GAYA EKSKLUSIF

GAYA EKSKLUSIF
Gaya Eksklusif - Online Kurta Shoppe

Selasa, 26 Julai 2011

Wajar juga Dr Ridhuan Tee diangkat sebagai Menteri JPM (Hal Ehwal Agama Islam) Pasca PRU13?

Klik Read More dan ikutilah pandangan beliau tentang Real Politics dan harapan perkembangan dakwah Islamiah di Malaysia hari ini.

Rembat Bar Council habis habisan....... Hapuskan Undi Pos!

Pagi ini krew Perak Bangkit berasa lega kerana telah banyak Blog merembat Bar Council atau Majlis Peguam. Tapi masih belum cukup. Bar Council perlu dirembat habis habisan. Sesiapa yang baik dengan Bang Zul Nordin tolong ccuk Bang Zul attack Majlis Peguam. Suarakan tentang kepimpinan Majlis Peguam yang segar bugar.

Kita ada banyak calon dan muka baru untuk memimpin Majlis Peguam. Presiden Persatuan Peguam Muslim, Sdr Zainul Rijal kini amat digeruni oleh pengemudi Bar Council. Minta pandangan PPMM untuk membidas Majlis Peguam habis-habisan. Kita mesti celikkan peguam-peguam Muslim di seluruh negara bahawa hak dan kepentingan mereka untuk mengundi. Tapi sayang! Majlis Peguam masih mengamalkan Undi Pos. Undi Tipu. Dan undi cara penakut. 1oo% pemilihan Jawatankuasa Majlis Peguam guna undi pos.

Ini yang bangkitkan amarah kami! Dalam Bersih Ambiga laungkan untuk hapuskan undi Pos. Yang menjerit tu siapa? Bukankah Ambiga bekas Presiden Majlis Peguam! Berapa persenkah Peguam yang Casting Vote dalam undi Pos? Pernahkah disytiharkan jumlahnya? Atau mereka menipu semuanya?

Sekarang para peguam mesti melancarakan BERSIH MAJLIS PEGUAM daripada golongan Syaithan Yang DiRejam. Kami telah poskan dalam beberapa bulan lepas. Tentang perisytiharan Perang dengan Majlis Peguam yang kini dipimpin oleh ahli-ahli FREEMASONRY.......

Papa Gomo dan Gerakan Anti PKR adalah set pelancar bom atom

Agak melampau untuk menyatakan bahawa kedua-dua blog ini berstatus set pelancar nuklear. Tapi jika kita katakan ianya sebagai set pelancar bom atom agak munasabah. Bom atom adalah bom nuklear kecil. Namun cukup untuk membinasakan Anwar Hiroshima dan Lim Kit Siang Nagasaki. Jangan usik Haji Hadi dan Nik Aziz. Biarkanlah dua ulama' besar ini berceramah. Mereka bukannya musuh asasi tentera BN pun. Mereka ni pendakwah. Betul atau salah kita serahkan kepada Allahu Rabbi.

Yang perlu dimusnahkan ialah Anwar Hiroshima. Kerana Anwar adalah Ketua Perang. dan Timbalannya ialah Kit Siang Nagasaki. Para pencipta bom atom tak usah pening-pening lagi nak bikin blog yang baru. Set pelabcar bom atom telah dimiliki oleh Papa Gomo dan rakan angkatannya GAP. Berbaiklah dengan mereka dan semua sekutu mereka. Perlu difahami mereka ini adalah pemilik mesin swasta dan tentera BN mesti sewa mesin mereka jika nak berperang. Tentera BN jangan lagi berlagak pandai dan eksyen. Tak usahlah eksyen nak buat apa. Pegang psitol pun dengan cara yang salah.

Toksahlah asyik nak pakai tongkat sakti Tok Det ajer. Usahalah sikit. Otak yang geliga tu gunakanlah untuk mencipta bom atom. Kemudian berundinglah dengan pemilik mesin pelancar bom dengan baik-baik. Barulah dihalakan bom di sasaran yang betul. Tembak Hiroshima dan Nagasaki kasi kena. Tepat dan meletup.

Pengawal-pengawal King Najib pula janganlah jadi tukang kipas sahaja. Tugas anda kawal ketua. Kawal ketua ni dengan tombak dan perisai. Bukannya kipas dia. Bila lihat serangan tembakan kat King Najib, janganlah tengok ajer. Perisai tu gunakan. Tombakan tu tonyohkanlaah kepada musuh. Ini bila kerja mereka ni jadi tukang kipas, terlukalah Pak Jib. Takpa Pak Jib. Lepas ni mana-mana pengawal yang bodo sebodo tu akan ditembak maut oleh para pencinta alam dan laut dalam.

Teori Pipeline dalam Membikin Isu dan Meletupkannya

Ini penting. Dalam menjadi penjana kepada isu politik semasa untuk dijadikan peluru yang membenamkan kubu musuh. Para blogger mesti melihat setiap isu bagaikan peluru. Cuma yang pertama sekali mestilah kenal peluru kita ini jenis apa fiziknya? Kayu, batu, besi atau plastik? Ya, peluru mestilah menggunakan buluh paip. Ianya akan dimasukkan ke dalam melalui inlet dan akan keluar di outlet.

Pertama, bentuk fizik isu kita itu pula apa? Kapsul atau panah kecil? Dan bagaimanakah kita nak memberikan tekanan udara ke dalam buluh paip sebelum kita menembaknya keluar?

Lihat teori Anwar Ibrahim menembak semua isu atau pelurunya? Lihat bagaiamana dua isu Najib Altantuya dan Rosmah dan Cincin Berliannya.

Kita ambil Isu Najib Altantuya dahulu. Anwar menggunakan Altantuya untuk memusnahkan kredibiliti peribadi Najib. Najib dikatakan sebagai pembunuh Altantuya. Fakta sebenar ialah DS Najib seorang yang tidak terlibat dalam isu atau peluru yang dicipta oleh Anwar itu.

Dalam merekacipta isu ini Anwar menggunakan Raja Petra sebagai meriam buluhnya. Dan mencipta isu ini bagaikan sebutir bom yang boleh meletup dan bukannya sekadar kapsul kecil atau panahan kecil. manknanya Anwar mencipta karakter pelurunya.

Anwar mulanya hebahkan tentang rasuah kapal selam. Isu Rasuah Kapal selam ini ialah bahan-bahan yang disdiakan untuk membuat bom. Dalam masa yang sama Isu Rasuah juga menjadi peluruh-peluru besi kekacang yang menembak-nembak BN melalui kelemahan BN mengawal isu rasuah. Komisen Razak Baginda telah dibilas menjadi Rasuah Besar kerana melibatkan nilai jutaan ringgit.

Bila bahan yang dicipta itu telah lengkap, tibalah masanya Anwar menjadikan ianya sebagai sebutir bom dan memasukkannya ke dalam meriam buluh kepunyaan Raja Petra dan terus ditembaknya. Tembakan tepat mengena BN di atas nama Najib. Dalam masa yang sama angkatan pemanah Anwar teruskan panahan ke udara dengan jumlah yang cukup banyak.

Hampir 3 bulan BN kesakitan dan kubu BN robek musnah. Angkatan perang Anwar terus sahaja mara ke hadapan dan memancung tentera BN satu persatu.

Kes Video Seks gagal gugat keimanan penyokong Anwar. Mereka terus sahaja tidak percaya orang itu adalah Anwar malah membela Anwar ke titisan darah mereka yang terakhir.

Lihat pula peluru terbaru. Cincin Berlian Rosmah.

Rosmah bukanlah Perdana Menteri. Kenapa Anwar perlu serang dia. Anwar menyerang Rosmah bukan kerana Rosmah tetapi kerana Najib adalah suaminya. namun Anwar berjaya membilah persepsi paara pemerhati yang kini ramai sudah percaya bahawa Rosmah adalah pemegang remote control kepada suatu mesin yang bernama Najib.

Jadi, bila Rosmah dibedal Anwar. Kubu BN juga terancam. Tak betul kerana ini tak harus terjadi. Ini terjadi apabila tentera BN menerima bilasan Anwar yang menjadikan Rosmah sebagai Queen of the Show di mata tentera BN. Sedang itu hanyalah magis atau sihir pandangan yang dibikin oleh Anwar dengan tangannya.

Cincin Berlian bukanlah satu peluru pun. Ianya hanyalah satu helah yang cukup buta. Cincin Berlian hanyalah satu peluru plastik yang bila ditembak di badan hanya akan ada pedih-pedih kecil tapi tak melukakan pun. Tapi bila manusia yang telah ditipu Anwar bahawa pistol mainannya adalah pistol betul, tentera BN takut dan serang balas guna peluru betul dan pistol betul. Tentera BN rugi peluru menembak balas sedangkan modal Anwar hanyala pistol mainan sahaja.

Jangan banyak rugi lagi. Bila nak tembak. jangan aci tekan picu sahaja. Gunakanlah bom meriam dan meriam buluh yang cukup-cukup power.

Isnin, 25 Julai 2011

Cara nak menjual Barisan Nasional 5.0?

Ramai penyokong dan aktivis BN masih belum mengerti bagaimana untuk menjual BN5.0. Perkara yang paling mustahak ialah jangan jual BN5.0 atas kejayaan BN Versi terdahulu. BN3.0 Versi Tok Det sudah banyak berjaya dan BN5.0 tak boleh jual produknya atas kehebatan BN3.0. Ini kerja menipu. Sepatutnya BN5.0 sudah ternampak upgrade nya yang outstanding. Malang buat BN kerana BN4.0 telah merosakkan jenama BN ditahap yang cukup maksimum. Manakala jentera BN5.0 setelah melihat rosak hancurnya BN4.0 mengangkat perosak BN itu sebagai Ketua Panji BN5.0. Ini bukan hujah untuk membenci sesiapa. Ini adalah realiti yang cukup menyedihkan dan menjatuhkan standar BN5.0 di bawah BN3.0 dengan begitu dahsyat.

Pesaing utama BN5.o bukanlah Pakatan Rakyat atau PR1.0. BN5.0 mesti cuba bersaing agar dia boleh setanding BN3.0; jika tidak pun jaraknya antara BN5.0 hampir cuba mengejar standard BN3.0. BN5.0 bercakap sahaja mahu menerjah Lautan Biru atau Blue Ocean. Tapi baru berlayar sedikit sahaja, patah balik. Gerun melihat ombak besar.

Tak boleh begini! Percayalah Kes Video Seks Anwar kurang membantu untuk menaikkan rating BN5.0. Sebab ini bukannya senjata kekuatan. Kes Video Seks ibarat satu tembakan mortar sahaja. Ianya sudah pun meletup dan peluru itu sudah berkecai musnah. Memang kubu PR sedikit terancam. Namun dapat dibaik pulih sedikit demi sedikit.

Anwar bijak. Anwar tahu Cina sudah ditangannya. Biar pun bayaran untuk dia dapatkan sokongan Cina amat mahal. Itu Anwar tak peduli, asalnya galang ganti untuknya adalah PM Malaysia. Kini Anwar risau tentang sokongan India. Gobala pun dah hilang. Karupaan dan lawan dia habis-habisan. Anwar bijak. Anwar gunakan Ambiga sebagai ikon untuk mewujudkan rasa benci India kepada Melayu. Orang Melayu ni pantang tenngok orang India eksyen. Jadi Ambiha teruskan sikap eksyen dia. Orang Melayu ni bila tengok aada India eksyen sahaja, dia terus perli ke tahap caci maki. Ambiga pun dimaki mereka. Takpa la itu Ambiga saja, orang India tak marah. Tapi marahnya Melayu kat Ambiga sekali pukul hinakan orang India dengan perkataan yang mereka taksuka. Contohnya, memanggil Ambiga sebagai Keling dan Paria dan disumbati dengan pelbagai caci. Tak boleh begini! Orang India tak suka! Jangan marahkan nyamukkelambu kita bakar.

Jadi Anwar akan terus gunakan Ambiga sehabis madu Ambiga. Selagi ada peluang Anwar akan siksa minda Melayu penyokong BN dengan kata-kata kesat oleh Ambiga kepada Orang Melayu dan bangsa Melayu dengan cara yang cukup sinikal dan halus. Penyokong BN telah dimain ikut game Anwar. Video Seks semakin tak laku dipasaran. BN5.0 telah salah dipasarkan. Fikirkan kembali untuk memasarkan BN5.0 dengan cara yang betul. Bukan pasarkan BN versi lain. Ianya mesti BN5.0. Barulaah rakyat akan beli BN5.0!

Kenapa anda mesti memilih Barisan Nasional 5.0?

Perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia. BN harikini adalah BN5.0. Ianya diterajui oleh DS Najib Tun Razak. BN 1.0 adalah BN yang dibangunkan oleh bapa Najib, Tun Razak. Seterusnya, BN 2.0 oleh Tun Hussein, 3.0 oleh Tok Det dan 4.0 ditearjui oleh Pak Lah. Kenapa mesti kita sokong BN 5.0?

BN5.0 bukanlah BN yang terlemah di kalangan BN sedia ada. Yang pastinya BN1.0 dan BN3.0 sukar untuk dinyatakan manakah yang hebat kerana kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri. BN5.0 belum diuji sepenuhnya. BN5.0 baru sedang pulihkan dirinya dari tsunami besar yang melanda BN 4.0.

Kesilapan besar BN 4.0 apa dia? Jawapannya, BN 4.0 bagaikan dikuasai oleh Tingkat 4. Budak mentah yang cuba menguji teorinya. Jawapannya punah dan padah sehingga dilanggar tsunami69. Tsunami 69 adalah Tsunami 1.0 dan 2008 menyaksikan Tsunami 2.0 terjadi.

Kini, Najib ambil alih BN dan menjadikannya versi 5.0. Versi ini sudah menggunakan software UMNO 7.0 sejak UMNO 1.0 diterajui oleh Dato' Onn. Namun BN5.0 masih belum berstatus Versi Penuh. Ianya masih Versi Beta kerana PRU yang mengangkat Najib belum tiba sejak software BN5.0 digunakan olehnya.

Okay, kenapa anda mesti memilih BN5.0? Jawapannya anda boleh baca dari suratkhabar dan blog-blog yang begitu banyaknya. Termasuk blog pro Pakatan Rakyat. Apa yang kita jumpa dari kesemua maklumat yang ada kesimpulannya amat mudah. Adakah anda mahukan Najib atau Anwar sebagai PM Malaysia selepas PRU13 nanti? Kerana inilah jawapan sebenar yang semua rakyat Malaysia mesti cari daripada keadaan politik sedia ada. Pukullah kot kiri kanan atas bawah pun. Inilah matlamat akhir PRU 13 dan politik cacamarba masakini. Najib atau Anwar?

Dan inilah pusat peperangan yang sedang berlaku dalam mana-mana minda politik manusiawi di Malaysia. Najib atau Anwar? Jika anda memilih Najib sudah pastilah apa cara sekalipun, anda mesti tolong dan memastikan BN memenangi majoriti kerusi di Parlimen. Namun, jika anda memilih Anwar ada 1001 lagi persoalan yang anda mesti jawab sebelum merasakan Anwar mesti jadi PM Malaysia. Ikutilah siri ini seterusnya.......

Fenomena Baru di Perak Bangkit


Salam kepada semua pengunjung dan teman. Kini kita semua sedari pilihanraya semakin hampir dan suhu politik negara semakin membahang! Kami akan menyajikan hidangan yang amat dahsyat buat semua para pengunjung dengan wajah baru dan lebih menyegarkan. Dapatkan isu politik anda di sini!