Pertama sekali, kami cukup berterima kasih dengan komentar mulia lagi tulus yang dirakam mukhlis oleh saudara Manifestingthoughts.
Becakap soal Keturah dan saya bertanya kepada insan yang punya ilmu. Lalu dia maklumkan bahawa telah ditulis oleh Ibn Kathir di dalam kitab sirahnya, Bidayah Wan Nihayah dikatakan empat orang kesemua isteri Nabi Ibrahim. Kami pernah sempat ditunjukkan oleh si yang punya ilmu itu dan terdapatlah seorang yang dinamakan sebagai Qanthurah, begitulah nama itu dieja. Dan Ibn Kathir pantas menyatakan sedemikianlah sepertimana yang disebut oleh "sekian nama seorang ulama' dalam kitabnya yang sekian nama juga". Izinkan kami dahulu untuk tiada menuliskan selengkapnya kerana biasanya Ibn Kathir akan menyertakan Al Qur'an dan Al Hadith selepas sesuatu yang dia ceritakan tetapi tiada pula pada maklumat yang berkenaan isteri Nabi Ibrahim ini.
Pernah juga kami terbaca satu tulis seorang Muslimin, barangkali dia orang kelahiran Barat, yang mana beliau suka mengkaji berkenaan dengan sejarah. Sewaktu itu kami asyik nak mencari kisah-kisah tentang siapakah Jews moden. Lalu dalam mengocah-ngocah maklumat internet kami terjumpa peristiwa Ya'juj Ma'juj dalam dek nak mengenali siapakah Jews moden itu. Dan akhirnya tersampai kepada kisah siapakah Dzul Qarnain... Insan yang punya dua tanduk yang ramai juga menyatakan bahawa dia adalah Cyrus The Great yang dikatakan beragama Zoroaster dan ada yang mengatakan dia adalah Alexander The Great. Walhal dalam maklumat yang lebih suka kami terima ialah Dzul Qarnain itu adalah seorang pahlawan yang hebat yang juga menjadi raja yang agung dan zamannya itu adalah zaman Nabi Ibrahim. Dzul Qarnain dikatakan pernah tawaf di Ka'abah bersama Nabi Ibrahim dalam bacaan sepintas lalu yang kami baca yang dikatakan dalam tulisan itu adalah direkodkan dalam satu Hadith Nabi. Kami tiada meneruskan semakan dan biarkan maklumat itu berlalu begitu sahaja.
Cuma yang lebih menarik bagi kami ialah ulasan budak Muslim tadi di mana, katanya setelah puas untuk mengesahkan siapakah Dzul Qarnain itu siapa, lalu dia memuaskan hatinya dengan ulasan sebegini.
Beliau merujuk kepada isu berapakah bilangan ahli gua di dalam Surah Al Kahfi lalu kesimpulannya berapakah bilangan orang itu tiadalah penting kerana yang lebih penting ialah kisah dan pengajaran yang boleh kita ambil daripadanya.
Begitulah ulasan insan itu mengenai usahanya untuk mengetahui siapakah Dzul Qarnain dan dia membuat kesimpulan yang penting baginya ialah mengambil pengajaran daripada kisah Dzul Qarnain bahawasanya Ya'juj dan Ma'juj itu adalah makhluq yang amat bahaya dan kita mestilah bersedia mendapatkan perlindungan Allah daripada kekejaman kedua-dua makhluq ini di persada menjelang qiamat kelak.
Tentang istilah Melayu. Kami lebih terdorong untuk melihat istilah Melayu itu sebagai transliterasi istilah Muslim dalam Bahasa Arab. Muslim adalah kata Fa'il yang berasal daripada akarnya Aslama Yuslimu Islaaman... faHua Muslim. Aslama bermaksud menyerah diri atau menunduk... to surrender or to submit... kepada siapa? kepada Allah SWT. Melayu juga berasal daripada kata "layu" yang juga bermaksud sudah tunduk atau sudah pasrah... berserah... Bunga itu sudah layu. Jadi kepada yang sudah menyerah itu mereka sudah Melayu kepada Yang Maha Besar. Begitulah saat mereka sesudah mereka di syahadahkan. Mereka sudah jadu layu... Melayu; lalu mereka akan tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Setelah mengucapkan dua kalimah syahadah para pendakwah tadi telah mengatakan kepada mereka - kamu kini sudah jadi Melayu, yakni jadi Muslim. Atau kamu kini sudah masuk Melayu atau masuk Muslim.
