Selasa, 30 November 2010

Tutup kes GS- Ganyang Sohaimi sekarang GI -Ganyang Izzah

Mari mari mari. Kacang putih kacang putih. Ini baik punya kacang putih. Satu bungkus lima puluh sen. Dua bungkus anam puluh sen. Tiga bungkus anam puluh lima sen.
Hey macha? Apa cerita ini malam?

Ini pagi la brader. Lu tarak tidor ka? Semalam mana lu pigi daa?

Begini macha.... wa mau tanya sama lu... Lu suka tak sama itu Wan Ajijah?

Wooo Itu Nurul Ijjah ka? Manyak cantik woo... Dia pun manyak baik!

Wa tanyer Wan Ajijah mukan Nurul Ijjah.... Itu dia punya anak!

Sikalang wa mau kasi tau sama lu.. Itu emak mau besaler... Itu anak mau ganti dia punya emak... Itu anak manyak fofular sikalang.... Budak-budak muda manyak suka sama dia... Kalau tak pecayer haaa... Lu tengok sini undi... Siapa lebih fofular??? Pigi la undi... Sana Atas....

Isnin, 29 November 2010

Ketuanan Melayu dan Nurul Izzah Anwar

Ini pendapat marhaen..... Ramai yang berang bila Wan Azizah nak peti ais kan "Ketuanan Melayu". Tetapi ramai juga Melayu, kami ulang, Melayu, kami ulang lagi dan lagi.... Melayu... yang menyokong kata-kata Wan Azizah nak baling peristilahan Ketuanan Melayu jauh-jauh. Jaun nun di sana. Ke Antartika barangkali. Waduh...waduh...

Jadi kini, Melayu dan Melayu berbalah lagi.... Ada Melayu yang nakkan Ketuanan Melayu dan ada Melayu yang benci dah sangat-sangat dengan terma Ketuanan Melayu. Kenapa????

Bagi yang menyokong dan nakkan istilah Ketuanan Melayu tu kita pasti tahu kenapa mereka mahu ianya terus kekal. Manakala, bagi yang tak nak pula.... mesti ada sebab-sebab tersendiri.

Kenapa ada Melayu yang tolak istilah Ketuanan Melayu?

Mereka yang menolaknya kerana istilah Ketuanan Melayu itu telah ditafsirkan sebagai stigma untuk mengkayakan pemimpin-pemimpin ultra UMNO. Mereka telah mendengar pentafsiran ini berkali-kali dan bertahun-tahun. Dalam setiap ceramah-ceramah PAS. Yang penceramahnya orang Melayu juga. Mereka dengar juga terbiah itu dalam ceramah-ceramah PKR. Di Blog-blog dan di You Tube. Mereka pula kini setelah mendengarnya, menjadi penceramah kecil di kedai-kedai kopi dan kini mereka berceramah semula di merata-rata tempat di Facebook.

Pasal itulah Wan Azizah berani meluahkannya. Jangan salahkan penulis teks Wan Azizah, sebab kalau tak ada dalam teksnya pun, Wan Azizah akan cakap jugak! Untuk apa Wan Azizah cakapkan? Kerana apa Anwar suruh Wan Azizah bercakap?

Percayalah! Selepas ini apa yang Wan Azizah cakap tu akan di ulang-ulang berjuta kali oleh anaknya, Nurul Izzah. Nurul Izzah akan terus cakap dan berdekwah ke sana dan ke mari untuk hapuskan istilah Ketuanan Melayu.

Kenapa? Supaya sokongan Cina dan India kembali menyokong PKR. Dan akan mereka (India dan Cina) juga akan melihat Nurul Izzah akan jadi wira baru kepada negara ini. Nurul Izzah.... Selangor MB in the making!!!!

Nurul Izzah kini Naib Presiden PKR. Nurul Izzah akan menjadi pejuang untuk menghapuskan istilah Ketuanan Melayu. PAS juga sokong untuk lupuskan istilah Ketuanan Melayu (Baca sini). DAP dan Cina India semua pun setuju. Mereka akan henjut serangan ini di bumi Selangor untuk terus kekal kuasa!!!! Nurul Izzah akan dimartabatkan sebagai Canselor UNISEL!!!

So, member2 kat Selangor.... Korang dah jangkau ker strategi politik mereka ini??? Yang sedang berlaku antara geng2 politik kat Selangor ialah tikam menikam... Tikam menikam... Tikam menikam... Sesama sendiri pulak tu.... Macam yang jadi kat politik UMNO di Kelantan setelah tewas pada PAS tahun 1990.

