GAYA EKSKLUSIF

GAYA EKSKLUSIF
Gaya Eksklusif - Online Kurta Shoppe

Sabtu, 10 Disember 2011

Jual BN dengan cara yang betul - satu ulangan posting!

Ramai penyokong dan aktivis BN masih belum mengerti bagaimana untuk menjual BN5.0. Perkara yang paling mustahak ialah jangan jual BN5.0 atas kejayaan BN Versi terdahulu. BN3.0 Versi Tok Det sudah banyak berjaya dan BN5.0 tak boleh jual produknya atas kehebatan BN3.0. Ini kerja menipu. Sepatutnya BN5.0 sudah ternampak upgrade nya yang outstanding. Malang buat BN kerana BN4.0 telah merosakkan jenama BN ditahap yang cukup maksimum. Manakala jentera BN5.0 setelah melihat rosak hancurnya BN4.0 mengangkat perosak BN itu sebagai Ketua Panji BN5.0. Ini bukan hujah untuk membenci sesiapa. Ini adalah realiti yang cukup menyedihkan dan menjatuhkan standar BN5.0 di bawah BN3.0 dengan begitu dahsyat.

Pesaing utama BN5.o bukanlah Pakatan Rakyat atau PR1.0. BN5.0 mesti cuba bersaing agar dia boleh setanding BN3.0; jika tidak pun jaraknya antara BN5.0 hampir cuba mengejar standard BN3.0. BN5.0 bercakap sahaja mahu menerjah Lautan Biru atau Blue Ocean. Tapi baru berlayar sedikit sahaja, patah balik. Gerun melihat ombak besar.

Tak boleh begini! Percayalah Kes Video Seks Anwar kurang membantu untuk menaikkan rating BN5.0. Sebab ini bukannya senjata kekuatan. Kes Video Seks ibarat satu tembakan mortar sahaja. Ianya sudah pun meletup dan peluru itu sudah berkecai musnah. Memang kubu PR sedikit terancam. Namun dapat dibaik pulih sedikit demi sedikit.

Anwar bijak. Anwar tahu Cina sudah ditangannya. Biar pun bayaran untuk dia dapatkan sokongan Cina amat mahal. Itu Anwar tak peduli, asalnya galang ganti untuknya adalah PM Malaysia. Kini Anwar risau tentang sokongan India. Gobala pun dah hilang. Karupaan dan lawan dia habis-habisan. Anwar bijak. Anwar gunakan Ambiga sebagai ikon untuk mewujudkan rasa benci India kepada Melayu. Orang Melayu ni pantang tenngok orang India eksyen. Jadi Ambiha teruskan sikap eksyen dia. Orang Melayu ni bila tengok aada India eksyen sahaja, dia terus perli ke tahap caci maki. Ambiga pun dimaki mereka. Takpa la itu Ambiga saja, orang India tak marah. Tapi marahnya Melayu kat Ambiga sekali pukul hinakan orang India dengan perkataan yang mereka taksuka. Contohnya, memanggil Ambiga sebagai Keling dan Paria dan disumbati dengan pelbagai caci. Tak boleh begini! Orang India tak suka! Jangan marahkan nyamukkelambu kita bakar.

Jadi Anwar akan terus gunakan Ambiga sehabis madu Ambiga. Selagi ada peluang Anwar akan siksa minda Melayu penyokong BN dengan kata-kata kesat oleh Ambiga kepada Orang Melayu dan bangsa Melayu dengan cara yang cukup sinikal dan halus. Penyokong BN telah dimain ikut game Anwar. Video Seks semakin tak laku dipasaran. BN5.0 telah salah dipasarkan. Fikirkan kembali untuk memasarkan BN5.0 dengan cara yang betul. Bukan pasarkan BN versi lain. Ianya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan