GAYA EKSKLUSIF

GAYA EKSKLUSIF
Gaya Eksklusif - Online Kurta Shoppe

Isnin, 12 Disember 2011

Young And Dangerous - Fathul Bari

The Nothern Lion - Singa Utara

Young And Dangerous - Sohaimi Shahadan

Sohaimi The Lion - Singa Sohaimi

Young And Dangerous - Asyraf Wajdi

Kelantan Lion - Singo Kelate

Perak Bangkit lancarkan Kempen - YOUNG AND DANGEROUS!

Adakah anda rasa BN tengah leading?

1. PR tak kuat. PR tak rajin. Tapi bila PR tembak isu. Isu ikut rentak PR? Contoh isu ABU. Buat per pi layan SAMM tu. Bila BN follow maknanya mereka menang. Usah dilayan isu sebegitu.

2. Skrg isu NFC. Masih diawangan-awanagan. Selagi Shahrizat tak letak jawatan. Mereka advantage. Boleh hayun isu tu lagi. Isu ni akan terus jadi liabiliti BN jika Shahrizat masih tak letak jawatannya.

3. Isu Anwar meliwati yang diakui Karpal Singh. Ada penyokong n pengundi PR kesah? Mereka dah tak kesah samada bos mereka peliwat atau tidak. Dan ramai lagi ketegak tak nak percaya biar datang seribu bentuk fakta sekalipun.

4. Isu PR liberal dan DAP tak sokong Hudud> Pun tak boleh jadi senjata buat BN untuk goyangkan penyokong dan penugundi PR.

5. Isu pemberian RM100 kepada murid sekolah dan BR1M. Mereak dah ambil prinsip - bagi ambik, undi tetap PR!

jadi bagaimana?????

Sabtu, 10 Disember 2011

Mana Melayu? Siapa Melayu? Melayu sudah Mati?

1. Kini sebok jenuh semua nak tulis pasal Melayu, Melayu, Melayu

2. Kisah pagi ini adalah kisah seorang gadis Melayu, yang pakaiannya buka ruang hadapan badan bagi mudah terlihat payudaranya..... Pakaian elegan ketat dan namk kelihatan seksi.

3. Wanita Melayu itu muda antara usia 25 hingga 30 tahun. Berkulit hitam manis.

4. Naik sebuah kereta kancil yang di dalamnya ada seorang pemandu berbangsa Cina dan seekor anjing kecil sebagai pet.

5. Wanita itu tadi keluar membeli nasi lemak.

6. Gadis Melayu dengan boyfriend nya berbangsa Cina yang memangku anjing.

7. Gadis Melayu tu menjadi girlfriend lelaaki Cina - tak salah maaa - 1 Malaysia

8. Gadis Melayu tu pegang anjing - tak apa maa.... kering maaaa..... basah baru la kena samak... bukan susah nak samak pun..... basuh 7 kali jirus air termasuk sekali dengan air yang bercampur tanah.... mana-mana saja boleh jumpa tanah....

9. Jadi kini, generasi kini sudah bosan dengan slogan... Melayu, Melayu, Melayu. Yang menjerit slogan tu nak tolong siapa sebenarnya? Melayu atau diri sendiri sahaja....

10. Banyak yang boleh diulas dengan pelagai perspektif berkenaan senario di atas.

11. Melayu atau 1 Malaysia....????

Shahrizat dan yang seangkatan dengannya - yakni Pembawa Liabiliti berehatlah yer....

Bukan Shahrizat sahaja. Malah sesiapa yang juga liabiliti kepada parti silalh kemas baju dan beg politik anda. Sementara nama masih elok dan duit masih ada. Bercutilah ke luar negara.

Tenangkan fikiran masing-masing sambil merapatkan hubungan kembali sesama ahli keluarga yang semakin rengang dek kerana kesibukan berpolitik.

Sabbathical dalam berpolitik adalah ubat terbaik buat anda pada masa kini. Maka ruang dan peluang itu boleh diberikan kepada orang lain pula.....

Jual BN dengan cara yang betul - satu ulangan posting!

Ramai penyokong dan aktivis BN masih belum mengerti bagaimana untuk menjual BN5.0. Perkara yang paling mustahak ialah jangan jual BN5.0 atas kejayaan BN Versi terdahulu. BN3.0 Versi Tok Det sudah banyak berjaya dan BN5.0 tak boleh jual produknya atas kehebatan BN3.0. Ini kerja menipu. Sepatutnya BN5.0 sudah ternampak upgrade nya yang outstanding. Malang buat BN kerana BN4.0 telah merosakkan jenama BN ditahap yang cukup maksimum. Manakala jentera BN5.0 setelah melihat rosak hancurnya BN4.0 mengangkat perosak BN itu sebagai Ketua Panji BN5.0. Ini bukan hujah untuk membenci sesiapa. Ini adalah realiti yang cukup menyedihkan dan menjatuhkan standar BN5.0 di bawah BN3.0 dengan begitu dahsyat.

Pesaing utama BN5.o bukanlah Pakatan Rakyat atau PR1.0. BN5.0 mesti cuba bersaing agar dia boleh setanding BN3.0; jika tidak pun jaraknya antara BN5.0 hampir cuba mengejar standard BN3.0. BN5.0 bercakap sahaja mahu menerjah Lautan Biru atau Blue Ocean. Tapi baru berlayar sedikit sahaja, patah balik. Gerun melihat ombak besar.