Arah tuju! Arah tuju politik kita mesti jelas. Jangan kabur. Jangan hentam terlalu ramai orang. Kita buat kerja tapi kita hentam orang, langsung kerja yang kita buat orang tak nampak. Sedang kita asyik tak abis-abis bergasak. Sesama sendiri.

Mereka sikit jer. Tapi mereka fokus. Mereka berstrategi cara simple dan mudah. Dan mereka tahu apa yang harus mereka bikin untuk tewaskan kita!

Sohaimi Shahdan sedang mengukir kejayaan di MAHA. Juga BePU telah dilihat makin berjaya. Yang ada dan bagus dalam kita, kita tak sokong pula. Kita hentam dia sampai lunyai. Kita yang sebok2 nak hentam orang tu pulak. Dah bagus sangat ker? Bersih ker? Tak pergi berkaraoke ker? Tak ke disko ker? Tak main betina ker? Tak berjudi kat Genting ker? Tak main jackpot ker? Buat-buat jugak dan dalam masa yang sama hentam orang itu dan orang ini. Kami tujukan ini kepada Pemimpin-pemimpin besar UMNO di Selangor. Tengok orang sekeliling kamu! Jangan asyik nak hentam-hentam. Lepas tu kamu upah blogger-blogger yang baik untuk bersuara. Apa ni? Tak gentle langsung brader?

Kepada pemimpin-pemimpin besar UMNO di Selangor, kami harap... Insaflah!!!! Balik baca Qur'an baik-baik dan bertaubat. Istiqamahlah dengan perjuangan. Susun strategi yang benar-benar mantap! Korunk ni orang-orang yang tewas. Kalah. Malu la sikit! Malu la sikit-sikit.

Korunk belajarlah dari Perak. Belajar betul-betul bagaimana Perak dapat mengendalikan suasana politik. Menyerang secara bijak. Teratur dan berdisiplin. Tak sampai setahun pun. Tumbang Kerajan Muzabzab pimpinan Nizar Tengkorak. Lihat berapa banyak anak-anak muda Perak bangkit. Dan bangkit!!!

Ya, kami tahu. Nobisha telah melakukan benda-benda yang cukup baik dan berkesan dalam INMIND. Nobisha telah sukses. Tapi matila dia sorang-sorang bertungkus lumus. Sedang korunks asyik sebuk siapa nak jadi MB. Kuasa pun masih jauh lagi di pandangan mata, dah kelam kalibut!

PKR fokus! Fokus dan fokus. Nurul Izzah is in the making of. Nurul Izzah akan bertanding di salah satu DUN di Selangor! Di mana? Dalam Kawasan Selayang. Kawasan Sohaimi Shahadan! Ya, bertanding lawan Sohaimi Shahadan jugak...... Jika ini terjadi.... apakah kau orang akan boikotkan Sohaimi Shahadan dan kalahkan dia? Fikir-fikirkanlah!

Pikiorlah luar kotak Okay!!!!!

Tok Janggot Putih pula kini dihentam........

Aduh! Sakitnya medula oblongoata Tok Janggut Putih aka Sasterawan Negara A. Samad Said. Gara-gara hadir ke Perhimpunan Agung PKR, itu menjadi suatu kesalahan besar yang dilakukan Tok Janggut oleh beberapa pandangan.

Cuma bagi kami, taraf seorang Sasterawan melebihi garis politik. Beliau jika ke mana-mana pun tak bolehlah dia dikatakan menyokong mana-mana parti politik.

Sebaiknya untuk hentam beliau, hentamlah di arena sastera yang mana di arena itulah beliau boleh dikritik bebas.... Maksudnya medium puisi atau sajak mahupun novel. Barulah hentaman kita nampak lebih maju dan berpotensi.

SN A. Samad Said tak akan faham hentaman kromo dalam konteks politik. Beliau ialah "Raja Bahasa". Kritiklah beliau dalam nada bahasa uringan. Biar dia harus tahu jejak sasteranya semakin terpesong dan terlaknat.

Apapun A.Samad Said punya naskhah baik dalam Sastera Melayu Moden. Ini kita tak boleh menafikan. Inilah kekuatan yang dia ada. Dan kekuatan itu dicilok mabrak oleh Anu War Ibe Rahim.

Kritikan sosial A. Samad Said dalam puisinya amat bagus sekali. Beliau adalah seorang Permata Negara. Dendangan puisi A. Samad Said begitu dayu dan manja. Penuh seloka dalam nada garang membengis.

A. Samad Said juga punya rasa Cinta Rindu yang kuat dalam novelnya. Dia bisa membingit hati-hati yang tandus cinta kala suyup jiwa.