Lagi satu istilah yang digunakan ialah apabila mereka ditanyakan orang Arab ketika mereka mengerjakan haji di Mekkah. Kamu datang daripada mana? Kami datang daripada JAUH. Dari negeri mana? "dari Jauuh", jawab mereka... Orang Arab itu mengungkapkan kembali dengan menyebut Jauh sebagai Jau (Jim Alif Wau). Lalu orang Arab menyatakan mereka adalah Jawi (Jim Alif Wau Ya) Ya itu menunjukkan mereka adalah orang di tanah itu. Orang Arab memanggil kita sebagai Orang Jawi. Di Nusantara ini kita dipanggil sebagai Melayu. Jawi itu merujuk kepada orang Melayu, manakala orang Melayu pula dirujuk sebagai Orang yang merupakan kependudukan Gugusan Kepulauan Asia Tenggara yang telah masuk Islam . Kerana itulah kita biasa dengan istilah Masuk Jawi atau istilah Masuk Melayu kepada orang yang masuk Islam.
Apa yang ditulis itu hanyalah sebagai pandangan kerana kita mesti sesuaikan dengan dunia moden hari ini. Kita ambil nama pertubuhan yang digagaskan bersama oleh Burhanuddin Al Helmi iaitu PKMM. Kita berjumpa dengan istilah "Kebangsaan Melayu" di situ. Dan juga PEKEMBAR atau UMNO, lalu kita jumpa lagi istilah "Kebangsaan Melayu".
Kebangsaan bermaksud mewujudkan satu Negara-Bangsa. Bangsa Kurdish adalah bangsa tetapi tiada punyai negara. Banyak lagi bangsa yang begitu. Apakah di rantau Asia Tenggara ini mesti ada keBangsaan Brunei, keBangsaan Malaysia dan keBangsaan Indonesia sedangkan secara hakikatnya bahasa yang satu digunakan sebagai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu? Jadi apakah negara bangsa kita jika bukan ianya bernama keBangsaan Melayu?
Apabila kita bertitik tolak daripada pokok perjuangan "kebangsaan Melayu", kita mestilah jelas akan perjuangan asas yang berdiri di dalam perjuangan kebangsaan Melayu. Apakah perjuangan asas itu? Sudah pastilah perjuangannya ialah MENDAULATKAN HUKUM ALLAH DI BUMI ALLAH. MENEGAKKAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP. DAN MENEGAKKAN SEBUAH NEGARA YANG THOYYIBAH DAN DI DALAM KEAMPUNAN ALLAH. DAN BANYAK LAGI YANG KITA BOLEH GARISKAN IANYA.
Lalu yang penting kini, peristiwa di Perak mesti dijadikan pengajaran. Melayu dan Melayu berseteru, Bukan Melayu jadi penentu.
Izinkan kami mencelah sedikit buat renungan ahli Pakatan Rakyat dan juga ahli UMNO sekalian. Adakah pemimpin PAS sudah menjadi begitu suci dan menjadi ahli Syurga kerana mereka adalah ahli PAS? Apakah jika mereka mengamalkan kronisme itu sudah menjadi Benar dan Betul. Adakah sekiranya mereka mengamalkan rasuah mereka masih dianggap benar dan suci? Apakah pemimpin PAS itu tadi tak pernah memohon kawasan balak, kuari dan pasir? Kiranya ada, adakah menjadi lebih rakus daripada amalan pemimpin UMNO? Tanyalah kepada Pemuda PAS sendiri apa yang telah berlaku? Dan apakah rumah yang didiami oleh pemimpin PAS itu dan kereta yang mereka pakai setelah mereka merompak kekayaan negeri Perak semasa 9 bulan memerintah? Adakah masih rumah dan kereta yang lama? Apakah begitu cara bekerja "sang Penjual ayat-ayat Allah" dalam pentas ceramah politik mereka? Tanyakan semua soalan ini kepada pemimpin PAS sendiri.