Jumaat, 28 Mei 2010

Cadangan kepada Ketua Bahagian UMNO

Kepada Ketua Bahagian UMNO dan barisan kepimpinan UMNO. Terdapat suatu cadangan agar mereka yang memegang jawatan dalam parti agar menghindarkan diri masing-masing daripada menjadi Calon Pilihanraya. Jadi mereka yang sedemikian bolehlah menumpukan sepenuhnya tugasan kepada parti yang disayangi.

UMNO Malaysia rasanya memang punya mekanisme tersendiri dalam menentukan Calon Yang akan bertanding. Kecenderungan pengundi kini banyak yang mahukan CALON YANG MUDA. Kami kira terdapat banyak Calon Berwibawa di kalangan Pemuda dan Puteri UMNO mahupun demikian ramai juga dikalangan mudawan professional yang merupakan ahli dan menyokong UMNO layak ditampilkan sebagai Calon.

Kepada rakan bloggers, kami di sini perlukan maklum balas awam berkenaan isu yang kami bentangkan di sini. Sedaya upaya anda sekalian tebarkan isu ini di merata forum di Internet, supaya nantinya ianya boleh menjadi perhatian umum.

Khamis, 27 Mei 2010

Datanglah ke Karnival Sukan Berkuda pada 4, 5 & 6 Jun di Iskandar Polo Club, Ampang Baru, Ipoh


Karnival Sukan Berkuda

Anjuran MAYC Negeri Perak
Bersama Iskandar Polo Club
Di Ampang, Ipoh

Pada 4, 5 & 6 Jun, 2010
(Jumaat, Sabtu & Ahad)

BANYAK ACARA AKAN DILANGSUNGKAN

(1) Mengetahui “Sentuhan” Kuda dari dekat
(2) Joy Ride / Tunggangan Kuda
(3) Menyaksikan & menyertai “Horse Novelty Event”
+ “Ride A Ringgit”
+ “Egg in The Tea Spoon”
(4) Mengetahui Pelbagai Aspek Kuda (dari segi grooming/penjagaan)
(5) Menyaksikan pertandingan polo
(6) Pertunjukan polo oleh pasukan wanita
(7) Pertunjukan polo antara kanak-kanak
(8) Pendaftaran Kelas Belajar (Menunggang Kuda) Oleh Mahmud

ACARA & PERTANDINGAN LAIN YANG TURUT DIADAKAN

(1) Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
+ Kategori Murid Sekolah – Bawah 9 Tahun
+ Ketogori Tadika – Bawah 7 tahun
+ Kategori Tadika – Bawah 5 Tahun
(2) Pertandingan PS2 (Winning 11) (Terbuka)
(3) Pertandingan Karaoke
(4) Pentandingan Tarian Shuffle/Tectonic
(5) Studio Luar PerakFM (1booth)
(6) Pameran oleh Agensi Kerajaan (5 booth)
a. Rakan Cop/PDRM
b. Pemeriksaan Kesihatan Percuma/Derma Darah
c. Pameran Anti Dadah/Rakan RADA oleh AADK
d. Askar Wataniah
e. Jabatan Tenaga Kerja
f. SPR/JASA
g. Pasukan Bomba & Penyelamat
(7) Pameran/Jualan oleh Pihak Swasta
a. Celcom/TM
b. Perodua
c. CIMB Bank
d. Motor Klasik
e. Kereta Klasik
f. Produk Kecantikan
g. Produk Kesihatan
h. Pakaian & Aksesori
(8) Gerai Makanan & Minuman