
Apa yang ingin ditulis oleh kami di sini ialah perjuangan mestilah suatu Perjuangan. Biar apapun nama perjuangan itu ianya mesti mekar sebagai satu Perjuangan. Terlalu selalu kita diceramahkan bhawa perjuangan UMNO adalah perjuangan kerana duit. Kerana wang. Kerana projek. Sehinga fakta-fakta kecil ini sudah menjadi makanan di medan Ceramah Pakatan Pembangkang. Tidak dapat tidak memang orang-orang UMNO sendiri juga mengakuinya. Itulah perjuangan UMNO.
Di atas nama BePU, Sohaimi Shahadan mengatur langkahnya lebih jauh. Walau banyak juga yang hasad dan berdengki kerana orang Melayu itu dan itulah sikapnya tak abis-abis dan tak sudah-sudah. Sohaimi Shahadan bukan sahaja menyentuh hati-hati anak-anak yatim miskin, juga para ibu tunggal dan warga emas. Sohaimi dalam Majlis Berbuka Puasa di Finas baru-baru ini telah mengetuk pintu para seniman marhaen di kalangan kartunis dan pelukis. Bukan semua kartunis dan pelukis hidupnya senang dan bahagia meskipun perjuangan mereka asyik dan membahagiakan orang lain. Malah ramai juga para pelukis dan kartunis dalam negara ini hidup mereka lara.

Sohaimi Shahadan amat tahu halatuju perjuangan politiknya. Buka semata politik yang dikejar beliau. Malau politik hanyalah kenderaan untuk beliau berjuang demi rakyat. Demi orang susah dan orang-orang yang lemah. Agar mereka bangun dan bangkit. Berdiri dan menyahut perjuangan hidup dengan lebih gagah setia.
Di bingkisan Ramadhan ini, Kami mengajak seluruh anak muda yang berjuangan atas nama UMNO atau atas nama kebenaran. Ikutilah teladan baik yang ditunjukkan oleh Sohaimi Shahadan. Agar sekurang-kurangnya kita telah ada ikon baik dalam perjuangan politik tulin, bersih dan jujur.