Ahad, 4 Oktober 2009

Bangsa Melayu bukanlah berasal daripada Keturah

Kita janganlah terlalu asyik untuk "mengangkat" Melayu sehingga kita terpaksa sandarkan hujah kita kepada maklumat Bliblical atau maklumat itu dikatakan sebagai Isra'illiyat. Pertama apabila kita tersesat jalan kita kembalilah ke pangkal Jalan. Apakah pangkal jalan kita? Pangkalnya ialah merujuk kepada Al Qur'an dan Hadith Rasulullah.

Pertama, berapa orangkah isteri Nabi Ibrahim? Jawapannya Hanya Satu sahaja yang dirujuk oleh Al Qur'an sebagai isteri Nabi Ibrahim iaitu IBU KEPADA ISHAQ sepertimana dalam ayat 71 Surah Hud yang dimaknakan sebegini "Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub."

Manakala dalam Hadith Rasulullah sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam terjemahan bahasa Inggeris yang boleh dirujuk dalam kitab Sahih Al-Bukhari, Volume 3, Book 47, Number 803, di mana Sabda Nabi, "The Prophet Abraham migrated with Sarah. The people (of the town where they migrated) gave her Ajar (i.e. Hajar). Sarah returned and said to Abraham, "Do you know that Allah has humiliated that pagan and he has given A SLAVE-GIRL FOR MY SERVICE?"

Dalam Hadith tersebut menjelaskan nama Ibu Kepada Ishaq tadi ialah Sarah yakni isteri Nabi Ibrahim dan Hajar ialah hamba mereka (yang melahirkan seorang anak bernama Ismai'il).

Jadi hendaklah kita beriman dengan Al Qur'an dan Hadith Nabi sepenuhnya justeru segala fakta yang menjurus kepada Keturah sebagai isteri Nabi Ibrahim. hendaklah ditolak. Meskipun Hajar pada asalnya ialah Hamba namun setelah beliau mengandungkan anak Ibrahim dan melahirkannya, taraf Hajar sudah menjadi merdeka dan kemudiannya secara automatisnya beliau juga adalah isteri Nabi Ibrahim (secara konduk dan bukanlah melalui 'aqad). Begitulah Allah mengangkat martabat seorang hamba.

Jadi di sini, yang harus kita bicarakan tentang Melayu itu bukanlah Melayu sebagai satu bangsa kerana kita akan tiada menemui jawapannya yang tepat dan kita akan lebih tersesat. Eloklah kiranya kita memahami Melayu sebagai satu kebangsaan atau negara bangsa.

Bagaimana ianya bermula itu tiadalah penting lagi kerana pada hari ini, yakni dalam dunia moden ini, ada sebuah negara yang namanya Malaysia dan Malaysia ialah transliterasi kepada istilah Tanah Melayu (Malays+ia = Tanah Melayu). Ada sebuah negara besar yang namanya Indonesia yang mana Bahasa Kebangsaannya ialah Bahasa Indonesia yang berakarkan Bahasa Melayu. Dan ada sebuah lagi negara yang bernama Brunei mengamalkan sistem monarki Kesultanan Melayu sepenuhnya. Dan juga adalah dua wilayah Melayu di bawah naungan "Orang Asing" iaitu wilayah Patani atau wilayah Jawi dan wilayah Moro atau wilayah Sulu.

Dan apabila kita bercakap tentang kebangsaan Melayu sebenarnya kita bercakap tentang perjuangan Islam yang menjadi pra syarat kepada perjuangan kebangsaan Melayu di rantau Asia Tenggara. Soal seterusnya, di manakah perjuangan kebangsaan Melayu ini harus bermula? Kita mestilah menuju kepada kemerdekaan sebuah negara besar Melayu atau Melayu Raya di Alam Melayu ini.

20 ulasan:

