Kuatnya desas-desus maklumat dalaman bahawasanya PAS akan menyingkirkan Hasan Ali sebagai ahli PAS. Hasan Ali telah dianggap sebagai duri dalam daging PAS. Hasan Ali memang menantikan saat manis itu. Hasan akan jadi lebih perkasa.

Pergolakan dalaman PAS Selangor jelas merupakan tanda awal di mana keutuhan Kerajaan Pakatan di Selangor akan jadi goyah. Kita lihat sahaja statistik di mana jumlah ADUN PKR dan DAP hanya berbeza seorang sahaja. Kiranya nanti Hasan akan disingkirkan dari PAS dan menjadi ADUN Bebas maka kedudukan di Selangor benar-benar berubah. 20 + 2 = 22 untuk Pembangkang dan Kerajaan Selangor hanya disokong oleh 14 +13 +7 = 34. Bezanya kini cumaa 12 orang. Jika 6 orang lagi penyokong Kerajaan berpaling tadah maka, jika undi tak percaya kepada MB dibuat pastinya Khalid akan tumbang. Kerana Speaker tidak boleh mengundi dan keputusannya akan menjadi 28-27.
Tetapi misi kami di Selangor bukanlah sedemikian. Misi kami adalah misi Marhain. Apa yang penting diasaskan di Selangor ialah kekuatan rakyat yang akan dizahirkan dan kita akan mendesak Kerajaan Selangor supaya berlaku adil.
Cuba lihat peta Selangor, ada 2 lopong di tengah-tengah geografinya. Satu WP Kuala Lumpur dan satu lagi WP Putrajya. Di dua lopong inilah gerakan Marhain akan dilancarkan. Rakyat akan disatukan melalui wadah-wadah terpilih. BERSATU HATI akan menjadi slogan semangat utama pergerakan ini. Kita akan SATU kan HATI-HATI yang terpisah. Kita cantumkan kesemuanya menjadi suatu pergerakan besar. Rakyat Selangor sudah muak dengan helah dan tipu daya kerajaan Selangor pimpinan Khalid Senget yang amat SOMBONG. Kini tibalah masanya untuk SATU SUARA dan SATU HATI. Satu Minda dan Satu Perasaan!