GAYA EKSKLUSIF

GAYA EKSKLUSIF
Gaya Eksklusif - Online Kurta Shoppe

Sabtu, 10 Disember 2011

Tun Faisal, Papagomo dan pergaduhan sesama bloggers pro UMNO dan lain-lain hal

1. Pertempuran

Ini bukannya posting tentang Tun Faisal dan Papagomo. Bukan juga tentang pertempuran lain sesama para bloggers pro UMNO. Ini adalah sebuah posting tentang kenapa terjadinya pertempuran itu. Ianya berlaku bukan kerana prinsip, etika mahupun apa jua. Ianya hanya kerana dal wau ya ta.

2. Soal Ranking

Rangking tu semuanya permainan dalama maya sahaja. Pembaca tak pedulikan berapa tinggi ranking kita dalam carta. nak tinggi ranking kenalah rajin berblogging. Hanya tentang kerajinan.

3. Arahtuju?

Untuk berblog? Sumber rezeki, keseronokan, isi masa lapang atau untuk berpolitik secara online? Atau untuk mencari kebenaran? Terpulang kepada niat dan kemahuan masing-masing. Bila kita berblog, kita sebenarnya berada di dunia tanpa sempadan dan sejujurnya; dunia ini bagi tiada undang-undang ataupun negara. Ianya adalah pentas anakrki. Marahlah sesiapa yang kau nak marah. Pujilah sesiapa yang kau nak puji. Kerana ketika kamu mengetuk papan kekunci masing-masing..... hanya Iman sahaja yang menentukan penulisanmu. Bagaimanakah bentuk dan hasil mesej yang disampaikan.

4. Pembaca blog

Ramai juga rakyat Malaysia suka membaca blog. Dan terpulang kepada mereka untuk menafsirkan apa cara dan bagaimana. Ilmu yang menafsirkan apakah yang mereka akan faham daripada apa yang mereka baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan