Tuesday, September 13, 2011

Nurul Izzah kecewa kerana taktikal menjadikannya MB Selangor telah terbocor!

BN Selangor beruntung kerana posting yang menyatakan Nurul Izzah sebagai bakal MB Selangor ini telah menggoyahkan strategi Azmin Ali di Selangor. Antara lain penonjolan Nurul Izzah ini adalah bertujuan untuk menyekat hasrat PAS mengintai peluang menjadi MB Selangor secara gerak sulit dan senyap. Dengan menyusun Nurul Izzah sebagai MB Selangor, Azmin yakin PAS tak akan berani untuk berkata apa-apa kerana Izzah anak Anwar.

PAS sangat takut dengan Anwar kerana semua tembolok rezeki PAS untuk menang pilihnaraya terutama di kawasan yang ada lebih 30 peratus undi Cina letaknya di tangan Anwar. Anwar juga punya "say" untuk menolak calon PAS yang tertentu jika dirasakan mereka tidak digemari oleh pengundi bukan Melayu. Contohnya, Hasan Ali.

Hasan Ali dah tak boleh bertanding atas tiket PR lagi. Orang bukan Melayu pro PR tak mahu mengundi Hasan Ali lagi. Hasan Ali hanya boleh bertanding atas tiket UMNO sahaja. Itupun jika UMNO beri laluan.

Satu lagi nasihat besar buat UMNO Selangor ialah jangan asyik pancing ikan dalam kolam sendiri. Pergilah pancing di lain-lain kolam. Merakyat. Maknanya pergi bertemu rakyat dan bukannya tunggu rakyat datang kepada anda. Kereta besar usah ditayang-tayang. Nahas nantinya.

Kepada bakal-bakal calon tu. Ingat! Jangan menggatal sangat buah pelior tu. Jadilah pemimpin tulin. Bukan pemimpin plastik. Mesti inklusif dan jangan jadi eksklusif!

Pergilah jumpa Datuk Sohaimi Shahadan. Belajar tentang politik daripadanya. Bagaimana nak organise program-program yang inklusif. Jangan pulak kutuk belakang dia lebih-lebih lagi benda-benda yang tak ada kepastiannya. Jika kita kurang pandai, belajarlah dengan orang-orang yang sudah berjaya. Jumpa Datuk Noh Omar. Tuntut ilmu politik daripadanya. Cuba rendahkan sedikit ego tu. Dua nama yang kami sebut ini adalah insan yang bijak pasal politik Selangor. Belajarlah daripada mereka berdua.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes