Siapakah MB? Bagi N9, Perak, Pahang dan Johor jika BN tawan negeri tersebut? Ini penting. Kerana faktor siapa MB juga memberi impak kepada sokongan pengundi kepada BN. 80 peratus pengundi tidak berparti. Jadi mereka mahu tahu siapa MB jika mereka pilih BN sebagai kerajaan.
Maka spekulasi demi spekulasi mula timbul. Persaingan antara KJ dan Shaziman di N9 bukan cerita diam-diam lagi. Ramai anak muda suka pada kebolehmampuan KJ sebagai pemimpin politik. Bagaimana KJ berjaya menumbangkan Mukhriz dengan cara main tipu dan main kotor. KJ berjaya lakukan itu dan menjadi Ketua Pemuda UMNO. Bolehkah KJ memainkan sekali lagi taktik kotor untuk dia jadi MB N9. Weh! Post MB memang cukup bermakna bagi pemimpin muda kerana mereka dipanggil Yang Amat Berhormat. Fairus antara orang muda masa kini yang pernah bergelar YAB, walaupun sebagai Timbalan Ketua Menteri.
Title YAB juga akan memberi peluang untuk orang itu mengukuhkan kedudukan mereka dalam parti UMNO. KJ sudah simpan hasrat. Shaziman jangan leka sangat. N9 penuh misteri.
Johor pula menyaksikan persaingan banyak pihak. Razali Ibrahim juga mengintai peluang. Begitu juga orang lama Khaled Nordin. Tapi rezeki manusia siapa yang tahu. Manakala di Pahang YB Nurul mengintai peluang keemasan ini. Di samping Saifuddin Abdullah juga beriya-iya...
Belum tahu siapa? Dan di Perak, nampaknya kedudukan Zambry A. Kadir juga tidak menentu kerana nama MK2, Datuk Husni juga disebut-sebut. Apapun spekulasi siapakah MB adalah topik kedua yang menarik selain siapakah calon PRU 13. Jadi berlumba-lumbalah untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.



4:49 PM
Radio Bangkit
0 comments:
Post a Comment