Wednesday, August 3, 2011

Atas Pagar Menolak PR tapi belum pasti lagi untuk pangkah BN?

Inilah Fenomena Baru yang sedang melanda politiko Malaysia hari ini. Penentu kepada keputusan Pilihanraya Umum akan datang ialah Pengundi Atas Pagar. Siapakah mereka? Mereka kebanyakannya membaca Blog Pro Keinsafan. Kenapa kami katakan Blog-blog ini sebagai Blog Pro Keinsafan?

Pertama, ialah kerana Blog ini bukannya bangkit dan menjerit untuk menyokong karimbulan penyapu wang negara dan penyonglap wang rakyat yang dilakukan oleh para juak-juak pengampu. Blog ini bangun dan berdiri untuk menceritakan betapa mereka insaf dengan senario politik yang semakin bahaya dan meruncing kepada keamanan negara.

Dan banyak pengunjung Blog Pro Keinsafan ini ialah para Pengundi Atas Pagar dan yang pasti mereka bukanlah ahli UMNO. Mereka datang untuk menimba berita di zaman edan yang kuat cabarannya. Terlampau banyak helah dan dongeng didalangkan di Blog-blog Pro Pembangkang yang merimaskan mereka.

Cerita Bersih kini sudah menjadi iklan sabun semata-mata. Warna Kuning telah pudar dan semakin menjadi muak untuk dinyanyikan. Sama juga dengan kisah telanjangan pemimpin itu yang orang tak mahu bicara lagi. Kini apa yang mereka mahu tahu? Ekonomi negara akan terus stabil dan menjadi semakin rancak.

Kisah di Dataran Tahrir di Mesir sudah jadi cerita baru. Husni Mubarak telah tumbang namun pergaduhan sesama saudara di Mesir terus berlaku di atas Dataran itu. Adik Thaksin yang comel lote sudah steady sebagai PM Thailand Wanita yang pertama.

Pengundi Atas Pagar mahukan kisah-kisah benar yang menggambarkan negara kita semakin baik. Kisah-kisah benar ini boleh kita sajikan melalui fakta-fakta yang benar juga. Ianya terlalu banyak di pasaran namun kurang orang memberikan pencahayaan kepada kesihatan ekonomi negara. Semua orang kini sebok berkata - Ini masa untuk bikin bisnes! Di pasaran yang lebih terbuka dan meyakinkan.

Justeru, setiap maklumat berkenaan penjanaan ekonomi mesti harus sampai ke setiap pelusuk negara. Agar pekebun kecil dan para nelayan tahu status ekonomi negara secara sejujur-jujurnya. Agar semua dapat melihat betapa penawaran dan permintaan ada di mana-mana. Poket masing-masing adalah petunjuk ke mana undi masing-masing akan dibuang nanti.

1 comments:

make fun said...

Hello tuan, saya telah dikaitkan web yang bagus anda, supaya anda boleh link blog saya?Saya berharap anda tidak keberatan ...
ini adalah blog saya
http://jomsumpit.blogspot.com/
http://webmarhaen.blogspot.com/

nasib baik

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes