Rabu, 2 Januari 2013

2013 - Kehangatan PRU 13 kini bermula!!!

Salam pengunjung dan peminat-peminat Blog Perak Bangkit dari seluruh pelusuk tanahair.

Mulai hari ini, Pejabat Urusan Perak Bangkit telah dibuka semula. Segala habuk-habuk dan sawang-sawang telah kami bersihkan. Dan krew-krew kami akan kembali menulis tentang politik tanahair.

Esok, saudara sekalian akan mula membaca dan menilai siapakah bakal-bakal Calon Pilihanraya Umum ke 13. Negeri Perak pastilah fokus utama blog kami. Kerana apa?

Parti mana yang akan memerintah Perak nanti akan berjaya membuka jalan mereka ke Putrajaya. BN atau UMNO? Belum tahu lagi adakah parti ini akan terus mengekalkan kuasa politik mereka di tanahair.

DAP semakin hebat meluaskan pengaruhnya di kalangan pengundi Cina. Manakala, PAS pula semakin hebat dari segi jentera pilihanrayanya berbanding UMNO.

PKR juga tidak boleh diperkecilkan lagi. Pada awalnya PKR dilihat sebagai parti serpihan UMNO, kini tidak lagi. PKR sudah dilihat mempunyai taringnya di dalam kancah politik tanahair.

Gerakan sekarang dilihat sebagai parti minoriti dan semakin lemah. MCA dan MIC begitu juga. Taring politik MCA kini sudah patah. MIC menerima nasib yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan