Agak melampau untuk menyatakan bahawa kedua-dua blog ini berstatus set pelancar nuklear. Tapi jika kita katakan ianya sebagai set pelancar bom atom agak munasabah. Bom atom adalah bom nuklear kecil. Namun cukup untuk membinasakan Anwar Hiroshima dan Lim Kit Siang Nagasaki. Jangan usik Haji Hadi dan Nik Aziz. Biarkanlah dua ulama' besar ini berceramah. Mereka bukannya musuh asasi tentera BN pun. Mereka ni pendakwah. Betul atau salah kita serahkan kepada Allahu Rabbi.
Yang perlu dimusnahkan ialah Anwar Hiroshima. Kerana Anwar adalah Ketua Perang. dan Timbalannya ialah Kit Siang Nagasaki. Para pencipta bom atom tak usah pening-pening lagi nak bikin blog yang baru. Set pelabcar bom atom telah dimiliki oleh Papa Gomo dan rakan angkatannya GAP. Berbaiklah dengan mereka dan semua sekutu mereka. Perlu difahami mereka ini adalah pemilik mesin swasta dan tentera BN mesti sewa mesin mereka jika nak berperang. Tentera BN jangan lagi berlagak pandai dan eksyen. Tak usahlah eksyen nak buat apa. Pegang psitol pun dengan cara yang salah.
Toksahlah asyik nak pakai tongkat sakti Tok Det ajer. Usahalah sikit. Otak yang geliga tu gunakanlah untuk mencipta bom atom. Kemudian berundinglah dengan pemilik mesin pelancar bom dengan baik-baik. Barulah dihalakan bom di sasaran yang betul. Tembak Hiroshima dan Nagasaki kasi kena. Tepat dan meletup.
Pengawal-pengawal King Najib pula janganlah jadi tukang kipas sahaja. Tugas anda kawal ketua. Kawal ketua ni dengan tombak dan perisai. Bukannya kipas dia. Bila lihat serangan tembakan kat King Najib, janganlah tengok ajer. Perisai tu gunakan. Tombakan tu tonyohkanlaah kepada musuh. Ini bila kerja mereka ni jadi tukang kipas, terlukalah Pak Jib. Takpa Pak Jib. Lepas ni mana-mana pengawal yang bodo sebodo tu akan ditembak maut oleh para pencinta alam dan laut dalam.



7:57 AM
Radio Bangkit
1 comments:
kah..kah..iya ker...silap2 BN kalah PR13 depa cabut dulu
Post a Comment