Perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia. BN harikini adalah BN5.0. Ianya diterajui oleh DS Najib Tun Razak. BN 1.0 adalah BN yang dibangunkan oleh bapa Najib, Tun Razak. Seterusnya, BN 2.0 oleh Tun Hussein, 3.0 oleh Tok Det dan 4.0 ditearjui oleh Pak Lah. Kenapa mesti kita sokong BN 5.0?
BN5.0 bukanlah BN yang terlemah di kalangan BN sedia ada. Yang pastinya BN1.0 dan BN3.0 sukar untuk dinyatakan manakah yang hebat kerana kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri. BN5.0 belum diuji sepenuhnya. BN5.0 baru sedang pulihkan dirinya dari tsunami besar yang melanda BN 4.0.
Kesilapan besar BN 4.0 apa dia? Jawapannya, BN 4.0 bagaikan dikuasai oleh Tingkat 4. Budak mentah yang cuba menguji teorinya. Jawapannya punah dan padah sehingga dilanggar tsunami69. Tsunami 69 adalah Tsunami 1.0 dan 2008 menyaksikan Tsunami 2.0 terjadi.
Kini, Najib ambil alih BN dan menjadikannya versi 5.0. Versi ini sudah menggunakan software UMNO 7.0 sejak UMNO 1.0 diterajui oleh Dato' Onn. Namun BN5.0 masih belum berstatus Versi Penuh. Ianya masih Versi Beta kerana PRU yang mengangkat Najib belum tiba sejak software BN5.0 digunakan olehnya.
Okay, kenapa anda mesti memilih BN5.0? Jawapannya anda boleh baca dari suratkhabar dan blog-blog yang begitu banyaknya. Termasuk blog pro Pakatan Rakyat. Apa yang kita jumpa dari kesemua maklumat yang ada kesimpulannya amat mudah. Adakah anda mahukan Najib atau Anwar sebagai PM Malaysia selepas PRU13 nanti? Kerana inilah jawapan sebenar yang semua rakyat Malaysia mesti cari daripada keadaan politik sedia ada. Pukullah kot kiri kanan atas bawah pun. Inilah matlamat akhir PRU 13 dan politik cacamarba masakini. Najib atau Anwar?
Dan inilah pusat peperangan yang sedang berlaku dalam mana-mana minda politik manusiawi di Malaysia. Najib atau Anwar? Jika anda memilih Najib sudah pastilah apa cara sekalipun, anda mesti tolong dan memastikan BN memenangi majoriti kerusi di Parlimen. Namun, jika anda memilih Anwar ada 1001 lagi persoalan yang anda mesti jawab sebelum merasakan Anwar mesti jadi PM Malaysia. Ikutilah siri ini seterusnya.......



11:32 PM
Radio Bangkit
0 comments:
Post a Comment