Utusan Publications pula mengambil inisiatif membukukan koleksi pusinya yang setengah abad pada 2005 lepas. A. Samad Said adalah seorang guru bahasa dan guru bidang penulisan. Ramai wartawan adalah anak muridnya yang pasti tak berani menerpa beliau andai ada satu dua salah kecil yang bapa guru mereka lakukan.

Justeru, terjahan politik ke atas A. samad Said kerana hadir beliau dalam Kongres PKR amat tidak sesuai.

Namun kami juga pernah marah maki beliau ketika cuba menjuarai Pengharaman Guna bahasa Inggeris terhadap subjek Sains dan Matematika. Kami marah bukan kepada dia kerana dia. Kami marah kepada dia yang suka dan rela dirinya diperguna dan diperdaya manusia jalang dan brengset.

A. Samad Said ialah bapaguru. Beliau punya kehebatan yang belum bisa ditandingi kala kini. Jika mampu menulis sajak dan puisi sehabat beliau, silakan. Tundukkan beliau dengan puisi anda yang lebih baik dan bermutu.

Ahad, 28 November 2010

Rejuvenisi Pemuda UMNO - ke arah kepimpinan yang produktif

Ya, pembentukan suatu Masyarakat Bertamaddun atau Civil Society semestinya menjadi tuntutan kepada Pembangunan Insan. Pembangunan Rohani dan Jasmani secara serentak mampu menghasilkan kelompok Sumber Manusia yang akan menjadi nadi Ummat.
Pemuda UMNO dilihat semakin lesu; mesti disuntik dengan zat semangat ilmu dan pemikiran jitu. Inilah proses Rejuvenisi. Bukan hanya reformasi atau rejenama (rebranding). Dan bukan pula suatu tuntutan revolusi atau reproduksi.Suatu Revital Minda dan Sikap. Semangat dayajuang yang dilunturi oleh kehendak material perlu dianjakmajukan dengan suntikan semangat kefahaman kepada erti dan nilai sebuah perjuangan. Pemuda UMNO berdepan dengan cabaran maya dan masadepan. Sepertimana formula mencipta idealisme. Perlu dahulu ada intelektualisme dan aktivistime yang membentuknya.Justeru, pendedahan ilmu dalam lapangan pelbagai disiplin mesti dicerapkan di dalam setiap program dan aktiviti pemuda. Pemuda mesti diajar rajin membaca yang mana usaha itu sendirinya mencipta upaya penulisan yang mantap, kreatif, bijak dan bistari. Upaya menulis akan menjadikan bahan luahan dan ucapan seorang orator makin tersusun, jitu dan padat.Kemahiran Teknologi CT yang perlu dimahiri ke tahap menyusun kehidupan, program, perancangan secara pendekatan professional dan serbamaju. Lalu dengan ini, usaha untuk membentuk suatu kualiti sikap dan budaya yang lebih cemerlang AKAN TERLAKSANA. Sedengan demikian, kita sepastinya sedang berada dilandasan yang semakin betul dalam rangka menjana modal insan yang berkualiti dan berdaya tinggi.

Pemuda UMNO mesti bertindak hari ini. Masa untuk memulakannya mestilah sekarang dengan cepat, laju, cermat dan cerdik. 54 tahun perjalanan sesebuah organisasi, sekilasnya sudah menghasilkan mutu dan zat. Ayuh! Bergerak.....! 5...3...1... Let's shoot the gun!

Sabtu, 27 November 2010

Videografi Khas Sohaimi Shahadan

Transformlah Wahai Pemuda dan Puteri UMNO! Janganlah gatal-gatal dan miang-miang lagi!

Unit Khas Akar Umbi kami telah menerima suatu laporan tentang kegatalan dan kemiangan pemuda-pemuda dan puteri-puteri UMNO. Hal sebegini mestilah ditegur segera!!!!! Memalukan!!!!

Perlunya Tarbiah. Diharap kepimpinan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO ambil serius perkara sebegini.

Ikutilah Siri Wawancara Khas di sini:

orang mintak sponsor sibuk nak tanya orang dah kawin ke belum, nak ajak keluar segala bagai. kalau mintak kat negeri2 lain takde plak exco2 dia nak menggatal.

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs456.snc4/49941_595514429_3181671_q.jpgberhubung melalui telefon saja, terus saya tak berminat untuk tanya nama dan minta sumbangan.

call pejabat mb hari tu. just nak tanya kalau boleh sponsor untuk makan budak sekolah. tapi bila dah dengar ayat-ayat nak menggatal aje, saya terus bosan la.

buat kena kutuk dengan cikgu2 pas aje. bukak pekung parti sendiri pulak. kalau dengar deme cakap pasal orang kita, memang takleh nafikan. mcm kami kat sebelah sini ada yb sham. kadang2 kesian tgk dia

ramai sgt org kita dok keliling dia. keliling ada makna. tp dah member tu murah hati.

apa deme buat kat yb sham tu

tpaksa la jugak puaskan hati deme. biasa le. http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs355.snc4/41705_1376749348_343207_q.jpghimpit mintak belanja. tp dh dia mmg jenis org hati mulia. mcm mana dia jadi orang biasa dulu, cam tu la jugak bila jd yb. org mcm ni yg kita nak. kadang2 tu mintak top up pun depa leh mintak kat dia gak. membara je dengar.

mcm2 org kita. ada sorang pemuda taiping kita dah ke bulan. sbb marah kan datok zahir tak bg projek usm deme. dengar geram. takde pegangan langsung.

macam kat sekolah saya ni, kalau nak tengok yang kureng sikit keje nye. memang la org kita. orang bulan rajin2 plak kat sini.

bulan ada tarbiah, umno takder

tu la pasal. generasi muda kita hedonistik sikit. kena cari pendekatan untuk upgrade imej kita sikit. bukan nak plastik, tapi kita memang kena cari cara islamik untuk upgrade org kita.

so, gang kita yang ada kuasa di atas mmg kena buat sesuatu. cari pemuda pemudi kita yang islamik.

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs456.snc4/49941_595514429_3181671_q.jpgyg spesies flirting ni pi letak kat lain dulu. kita ada , tp deme low profile

pemuda kita le yg byk 4 wife. asal dpt kuasa sikit nambah le wifenye. tu yang tak sior nak dengar. pastu disusunnye keta2 menjalar depan umah.org kampug lalu buat2 tak nampak aje. rosak rosak. camne atas pagar nak mandang kite. bila dr m bercakap, deme berdesing. tapi perangai deme memang teruk.

saya bergaul dengan semua orang. orang bulan dah terapkan nilai politik dalam kepala otak anak2 deme sejak kecik lagi. orang kita jarang buat macam tu.

kadang2 bercakap degan budak2 sekolah je leh buat telinga kita panas. parents deme dah tanamkan asas yang kukuh dah dalam mind deme tu. org kita jarang brainwash anak2. tu yg parents umno, anak pas/pkr. http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs355.snc4/41705_1376749348_343207_q.jpgni budak2 kat skolah sy, yg kecik2 tu bkn main lg kalau lukis bulan. cahaya segala bagai. test anak2 org kita, ada yang bn pun tak tau apa dia. apa2pun sgalanya bmula dr rumah. kita yg kena mulakan dulu. dan sudah pastinya perlu dibantu org atas dan dibudayakan sekali.

di kampung kami lagi sedih. pemuda kami jadi ketua kampong. tapi bermukah dengan isteri orang. so bila orang bulan kata, memang terdiam la kita.

nak kata apa lagi, dah memang salah orang kita. moraliti kita masih rendah.andainya moral kita dapat dperkukuhkan, insyaAllah imej kitya akan naik semula. walaupun orang deme bukan alim sangat, tp presentation deme tu buat org suka.

kadang2 ade gak nyelit kat bebudak ni (pelajar sekolahnya) tentang pentingnya umno kita. bukan nak menghasut, tapi cikgu2 kita kena buat propaganda mcm ni jugak. udah deme pun buat awal lagi. PASTI deme semua gambo nik aziz aje. puja bagai nak rak.

cikgu2 kita jarang yang nak instill bende2 mcm ni. takut segala bagai. sepatutnye kite kena hati2. umpama menarik rambut dalam tepung. kalau setiap hari cikgu2 bn leh masuk jarum, ada berapa ramai budak2

generasi muda. kita bukan nak buat bende tak elok, kita cuma nak kan kuasa melayu kekal aje. melayu pulak melayu yang camne kan? kalau cam dsai tu setengah sen pun tak guna.

so, tugas cikgu mmg kena sedarkan deme. tp yang sayangnye kebanyakan cikgu sejarah orang deme. cikgu2 le yang paling ramai sekali. memang nyakitkan hati. jikalau dulu hanya tertakluk pada ustaz ustazah, tapi sekarang ni ckgu bi (bahasa inggeris) pun org deme gak. why? sbb dah dapat asas kukuh sejak kecik lagi.

yang ala2 moden sikit, i dont care about politics. so, kalau dah cikgu sendiri macam tu, budak2 macam mana? tu yang btn tu memang kena dihyper-active kan lagi. seelok2nye selidik parti deme, toksah bagi lulus btn tu kalau org deme, baru tak naik anjakan gaji. haa baru deme tau apa makna zalim. cikgu2 baru terutamanya perlu dibrainwash. kalau tak, generasi guru akan datang memang banyakle orang deme.

Full Stop Sohaimi Shahdan. Ingat tak dulu kes Zambry Kadir dan Hamdan Taha dulu!

Wajarlah kini isu Sohaimi Shahadan di bubuh tanda noktah. Jangan lagi marah nyamuk kelambu dibakar. Akhirnya, leboh semuanya di Leboh Ampang. Biar masa menunjukkan kebenaran.

Seketika dulu, Blog Perak Bangkit pernah hentam Zambry sebab dia off track. Lebihnya hentaman itu untuk Hamdan Taha. Maka bangkitlah seorang Rakan Blogger hentam Perak Bangkit.

Episod seterusnya Zambry got himself on track. Rakan Blogger yang hentam Perak Bangkit pasal hentam Hamdan Taha; dia pulak hentam Hamdan Tahan dengan 573 gigabytes. Akhirnya Hamdan Tahan dikirim ke Palembang untuk bertapa di sana.

Sama juga kini kes Sohaimi Shahadan. In the early stage ini kita lihat banyak betul hentaman ke atasnya. Tapi this case terbalik. Perak Bangkit melakukan back up ke atas Sohaimi Shahadan yang teruk dilunyai di media baru.

Again, biarlah masa yang menentukan.

Namun yang lebih penting di sini ialah..... mana arah tuju serangan politik kita. Khususnya dalam konteks politik di Selangor DE. Kenapa senario politik Selangor penting kepada politik Malaysia amnya?

Kerana Selangor adalah pusat segala pusat. Apa yang berlaku di Selangor akan punya kesan besar kepada suasana politik di seluruh pelusuk negara. Selangor kini bukan milik orang Selangor. Kena faham ni. Selangor ni milik negara. Milik semua rakyat Malaysia. Berapa juta pengundi di Perak dan lain-lain negeri, tinggal makan minum dan cari rezeki di Selangor.

Jika Selangor lemah kesan besarnya pada setiap negeri secara tak langsungnya.

Maaflah, jika ada orang kuat dalam Malaya kata UMNO Selangor lah UMNO yang paling lemah. Lihat UMNO Perak. Mereka tewas pada PRU lepas. Tapi akhirnya mereka sedar dan insaf. Mereka bangkit dari celahan sepoi-sepoi kekalahan.

Mereka tundukkan kemaharajalelaan DAP. Sekonyong-konyongnya!!!!

Alhamdulillah. Tuhan beri semula UMNO Perak sebuah kerajaan baru. Jadi belajarlah dari sini. bagaimana? Dan bagaimana? Caranya!!!

Dengan takdir Illahi. Allah menentukan. Krew Perak Bangkit telah menggerakkan nafas beberapa Pemuda UMNO Bahagian di Perak. Dalam sayembara Media Baru. Mereka mula hidup dan bernafas.

Kepada yang nak hentam maki hamun cibai mabai pada Perak Bangkit ni. Silakan! Kami ni at least sudah ada rekod. Bukan angkat bakul, tapi sekadar nak beritahu. Bahawa kami serius nak lihat UMNO menang. Kami nak lihat BN ruling this nation.

Parpu Kari boleh mengesahkan..... Perak Bangkit ni adalah BEBAS dari semua political control... Dia boleh bergerak dalam nada dan rentaknya tersendiri. Not even single cent "outside money" yang pernah mencemarkan kesucian blog ini.

Dan yang paling ketara.......... Blog ini Suci dari apa jua duit-duit kotor yang membayar jangka hayat sesetengah blog politik di Malaya.

Akhir sekali.... Ingatlah!!! Kami juga tiada punya bio-nexus dengan insan bernama Sohaimi Shahadan. So jangan dengki if we chooese to back him up aggresively

Blogger Pro establishment mesti ada direction!

Blog Sosio Politik di Malaysia. Mahu tak mahu. Terbahagi kepada 2 jalur yang besar. Pro Establishment atau Pro Pembangkang.

Blogger Pro Pembangkang nampak lebih fokus. Sebab mereka tak hentam sesama sendiri di Medan Blog Yang sama. Mereka gunakan platform yang lain untuk mengkritik. Jadi pembaca Blog pembangkang lebih terarah. Lebih terdirect untuk baca dan faham bahawa BN UMNO tu lemah. Lemah. Lemah.