Tak boleh begini! Percayalah Kes Video Seks Anwar kurang membantu untuk menaikkan rating BN5.0. Sebab ini bukannya senjata kekuatan. Kes Video Seks ibarat satu tembakan mortar sahaja. Ianya sudah pun meletup dan peluru itu sudah berkecai musnah. Memang kubu PR sedikit terancam. Namun dapat dibaik pulih sedikit demi sedikit.

Anwar bijak. Anwar tahu Cina sudah ditangannya. Biar pun bayaran untuk dia dapatkan sokongan Cina amat mahal. Itu Anwar tak peduli, asalnya galang ganti untuknya adalah PM Malaysia. Kini Anwar risau tentang sokongan India. Gobala pun dah hilang. Karupaan dan lawan dia habis-habisan. Anwar bijak. Anwar gunakan Ambiga sebagai ikon untuk mewujudkan rasa benci India kepada Melayu. Orang Melayu ni pantang tenngok orang India eksyen. Jadi Ambiha teruskan sikap eksyen dia. Orang Melayu ni bila tengok aada India eksyen sahaja, dia terus perli ke tahap caci maki. Ambiga pun dimaki mereka. Takpa la itu Ambiga saja, orang India tak marah. Tapi marahnya Melayu kat Ambiga sekali pukul hinakan orang India dengan perkataan yang mereka taksuka. Contohnya, memanggil Ambiga sebagai Keling dan Paria dan disumbati dengan pelbagai caci. Tak boleh begini! Orang India tak suka! Jangan marahkan nyamukkelambu kita bakar.

Jadi Anwar akan terus gunakan Ambiga sehabis madu Ambiga. Selagi ada peluang Anwar akan siksa minda Melayu penyokong BN dengan kata-kata kesat oleh Ambiga kepada Orang Melayu dan bangsa Melayu dengan cara yang cukup sinikal dan halus. Penyokong BN telah dimain ikut game Anwar. Video Seks semakin tak laku dipasaran. BN5.0 telah salah dipasarkan. Fikirkan kembali untuk memasarkan BN5.0 dengan cara yang betul. Bukan pasarkan BN versi lain. Ianya

Bloggers boleh namakan atau cadangkan calon PRU 13

Adalah masa yang paling sesuai buat semua bloggers menamakan Calaon-calon Winnable menurut pemerhatian anda, atau kawan anda, atau penduduk setempat anda atau siapa sahaja tentang siapakah Calon-calon yang berwibawa buat BN.

Kami di sini mencadangkan senarai berikut untuk dicalonkan di PRU 13; carilah tempat sesuai untuk mereka:-

1. Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Kelantan
2. Ustaz Fathul Bari - Perlis
3. Akhramsyah Sanusi - Kedah
4. Sohaimi Shahadan - Selangor
5. Azmi Ismail - Perak
6. Abd Karim Mohamad - Trengganu
7. Saiful Adly Abd Wahab - Negri Sembilan

Pilihanraya lambat lagi - Sekarang adalah masa menembak untuk membersihkan

Setelah mendapat maklumat bahawa pilihanraya akan lambat lagi diadakan, maka sekarang adalah masanya untuk kita menembak mana-mana komponen dalaman bagi tujuan memperbaiki keadaan.

1. Tembaklah mana-mana Kementerian yang bermasalah.
2. Tembaklah mana-mana Pegawai Kerajaan yang Terlampau.
3. Tembaklah ahli-ahli politik yang berpenyakit dan liabiliti kepada parti.
4. Tembaklah Menteri yang tak makan nasihat.
5. Tembaklah mana-mana individu, orang, bloggers yang akan merugikan BN

Tun Faisal, Papagomo dan pergaduhan sesama bloggers pro UMNO dan lain-lain hal

1. Pertempuran

Ini bukannya posting tentang Tun Faisal dan Papagomo. Bukan juga tentang pertempuran lain sesama para bloggers pro UMNO. Ini adalah sebuah posting tentang kenapa terjadinya pertempuran itu. Ianya berlaku bukan kerana prinsip, etika mahupun apa jua. Ianya hanya kerana dal wau ya ta.

2. Soal Ranking

Rangking tu semuanya permainan dalama maya sahaja. Pembaca tak pedulikan berapa tinggi ranking kita dalam carta. nak tinggi ranking kenalah rajin berblogging. Hanya tentang kerajinan.

3. Arahtuju?

Untuk berblog? Sumber rezeki, keseronokan, isi masa lapang atau untuk berpolitik secara online? Atau untuk mencari kebenaran? Terpulang kepada niat dan kemahuan masing-masing. Bila kita berblog, kita sebenarnya berada di dunia tanpa sempadan dan sejujurnya; dunia ini bagi tiada undang-undang ataupun negara. Ianya adalah pentas anakrki. Marahlah sesiapa yang kau nak marah. Pujilah sesiapa yang kau nak puji. Kerana ketika kamu mengetuk papan kekunci masing-masing..... hanya Iman sahaja yang menentukan penulisanmu. Bagaimanakah bentuk dan hasil mesej yang disampaikan.

4. Pembaca blog

Ramai juga rakyat Malaysia suka membaca blog. Dan terpulang kepada mereka untuk menafsirkan apa cara dan bagaimana. Ilmu yang menafsirkan apakah yang mereka akan faham daripada apa yang mereka baca.