GAYA EKSKLUSIF

GAYA EKSKLUSIF
Gaya Eksklusif - Online Kurta Shoppe

Jumaat, 25 Januari 2013

War Room BN dalam Bahaya - dikuasai oleh pihak asing?

Maklumt ini masih lagi bersifat teori konspirasi. Demikianlah sepertimana pembri maklumat melaporkan kepada pihak kami. Iaitu War Room BN.

Semua dan banyak pihak semakin termaklum bahawsanya YB Dato' Husni akan mengetui siri kempen BN peringkat Negeri Perak para PRU ke 13 nanti. Ini jelas kerana YAB DS Zambry bakal diletakkan sebagai Calon di Parlimen Bukit Gantang dan seterusnya akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan BN Perak.

Dato' Husni nantinya akan mengambilalih tugas sebagai Pemangku Pengerusi di mana beliau kini adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan. Jawatan kerajaan beliau selaku MK 2 akan memudahkan tugas plarasan kempen apatah lagi beliau juga adalah Bendahari UMNO Malaysia.

Namun ada hal yang membimbangkan pihak-pihak tertentu khususnya Sdr Hanafiah Man yang kini memimpin Unit Gempur Penerangan BN/UMNO Perak menerusi Jabatan War Room BN yang diketuainya. Husni memang sukar untuk bekerja dengan pihak "musuh lama" atau "ex-PKR". 

Resah. Unit War Room ini bakal tidak akan difungsikan kerana Husni ada kaedah beliau yang tersendiri dari segi strategi Perang psywar politik.

Akhir-akhir ini kelihatan, Husni sedang bekerja rapat dengan Datuk Nasaruddin, Adun Bota yang juga kini adalah Pengerusi Technology Park Malaysia. 

Hanafiah bakal berehat menjelang pilihanraya akan datang kerana tugas mereka bersama Misi Ezam hampir selesai. Mereka akan diibaratkan sepah yang akan dibuang memandang madu mereka dianggap habis.

Apakah inikah caranya? Mudahkah untuk melupakan jasa besar pengorbanan Ezam dan strukturnya iaitu Hamdan Taha dan Hanifiah Man? Apa akan jadi jika mereka beralih arah menyokong Pakatan Rakyat?

Itulah yang telah dijangkakan!

Beberapa orang-orang yang telah dipasang oleh Grup Hanafiah di dalam PKR seperti Kapt Usaili Alias - Ketua Cabang Parit, Sdr Muhamamad Arafat - Naib Ketua Cabang Tambun, Fauzi Muda - Mantan Ketua Cabang Ipoh Barat serta beberapa figura yang main kayu tiga, di mana pemain kayu tiga itu berada di dalam Jabatan Pilihanraya Keadilan Perak.

Grup Hanafiah Man ini pula diawasi rapat oleh YB Jamaluddin Osman dan juga Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak.

Meskipun Grup ACTION TEAM EZAM di Perak iaitu Hanafiah Man dan Jamaludin Osman kini merasa sedikit selesa; namun demikian Grup Kawalan Kemenangan BN di Peringkat Federal amat sangsi terhadap Grup ACTION TEAM EZAM. Kerana kumpulan ini tidak kuat pgangan politik mereka dan akan mengambil KEPUTUSAN MELOMPAT jika terdesak!

Seterusnya, Grup Kawalan kemenangan BN di Peringkat Federal akan mengsingkirkan Zambry dan menggantikan beliau dengan DS Husni. Zambry juga punya sejarah lompatan.... Iaitu setelah keluar ISA, goyah dengan perjuangannya menyokong DSAI akan tunduk kepada Penguasa pada masa itu.

YB Dato Husni amat tegas. Beliau berani dan bijak sekali. BN Perak mampu menang PRU ke 13 nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan