Tuesday, July 26, 2011

Teori Pipeline dalam Membikin Isu dan Meletupkannya

Ini penting. Dalam menjadi penjana kepada isu politik semasa untuk dijadikan peluru yang membenamkan kubu musuh. Para blogger mesti melihat setiap isu bagaikan peluru. Cuma yang pertama sekali mestilah kenal peluru kita ini jenis apa fiziknya? Kayu, batu, besi atau plastik? Ya, peluru mestilah menggunakan buluh paip. Ianya akan dimasukkan ke dalam melalui inlet dan akan keluar di outlet.

Pertama, bentuk fizik isu kita itu pula apa? Kapsul atau panah kecil? Dan bagaimanakah kita nak memberikan tekanan udara ke dalam buluh paip sebelum kita menembaknya keluar?

Lihat teori Anwar Ibrahim menembak semua isu atau pelurunya? Lihat bagaiamana dua isu Najib Altantuya dan Rosmah dan Cincin Berliannya.

Kita ambil Isu Najib Altantuya dahulu. Anwar menggunakan Altantuya untuk memusnahkan kredibiliti peribadi Najib. Najib dikatakan sebagai pembunuh Altantuya. Fakta sebenar ialah DS Najib seorang yang tidak terlibat dalam isu atau peluru yang dicipta oleh Anwar itu.

Dalam merekacipta isu ini Anwar menggunakan Raja Petra sebagai meriam buluhnya. Dan mencipta isu ini bagaikan sebutir bom yang boleh meletup dan bukannya sekadar kapsul kecil atau panahan kecil. manknanya Anwar mencipta karakter pelurunya.

Anwar mulanya hebahkan tentang rasuah kapal selam. Isu Rasuah Kapal selam ini ialah bahan-bahan yang disdiakan untuk membuat bom. Dalam masa yang sama Isu Rasuah juga menjadi peluruh-peluru besi kekacang yang menembak-nembak BN melalui kelemahan BN mengawal isu rasuah. Komisen Razak Baginda telah dibilas menjadi Rasuah Besar kerana melibatkan nilai jutaan ringgit.

Bila bahan yang dicipta itu telah lengkap, tibalah masanya Anwar menjadikan ianya sebagai sebutir bom dan memasukkannya ke dalam meriam buluh kepunyaan Raja Petra dan terus ditembaknya. Tembakan tepat mengena BN di atas nama Najib. Dalam masa yang sama angkatan pemanah Anwar teruskan panahan ke udara dengan jumlah yang cukup banyak.

Hampir 3 bulan BN kesakitan dan kubu BN robek musnah. Angkatan perang Anwar terus sahaja mara ke hadapan dan memancung tentera BN satu persatu.

Kes Video Seks gagal gugat keimanan penyokong Anwar. Mereka terus sahaja tidak percaya orang itu adalah Anwar malah membela Anwar ke titisan darah mereka yang terakhir.

Lihat pula peluru terbaru. Cincin Berlian Rosmah.

Rosmah bukanlah Perdana Menteri. Kenapa Anwar perlu serang dia. Anwar menyerang Rosmah bukan kerana Rosmah tetapi kerana Najib adalah suaminya. namun Anwar berjaya membilah persepsi paara pemerhati yang kini ramai sudah percaya bahawa Rosmah adalah pemegang remote control kepada suatu mesin yang bernama Najib.

Jadi, bila Rosmah dibedal Anwar. Kubu BN juga terancam. Tak betul kerana ini tak harus terjadi. Ini terjadi apabila tentera BN menerima bilasan Anwar yang menjadikan Rosmah sebagai Queen of the Show di mata tentera BN. Sedang itu hanyalah magis atau sihir pandangan yang dibikin oleh Anwar dengan tangannya.

Cincin Berlian bukanlah satu peluru pun. Ianya hanyalah satu helah yang cukup buta. Cincin Berlian hanyalah satu peluru plastik yang bila ditembak di badan hanya akan ada pedih-pedih kecil tapi tak melukakan pun. Tapi bila manusia yang telah ditipu Anwar bahawa pistol mainannya adalah pistol betul, tentera BN takut dan serang balas guna peluru betul dan pistol betul. Tentera BN rugi peluru menembak balas sedangkan modal Anwar hanyala pistol mainan sahaja.

Jangan banyak rugi lagi. Bila nak tembak. jangan aci tekan picu sahaja. Gunakanlah bom meriam dan meriam buluh yang cukup-cukup power.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes