Wah! Aku bakal bergelar penulis nanti. Dalam sibuk-sibuk kepanasan politik tanahair, aku sempat mengarang sebuah cerita novelet ini. Ya, ia kisahnya tentang gadis pujaanku, seorang Tionghua. Sudah lama aku menyukainya. Aku sukakannya bukan kerana dia cantik. Semuanya adalah kerana hajat dan niatku ingin melahirkan zuriat yang bukan lagi bangsanya Melayu. Zuriatku nanti adalah seorang Malaysia.
Namanya Ah Foong. Dia telah kukenali sejak kecil. Dia selalu menjaga kedai runcit bapanya. Aku pula selalu ke kedai runcit bapanya itu. Masa kecil aku selalu ke kedainya sambil mengoratnya. Ah Foong juga suka kepadaku. Dia kata aku ini segak. Sebenarnya aku tak rasa aku begitu segak. Mungkin dia sengaja nak menjaga hatiku. Kami memang berkawan baik. Kadang-kadang kami boleh dikatakan agak rapat.
Ah Foong suka mengikutku mandi sungai. Namun bapanya tak membenarkan beliau mengikutku mandi sungai. Kami hanya pergi diam-diam. maksudnya, curi-curi pergi. Ah Foong cukup seronok setiap kali aku mengajaknya mandi sungai. Di sungai itu ada banyak udang. Ah Foong pandai menjala udang. Setiap kali ke sungai dan pulang, saya akan membawa sekati udang pulang. Saya suka memasak. Jadi saya masakkan sambal tumis udang petai.
Di hari yang lainnya, bila kami ke sungai, aku akan membawa lauk yang telah dimasak itu untuk kami makan bersama. Aku memang sukakan Ah Foong dan Ah Foong sukakan aku. Banyak benar pengalaman kami berdua sejak kecil. Saya memang seorang yang nakal dan suka mengusik. Ah Foong pula sering menangis bila diusik olehku. Kemudian, aku akan memujuknya kembali. Begitulah tingkah kami berdua sejak kecil. Ada banyak lagi yang akan aku ceritakan kemudian.
Ketika ini, politik di negeri kami semakin membahang. Aku dan Ah Foong, kedua-duanya sudah dewasa. Kami sudah tamat belajar dan sudah bekerja. Aku adalah seorang kontraktor binaan dan Ah Foong bekerja di kedai hardware milik bapanya. Kami tidak begitu kerap bertemu kerana masing-masing sibuk dalam tugasan harian. Namun begitu, hubungan kami ada sedikit halangan. Ah Foong rupanya aktif berpolitik. Dan aku juga begitu. Aku berjuang dalam parti yang nasionalis Melayunya agak kuat. Manakala, Ah Foong pula aktif dalam parti yang semangat chauvinis Cinanya juga agak kuat. Saya berada dalam parti kerajaan dan Ah Foong pula dalam parti pembangkang.
Ya, kami sering bertengkar soal politik. Masing-masing mengakkan prinsip politik parti masing-masing. Hubungan akrab kami sedikit tercalar. Namun cintaku kepada Ah Foong masih ada. Begitu juga dengan Ah Foong. Soalnya, apakah ketegangan politik akan menjejaskan hubungan cintaku dengan Ah Foong? Ikutilah penulisanku seterusnya...

Allah akan berikan kejayaan buat Ustaz
Oh ya... Ada satu Festival Muzikal Antarabangsa akan didakan di Ipoh. Apa pendapat anda semua? Kami suka menamakannya sebagai IPOH INTERNATIONAL LIMESTONE MUSIC FESTIVAL. Kita boleh menjemput artis tempatan dan luar negara dan seorang artis terkenal contonhya seperti Eric Clapton. Wah! Kerajaan BN mesti support idea ni. Barulah BN akan jadi lebih progressif dalam konteks multiracial community.