  1. ANWAR MENGALAMI KEJUTAN http://gomo-no1.blogspot.com/2009/10/gempar-anwar-terkejut-sakan.html

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum,

    Benar apa yang dibangkitkan oleh saudara Perak Bangkit. Tiada faedahnya "mengangkat" Melayu sampaikan terpaksa disandarkan pada hujjah Biblical dan Isra'iliyat.Tetapi haruslah diingat sebagai sumber perbandingan mungkin boleh dibuat sebagai "comparative method".DNA yang dibuat oleh geneticist,anthropologist dan kaedahnya tersendiri,archaeologist dan berbagai lagi cabang ilmu yang boleh mengkaji dan digunakan sebagai alat.Kerana ilmu-ilmu ini semua dari Allah SWT jua adanya,betul tak saudara Perak Bangkit.Jadi di sini walaupun peratusan besar mengenai apa yang diperkatakan oleh saudara Perak Bangkit ini benar dan lebih memberi faedah,tetapi ada juga peratusan kecil yang tertinggal dan masih mahu dikaji oleh segelintir yang lain.Peratusan kecil mereka yang masih mahu mengkaji itu TETAP MENJADIKAN AL-QURAN DAN HADITH sebagai sumber UTAMA mereka.Malahan itulah SATU-SATUNYA SUMBER UTAMA MEREKA.Tujuan mereka mengambil beberapa maklumat dari sumber yang lain yang MEMANG DIAKUI sumber-sumber ini telah ROSAK seperti isra'iliyat dan biblical hanyalah sekadar untuk mencari beberapa "missing code" yang mungkin boleh digunakan untuk sumber penambah dalam kajian mereka.Ini semua dilakukan BUKAN UNTUK MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN,KERANA AL-QURAN MEMANG TIDAK ADA KERAGUAN LAGI PADANYA.SAYA ULANG. AL-QURAN MEMANG TIDAK ADA KERAGUAN LAGI PADANYA.IANYA KITAB YANG SANGAT SEMPURNA.Sebab itulah juga AL-QURAN menggalakkan kita berfikir,mengkaji,mencari.Mungkin tidak perlu saya elaborate mengenai ini kerana saudara Perak Bangkit sendiri arif mengenai galakan-galakan dari Al-Quran untuk kita berfikir dan mengkaji bukan?Saya faham mungkin saudara Perak Bangkit tidak mahu kalau-kalau ada yang mengkaji sampai tersesat jalan dan lupa pada jalan pulang.Tetapi saudara,ketahuilah bahawa mereka-mereka yang makin mengkaji perkara-perkara seperti ini, makin kagum dengan KEBENARAN AL-QURAN itu sendiri,dan menjadi berminat seterusnya menjadi agak mahir dalam mengetahui sumber-sumber rosak dalam isra'iliyat dan biblical itu tadi kerana sumber SEMPURNA sudah ada pada mereka yakni Al-Quran dan disokong pula oleh Hadith yang sahih dan hasan.

    BalasPadam
  3. Saudara sendiri tahu bahawa ilmu-ilmu alat penting untuk memahami Al-Quran dan Hadith.Ilmu alat seperti nahwu,balaghah,lughah,ma'ani dan berbagai lagi sama ada berkaitan dengan bahasa Arab itu sendiri (dalam bahasa Inggeris Arabic philology)ataupun Fiqh Lughah dan seterusnya pemadanannya dengan sirah dan berbagai lagi cabang ilmu alat yang saya YAKIN saudara LEBIH FAHAM mengenainya.Walaupun mereka-mereka yang mengkaji ini masih dalam BAHAYA kerana DIKHUATIRI tergelincir dari landasan,tetapi InsyaAllah KESUCIAN dan KEBESARAN AL-QURAN itu sendiri menyelamatkan mereka DAN MEREKA SENTIASA MENEMUI PENJELASANNYA DALAM AL-QURAN.Bagi saya mereka-mereka ini seterusnya menjadi lebih BERMINAT DAN MAHU UNTUK TERUS MEMAHAMI AL-QURAN DENGAN LEBIH MENDALAM LAGI KERANA TAKJUBNYA MEREKA DENGAN JAWAPAN-JAWAPAN YANG SENANTIASA ADA DI DALAM AL-QURAN.Hasilnya mereka-mereka ini akan menjadi orang-orang yang sentiasa menjadikan dasar kebenaran dalam menilai sesuatu perkara itu melebihi segalanya dan tidak menjadikan proses pukul-rata sebagai rutin mereka.Cara ini dilakukan oleh Imam Abu Hamid Al-Ghazali (Imam Ghazali) yakni seperti yang terdapat dalam autobiografi beliau iaitu Al-Munqidh min Ad-Dhalal.Dan InsyaAllah inilah esensi sebenar method yakni cara Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu dengan TIDAK MEMUKUL-RATAKAN segalanya.Semuanya diteliti (meticulous).Mana yang masih dalam PAYUNGAN SYARA' diambil dan kalau sesuai dengan keadaan boleh diamalkan.Payungan syara' itu adalah yang seperti di asaskan oleh Imam-imam terdahulu terutamanya Imam Mazhab yang empat dan pengikut-pengikut mereka kerana zaman sekarang sudah ramai yang berani menyalahkan orang-orang yang terdahulu dan tidak tahu takzim pada pendapat-pendapat mereka,dan benarlah ianya salah satu tanda akhir zaman.Bertajdidlah tidak salah tetapi ketahuilah potensi diri kita masing-masing.Apakah sebanding dengan ulama terdahulu?Apakah ummah ini hanya dipimpin oleh 20 atau 30 orang ulama sahaja?Atau adakah ianya melalui consensus beratus, malahan beribu ulama dari dahulu lagi.Perkembangkanlah pendapat ulama terdahulu bukannya TERUS MEMBUANGNYA. InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. Saudara Perak Bangkit mungkin tertanya-tanya "bila masa pula ulama dulu suruh mengkaji MELAYU itu sendiri" bukan?Kalau tidak tertanya-tanya pun tidak mengapa,saya perjelaskan juga supaya my words are not taken out of context.Saya akui saya mencampur-adukkan beberapa pandangan setelah mengikuti dan meneliti perkembangan blog ini,dan sedikit sebanyak dapat mengagak bahawa saudara Perak Bangkit merupakan seorang yang 'alim (yakni tahu) perihal agama.Dan saya akui banyak pandangan saudara dapat saya terima (juga ada yg saya tak dapat terima kerana kita boleh "learn to agree to disagree")Tetapi saya cuma berharap supaya kita semua tidak dangkal dalam meneliti sesuatu perkara.Contoh terdekat sekarang bilamana kita lihat parti yang kononnya melaung-laungkan Islam tetapi apa sudah jadi pada mereka,dan ini diulas oleh saudara Perak Bangkit dengan pelbagai cara yang sebenarnya saya lihat mempunyai niat dan hala tuju yang betul cuma kadang-kala agak kasar sedikit (mungkin disengajakan,mungkin tidak) tidak mengapalah.Yang penting kita tahu puak-puak itu bagaimana.Di sini kita mesti mengambil iktibar bahawa secara peribadi saya menganggap yang asas agama tokoh parti politik Islam itu sendiri yang agak goyah semenjak balik dari Darul Ulum (mungkin tidak faham polemik deobandi agaknya) dan Al-Azhar itu sendiri.Maka kita boleh lihat parti pimpinannya itu sekarang bukan?Tidak seperti yang dilaung-laungkannya dahulu,juga ianya juga tidak seperti dahulu (sebelum zaman beliau)Informasi tidak lagi teliti dan manusia sekarang mahu yang mudah-mudah sahaja,akhirnya bagaimana?Komentar saya ini sebenarnya adalah sebagai kawan dan bukan lawan. Teruskan perjuangan saudara.

    BalasPadam
  5. Aik!!! Tak balun dah ke??? Dah dapat kawasan balak kut...

    BalasPadam
  6. UMNO yang bergelumang dengan tahi RASUAH akan pasti hancur sebelum PRU13.

    Kini UMNO telah menerima 7 kali penghinaan dalam PRK. Selepas ini UMNO akan menerima penghinaan kali ke 8 pula.

    Hancurkan parti dan pemimpin UMNO yang sentiasa bergelumang dengan tahi RASUAH.

    BalasPadam
  7. Ibnu Athir berpendapat bahawa Bani Jawi itu berasal dari anak cucu Ibrahim dengan isterinya yang bernama Qatura atau Keturah. Adakah yang dikahwini oleh Ibrahim a.s. di Kemboja itu adalah Keturah tidaklah diketahui tetapi kisah Ibrahim a.s. menyuruh anak-anaknya dari Keturah agar berpindah ke Timur memang ada disebut dalam Taurat (Genesis 25:6).


    - Sila jelaskan kenapa Ibnu Athir berkata-kata sedemikian.
    - Seperti Imam Mahdi a.s, kisahnya atau namamnya tidak disebut didalam Al-Quran tetapi disebut oleh Nabi SAW. Allah swt mempunyai rahsianya yang tersendiri kita yang kita tidak mampu selongkar. Mengenai Dzulkarnain pula, ada disebut didalam Al-Quran tetapi hingga kini masih ramai tertanya-tanya siapakah Dzulkarnain yang sebenarnya yang memenjarakan Yakjuj & Makjuj.
    - Mengapa Keturah tidak disebut oleh Allah dalam Al-Quran dan Nabi SAW pun tak sebut dalam mana-mana hadisnya?

    Kesimpulan kepada persoalan diatas, semuanya ada kaitan dengan Akhir Zaman. Mengenai Imam Mahdi al-muntazar a.s. Mengenai Peperangan yang bakal berlaku tidak lama lagi yang sengaja Allah sembunyikan buat masa ini. Wallahualam

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    1) Kaum nabi Syuaib adalah kaum Madyan dari mana datangnya kaum Madyan ini.(telah dihapuskan atau dihilangkan)
    2)Dalam surah Al-Ambiyaak, nabi Ibrahim dan Nabi Luth diperintahkan ke sebuah negeri,cuma pentafsir ada "quoate" tentang negeri tersebut adalah Syam dalam Palestine,kerana negeri tersebut dikatakan tempat para nabi2 tetapi masalahnya Allah tak beritahu pun nama negeri tersebut dan sekarang ini kita lihat apa yang terjadi dengan Palestine.Bagaimana Zionist membunuh rakyat Palestine semata-mata kerana percaya Tanah itu adalah "The Promising Land" mereka ataupun tanah yang dijanjikan. Lihat betapa hebatnya perancangan Allah.Siapakah bangsa yang Allah paling sayang dalam dunia ini selain bangsa ******.Lihatlah The Book Of Mormon "The Promising Land"
    3) Profesor Khoo Khay Kim pernah berkata "Tanah Melayu ini bukan sebarangan tanah", apa yang hebat sangat dengan tanah melayu ini.

    BalasPadam
  9. Mungkin ada yang sangsi akan maklumat tentang Keturah dr Injil-Torah. Namun kita perlu ingat bahawa segala maklumat yang dinyatakan di dalam Kitab Perjanjian Lama itu ada yang boleh diterima dan ada yang tidak.

    Dalam menyingkap pendapat ahli kitab, termasuk semua yang termuat dalam Taurat dan Injil kita hendaklah bersikap inshaf. Di antara pendapat itu, ada yang sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, ada yang menyimpang dan ada pula yang ditengah-tengah (tidak sesuai namun tidak pula bertentangan).

    Bagi pendapat yang ketiga (ditengah-tengah) Rasulullah SAW memerintahkan untuk diabaikan, tidak dibenarkan, tetapi jangan pula didustakan. Seorang Musim tetap dituntut untuk berhati-hati kerana sifat ahli-ahli kitab banyak dicela Allah SWT. {17}

    Surah an-Nisa ayat 46 dan Surah al-Ma'idah ayat 15 dan beberapa lagi ayat lain telah memberikan petunjuk yang jelas bahawa orang Yahudi dan Nasrani telah menyimpangkan kitab-kitab mereka yang diturunkan kepada rasul-rasul mereka.

    Dalam sebuah riwayat disebutkan "Janganlah kamu membenarkan Ahlukitab atau mendustakan mereka".

    Sementara itu, Allah SWT berfirman, maksudnya :

    Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Ya`qub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kaum Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata". Surah al-Baqarah ayat 136


    --> Kalau al-Quran menyebut ttg Keturah (Melayu), mknanya ia scr terang-ngan mberitahu kpd Yahudi, bahawa Melayu berhubungan dgn mrk. Maka nasib Melayu akan sama seperti bangsa Afghanistan skrg dimana nama "Khurasan" terkait dgn PANJI HITAM DARI TIMUR dan DAJJAL...

    --> ALLAH SWT ada perancangaNya sendiri.

    BalasPadam
  10. Pertama, berapa orangkah isteri Nabi Ibrahim? Jawapannya Hanya Satu sahaja yang dirujuk oleh Al Qur'an sebagai isteri Nabi Ibrahim iaitu IBU KEPADA ISHAQ sepertimana dalam ayat 71 Surah Hud yang dimaknakan sebegini... daripada atas.

    Habis tu, Ismail nak letak mane? Cube refer Surah Ibrahim, ayat 39.

    BalasPadam
  11. Salam, sudah jelas lagi bersuluh kita sebagai Muslim percaya kewujudan Hajar dan Ismail. Macam mna tuan boleh kata Ibrahim ada satu isteri saja? Sarah dan Hajar mrupakan isteri baginda dan Ismail itu anak Hajar

    BalasPadam
  12. abang dari sarjana mana? bang Perak Bangkit???

    BalasPadam
  13. abang dari sarjana mana? bang Perak Bangkit???

    BalasPadam
  14. Jike kite nak menjadi seorang doctor. Maka kena belajar di mana tempat2 doctor belajar. Kena buat seperti mana mereka yg telah menjadi doctor. Kata lain tak ada jalan mudah atau lahir2 saja terus jadi doctor.. senang saja. Temui jalan2 mereka yang telah beriman. Maka akan bertemu seperti mana mereka2 temui.

    BalasPadam
  15. Semua kitab kitab ALLAH adalah yg hak tp al quran adalah pelengkap.pengenap dan yg melurus dr injil n taurat.cerita keturah byk disebut dlm injil itu adalah yg benar.

    BalasPadam
  16. Semua kitab kitab ALLAH adalah yg hak tp al quran adalah pelengkap.pengenap dan yg melurus dr injil n taurat.cerita keturah byk disebut dlm injil itu adalah yg benar.

    BalasPadam
  17. dalam Quran byk kali sebut.."beruntunglah pada mereka yang berfikir"

    BalasPadam
  18. kata2 Allah dlm Quran byk kali sebut "beruntunglah pada mereka yang berfikir"

    BalasPadam