Berbeda sekali Blogger Pro Establishment. Kadang-kadang lebih banyak kisah hentam sesama sendiri. Dan pembaca jadi keliru.

Mula-mula mereka baca Blog Pro Pembangkang. Mereka diajarkan bahawa - UMNO itu Lemah. lemah. lemah. Korup. Korup. Korup.

Kemudian mereka baca Blog Pro Establishment pulak. Mereka jumpa pula jawapannya. Pemimipin UMNO yang A ini lemah. Pemimpin UMNO yang B ini korup.

Jadi sebagai pengundi apaklah anda rasa yang akan pembaca blog ini buat?

Fikir-fikirkanlah! Benar sekali. "Blog Aku aku punya suka la!!!!!" Last-last kau orang sebenarnya bukan tulis Blog.... Tapi goblok!

Akhir Part - Sohaimi Shahadan - Bekerjalah dengan kuat dan bijaksana!

Sohaimi Sahahadan. Tak penting kini samada kau dilantik jadi KP Selangor atau tidak. Yang penting ialah kau mesti ambil tanggungjawab untuk Rampas Selangor dari Durjana Maha Dajjal kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Duit kau dah ada. Nama pun kau dah ada. Dah glemer pun skrg. Yang tak kenal kau pun dah mula kenal dan ambil tahu.

Kalau banyak salah silap engkau sepertimana orang kata. Walau kau kata kau benar pun. Beralahlah. Beralah tak semestinya kalah. Mintak mahap jika itu kau mesti lakukan. Kau baca betul-betul Blog RBF tu jika benar kau silap dan dah buat salah sebegitu. Jumpa balik orang-orang yang telah kau kecilkan hati-hati mereka. Orang-orang yang telah kau sakitkan hati-hati mereka.

Sebagai pemimpin kau mesti BERJIWA BESAR wahai Sohaimi.

Sohaimi kami rasakan kini adalah masanya untuk kau menyusun gerakan. Mulakan gelombang perjuangan di bumi Selangor. Rakyat nak rasainya. rakyat Selangor nak merasainya. kami pasti akan mendokongmu.

Para Blogger di sini akan mendokongmu dengan bersungguh-sungguh. Jadi Sohaimi. we hope all the best from you!

Jumaat, 26 November 2010

Lagi Sohaimi - Sengketa kecil kepada RBF Online


Fistly, kami nak minta maaf jika sengketa kecil ini mesti berlaku. Ini semata kerana hal Sohaimi Shahadan. Kami tak mintak lebih daripada Sdr RBF. Cuma, letakkan noktah hentaman kepada Sohaimi. Yakinlah dengan kami wahai Sdr RBF. Kami bukanlah sekutu Sohaimi pun. Kami pun tak kenal dia in persona. Apalagi kalau nak tuduh kami dibayar oleh Sohaimi. Sorry, Perak Bangkit ni free from any political conquer. Cuma kami ada satu Unit Khas. Mengenali pemimpin berpotensi. Wakil kami telah memberikan setiap inci maklumat tentang Sohaimi. Dan kami berpuas hati. Politically, he is the right candidate to lead! But how?

Selangor is in danger! BN akan terus suyup lagi jika perancangan politik Selangor jadi makin songsang. Rakyat Selangor tak suka BN? Tapi, kenapa? Paling tepat, mereka tak suka Khir Toyo. Ezam pun bukan lagi ada bisa berbanding dia sebagai PKRian dulu. Begitu juga Noh Omar. Bagus pun Nobisha dalam pendekatan ilmiahnya. Itu tidak cukup! Generasi muda kata lain! Generasi muda berpandangan lain. Amat berbeda!

Kenapa generasi muda? Mereka punya faktor penentu! Juga mereka akan pengaruh Pengundi Luar yang hidup, bekerja dan cari makan di Selangor. Selangor adalah key kepada undi generasi muda.

Okay, kita pisahkan strategi politik Selangor kepada tiga Section. Section 1, adalah kepimpinan Noh Omar dengan geng Senior. Di mana, Ezam and the Troops juga bekerja dalam kelangkang yang sama. Section 2, Khir Toyo and Nobisha serta kuncu2 In Mind - bergerak dalam jalur intelektualisme.

Manakala, Section 3 akan diketuai oleh Sohaimi Shahadan. Menjangkau barisan Pemuda UMNO, Puteri UMNO, NGO Belia dan golongan Mahasiswa. Sohaimi take this leadership. He can and he can carry the big task. Silently, we move. Silently we attack. In the name of truth and sincerity.

Sohaimi can do it. And he can do more. Please, please, please my Blogger Friends. Stop attack him! Nonsense! He is our leader. Put away all the uncertainty and hearsay evidence about him. He is not as what you have been told.

Sohaimi, dengarlah sungguh-sungguh. Jika ada kesilapan lampau. Yang perlu diubah. kamu mesti memperbetulinya. Kau mesti tingalkan kerja-kerja dan sikap-sikap yang orang tiada suka. Mereka berkata tentangmu, bukan apa? Mereka sayang kamu! Mereka tahu kamu mampu menjadi yang terbaik! Percayalah! God has choosen you! To be a leader with full responsibility, intergrity and trustworthy.

Moh la kita para Bloggers sekalian. Bersatu Dalam Fikiran. Dan Bersatu dalam Tindakan.

Sohaimi Shahadan - kami ulas komentar qistina adam dan yb raz

Kepada Qistina Adam - Fisrtly wa nak kasi tau! Lu ni sokong sama itu Sohaimi ka? Jangan nak perasan bro! Gua bukan sokong sama ini Sohaimi. Gua cuma nak nyatakan bahawa mamat ni bagus jer. Lu jangan salah faham. Gua ni bukan promote dia kerana namanya Sohaimi Shahadan. Tapi sebab gua tahu dia memang ada potensi. Tubuh badan mamat yang namanya Sohaimi ni memang tubuh batang seorang pemimpin Melayu yang punya potensi. Tu saja!!!

YB Raz..... kenapa Sohaimi??? Cuma gua nak tanya? Kalau bukan Sohaimi? Siapa lagi Umnostarian yang boleh lead BN tawan Selangor? Siapa? Jika ada kita highlightkan di sini. Sebab rakyat nak tahu. kalau UMNO nak pimpin BN tadbir Selangor siapakah tokohnya? Tu ajer....

Khamis, 25 November 2010

Sohaimi Shahadan Tak Disukai oleh Pemuda Selangor?

Ah! Karutlah..... Kenapa mereka tak suka? Dengki la tu! Tak baik macam tu! Inilah masalah dalam UMNO yang mesti ditransformkan! Politik Baru kini. Buangkan sifat hasad dengki.

Eh! Sohaimi ni mencuri ker? Dia samun ker? Di peras ugut ker? Tak usahlah tuduh dia macam-macam dan bukan-bukan! Dia membuktikan! Dia boleh melakukannya.....

Bagus anak muda ini. Cekal. Kuat bekerja. Bijak. Inilah tokoh muda yang kita cari. Inilah pemimpin dalam peperangan. So brader! You dont have to worry anymore. Make your stand!

Apa yang kau perlu bikin sekarang. Siapakan jentera peperanganmu. Kita gempur Pakatan Babi Haram Jaddah kat Selangor tu.

kami telah sahkan potensimu untuk mulakan api peperangan ini. Senjatapun kau telah ada. Ayuh! Gempur segera!

KPTM. Mulakan di sini! dekati pelajar dan mahasiswa ini. Dekati organisasi belia dengan segara! Pemuda UMNO Selangor kebanyakannya dah collapse... Asyik cerita duit, duit, duit. Bisnes, bisnes, bisnes. Projek, projek, projek.

Tinggalkan mereka kalau mereka dah lembab sangat. Banyak lagi rangkaian generasi muda yang segar untuk kau ambil mereka dan pasukankan!

Go! Sohaimi! Go! Go! Go!

BN Perak leka..... Negeri bakal ditawan!

Bukan untuk menakutkan sesiapa. Baru-baru ini krew Perak Bangkit berdiskusi dengan seorang pemerhati politik di Perak. Kami kupas setiap bahagian satu persatu. Nak lihat sebanyak mana kerusi yang akan kita menang dalam PRU 13. Amat menakutkan. Lebih-lebih lagi dalam congakan yang dibuat. UMNO bakal tewas di beberapa seat penting. Contohnya, Padang Rengas bakal jadi kawasan hitam. Kenapa? Trend undi bersilang.

Takpa kita bagi BN menang Parlimen. Tapi dua dua kerusi DUN kita sapu! Siapa calon-calon PAS tu? Sdr Azizi akan bertanding di Lubuk Merbau dan kawasan DUN Chenderoh, katanya seorang yang bernama Jamaluddin akan bertanding. Kedua-dua mereka ini amat berpotensi sekali untuk menang.

Ambillah perhatian sewajarnya wahai pendokong BN. Kamunting juga akan ranap. Kalau Ketua Bahagian dengan ADUN sekarang berebut tempat lagilah menambahkan masalah jadi parah. Mereka iaitu PAS sudah ada calon strategik di sana.

Kita naik sikit ke atas. Parit Buntar, Larut dan Bagan Serai, depa kata depa nak sapu bersih. Sudahkah kita bersedia? Bukit Gantang mereka yakin sekali. Mungkin kawasan Dato' Rosli iaitu Trong sedikit sukar. Tapi katanya, Nizar nak bertanding di sana. Nizar tak akan bertanding di Pasir Panjang lagi. Sebabnya, mereka dah hidu UMNO akan bertanding ke sana.

Oh! Ya.... Mereka ada calon MB yang baru! Siapakah calon itu? Sudah pastilah Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar sekarang. Bagi kawasan Kuala Kangsar pula, mereka yakin kepimpinan Asmuni Awi bersama Ustaz Zulkifli Ibrahim (PKR) mampu melakukan sesuatu.

Kawasan-kawasan yang DAP tandingi.... katanya.... DAP begitu yakin menang semula 100 peratus. Jadi bagaimana kini? Fikir-fikirkanlah......

Kenalilah Bakal MB Selangor - Dato' Sohaimi Shahadan


Berapakah usianya? Masih muda barangkali. Punya isteri yang bertudung. Bagus.

Wajah nampak ceria dan sederhana. Isteri bertudung dan suami kemas segak adalah ciri-ciri yang diminati pengundi muda.

Nampak moderate. Bersahaja. Punya 5 anak. 3 lelaki dan 2 perempuan. Bagus. Perancangan keluarga yang baik.

Pengerusi KPTM. Bagus. Pengarah Marditech. Bagus. EXCO Pemuda UMNO. Bagus.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan pemuda UMNO. Bagus.

Teruskan perjuanganmu wahai anak muda. Jangan terlalu banyak amalkan politik lekeh memperlekeh. Tunjukkan politik usaha kerja. Kamu pasti akan berjaya dan menjayakan politik anak bangsa seluruhnya.

Kami nak lihat kamu akan punya banyak program bersama pelajar KPTM. Kami nak lihat kamu mesra mahasiswa dan mesra pelajar. Kamulah pemimpin masa depan itu. Kamu berbakat dan punya peluang yang baik. Inilah aset yang kamu ada berbanding Tan Sri Khalid Ibrahim yang semakin sememey tu.

Isu Hangat 1.0 - Sohaimi Shahadan Formula Tawan Selangor


Bukan skeptikal. Ini kejujuran. Sohaimi Shahadanlah orangnya. Bagus anak muda ini. Punya kerja yang cekap. Pantas. Laju. Berkembang. Positif.

Kau orang baca kini banyak blogger hentam dia! Pasal apa? Pasal apa nak bunuh Hang Nadim? Dia tak bersalah pun! Dia bagus!

Kalau kau orang nak hentam kasi lenyek. Hentam Shabery Cheek monggek. Lemah bewok!

Bukan Sohaimi Shahdan. Dialah formula untuk tawan Selangor. Dialah yang dicari-cari selama ini. Dialah Permata itu.

Sohaimi Shandan. Kau usah risau. Teruskan kerjamu. Pasti kau hairan kenapa Blogger Perak Bangkit berada dibelakangmu? Kau pun tak kenal siapa-siapa peneraju Perak Bangkit ini. Jadi teruskan kerjamu. Kami memerhati setiap langkahmu. Kami dapat ikutimu dari dekat.

Wahai blogger Pro Establishment sekalian. Jangan salah arah! Jangan salah pandu! Musuh kalian adalah Si Nuo Durjahana. Dan insan-insan yang bersekutu dengannya. Musuh kalian ialah Lim anak beranak pinak. Musuh kalian adalah Pas yang keliru arah tuju. Betulkan alignment anda kembali.

Jangan paksa Perak Bangkit Mengganas lagi. Cukuplah!

Hentikanlah sebarang provokasi bongok yang mengatakan Sohaimi Shahdan itu dan ini. Dia adalah bakal Menteri Besar Selangor!

Kami ulang! Sohaimi adalah CM Selangor in the making!

Selasa, 2 November 2010

Isu Panas 1 - Dato' Ahmad Shabery Chik

-artikel ini dihapuskan kerana mencari kebenaran-

Moga BN berjaya galas tugas di Galas dan menang di Batu Sapi

Kami hanya boleh mengharap. Namun ketentuan di tangan Illahi. Undi ditangan pengundi. Berkempenlah dengan lebih bijak dan matang. BN boleh berjaya. Bukan semestinya bekerja dengan kuat semata-mata. Tetapi bekerjalah dengan lebih kemas.