpin bersama ilmu yang matap dan jitu. Di situlah unit gerakan Cawangan UMNO mesti bermula. Kita juga ketahui hampir setiap Cawangan UMNO memiliki masjid atau surau dan para pemimpin UMNO hendaklah menjadi pemimpin dan jamaah kepada Masjid dan Surau tersebut.
Institusi Masjid dan Surau pula hendaklah menjadi premis yang mengukuhkan Institusi Solah, Institusi AsShiam (puasa) dan Istitusi Berzakat. As Solah sebagai pembina kekuatan Ummah, kekuatan Ilmu dan kekuatan Maklumat. Majlis-majlis Ilmu mesti dimantapkan di Masjid dan Surau. Masjid dan Surau sebagai pusat maklumat dan Informasi hendaklah memiliki perpustakaan, pusat sumber dan pusat Cyber. Rangkumkanlah semua elemen ini dan begitulah Cawangan UMNO mesti digerakkan. Cawangan UMNO yang juga disepadukan dengan kepimpinan Kampung seperti JKKK dan juga Rukun Tetangga hendaklah disepadukan dan masjid dan surau bolehlah menjadi pusat pentadbiran yang bersepadu bagi Cawangan UMNO, JKKK atau persatuan penduduk dan Rukun Tetangga. Surau-surau pula hendaklah bergerak bersama dengan nadi Masjid di dalam sesebuah Qaryah.
Inshaa Allah. Kiranya UMNO kembalikan semula perjuangannya di medan da'wah, UMNO tidakan akan lagi bergerak ke arah yang salah. Di situlah kejituan UMNO. Di situlah kekuatan ummah bisa dibentuk. Wallahu A'lam.

.png)