Sabtu, 26 Januari 2013

Semakin dimainkan isu Kalimah Allah semakin undi kepada BN hilang...

BN telah termasuk ke dalam perangkapnya sendiri. Isu Kalimah Allah ini diheret oleh BN ke dalam Kancah isu politik tanahair untuk dipolemikkan. Namun ternyata ianya hanya menyumbang kerugian terhadap sokongan kepada BN.

Kenapa? Majoriti masyarakat Islam telah memahami kedudukan isu Kalimah Allah ini dengan pelbagai bentuk kefahaman menurut konteks yang masing-masing difahamkan. 

Polemik terkini ialah samada ianya boleh atau tidak wajar digunapakai di dalam Bible terjemahan Bahasa Melayu.

Namun, yang paling malang sekali ialah "kalimah Allah" itu ramai yang faham dan memahami tentangnya. Yang tidak difahami oleh Orang Islam ialah apakah itu Bible?

Kerana Orang Islam yang menjadi orang yang berdiskusi tentang ini tidak faham apakah itu Bible menyebabkan polemik ini akhirnya menjerut BN sendiri.

Adakah benar sekiranya kita katakan bahawasanya Bible itu adalah Kitab Suci bagi suatu agama yang dinamakan sebagai Agama Kristian? Jika benar sedemikian, maka Ianya adalah suatu yang berasal daripada Kitab Taurat yang diberikan Allah kepada Nabis Musa dan juga Kitab Injil yang diberikan Allah kepada Nabi Isa. Yang kita yakini kandungannya telah diselewengkan, lebih-lebih lagi dalam Soal Aqidah dan Tauhid.

Jika niat orang yang berdiskusi itu mempunyai niat politik dengan harapan agar orang ramai menyokong partinya kerana "dia bertegas TIDAK MEMBENARKAN Kalimah Allah diterjemahkan sebagai God"; maka partinya akan sama sekali ditolak kerana pada masa yang sama kesucian Islam sebagai AdDin itu dilihat oleh orang ramai sebagai "mereka mempermainkannya".

Persoalan "Kepenggunaaan Kalimah Allah" ini juga membawa refleks menyeluruh terhadap total tindakan dia atau mereka atau sesiapa sahaja MESTILAH dilihat selari dengan KEPATUHAN yang MUTLAK kepada ajaran Al Qur'an. 

Pengamal Rasuah, Kronisme dan Perompak Harta Rakyat pasti akan dilihat "bercakap dalam soal kepengunaan Nama Allah" itu sebagai usaha jahat mereka untuk dijadikan hanya sebagai senjata untuk terus melansungkan undi rakyat kepada partinya.

BN berada di dalam situasi ini sekarang. Orang ramai barangkali setuju dengan apa sahaja kandungan hujah  yang baik bagai sesuatu pendekatan dan pandangan yang baik. Namun dalam masa yang sama orang ramai tetap melihat Ketua Wanita Parti yang mengamalkan Projek Kondo Lembu sebagai perilaku zalim yang menyebabkan orang ramai akan terus menolak parti yang diwakili oleh Ketua Wanita tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan