Saturday, September 24, 2011

Sohaimi Shahadan mengangkat martabat kartunis tanahair. Perakbangkit ucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda.....

Zaman kita barangkali zaman majalah kartun Gila-Gila. Siapa yang remaja zaman 70 hingga millenium pasti tahu dan suka dan sayangkan majalah Gila-gila... Terima kasih Datuk ..... Ikutilah kisahlah yang saya petik dari Telusuri Terengganu....



Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan kerjasama Cartoonist At Work (CAW) akan membantu kartunis terkenal tanah air, Fatah Ngah,57, yang pernah popular dengan watak A Mahmud untuk menjual hasil karyanya bagi membiayai kos perubatan termasuk perbelanjaan sara hidupnya.

Pengerusi Biro Ekonomi&Pembangunan Usahawan, Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Fatah menyatakan persetujuannya untuk menjual karyanya kepada sesiapa yang berminat.

Katanya,CAW akan cuba menjual hasil tangan kartunis terbabit kepada syarikat korporat atau individu yang menghargainya.

Beliau bangga dengan hasil kerja seni kartunis berkenaan kerana hasil seninya berkualiti dan mempunyai makna tersendiri.

Datuk Sohaimi yang juga Penaung CAW berkata, dia sedih apabila melihat kartunis Fatah yang popular melalui majalah Gila-Gila menderita penyakit sarat dan kini hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Fatah perlu menjalani rawatan susulan dan Pegerakan pemuda Umno Dungun dengan CAW akan berusaha membantu mencari pakar urat saraf bagi kartunis itu mendapatkan rawatan fisioterapi.

Datuk Sohaimi yang suatu ketika dahulu dikenali kartunis ‘Chek’ diera 80an dan 90an berkata, Fatah kini hanya bergantung kepada bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jumlah itu tidak cukup untuk menampung kos perubatannya.

Mereka yang berminat untuk membeli hasil karya Fatah boleh menghubungi

Pengarah Urusan CAW, Buhairi Ramli
di talian 019-6730985 atau 018-2584397.

1 comments:

Jeffry said...

MAJALAH GILA2 YG TERBAEKK!..KARTUNIS2 DIORANG MMG TERBAEKK TERUTAMA ZAINAL!..THE BEST IN TOWN!

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes