Isnin, 31 Januari 2011

Kemelut MAYC: Aduan ke SPRM kait Syed Hamid

-artikel ini dihapuskan kerana mencari kebenaran-

Selasa, 25 Januari 2011

Auch! panas Sungguh! Mohid... Kau takkan terlepas....

-artikel ini dihapuskan kerana mencari kebenaran-

Isnin, 24 Januari 2011

Sabtu, 22 Januari 2011

Pejabat MAYC disita akibat pertelagahan dalaman

Pejabat MAYC disita akibat pertelagahan dalaman
Aidila Razak
Jan 22, 11
5:18pm
Status Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) kini tergantung berikutan masalah dalaman yang membabitkan beberapa personaliti Umno yang menyaksikan pejabatnya di Wisma Belia di Kuala Lumpur disita.

Menurut Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara, yang dilantik sebagai setiausaha agung pada mesyuarat agung tahunan pada 31 Julai lalu, ini menimbulkan kebimbangan puak-puak yang bertelagah merampas aset serta dokumen milik MAYC.

mayc protest 220111 groups sealing offDalam laporan polisnya di balai Brickfields, semalam, Ahmad Ansor, yang juga ketua MAYC Perak berkata mereka menyita pejabat itu setelaah gagal mendapatkan beberapa dokumen pendaftaran berhubung MAYC Perak.

“Berdasarkan permohonan saya, seorang kakitangan di pejabat (MAYC WismaBelia) berkata bossnya memberi arahan supaya dokumen yang dipohon tidak diserahkan dan fail-fail mengenainya dihantar dengan sebuah lori ke pejabat di PWTC.

“Kami bercadang menyita pejabat pendaftaran MAYC bagi mengelakan sebarang penyelewengan,” katanya.

Berlaku penyelewengan

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Ahmad Ansor menambah urusan surat menyurat di antara sekretariat MAYC dan Pendaftar Persatuan Belia (ROY) menimbulkan kebimbangan berlakunya penyelewengan.

mayc protest 220111 ahmad ansor muhd rivai batubara akhramsyah sanusi azmi ismail“Pada Mei 2009, ROY menghantar makluman kepada sekretariat MAYC bahawa ia menghadapi tindakan ditutup jika tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan seperti yang diarahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

“Dalam jawapannya kepada ROY, sekretariat berkenaan memohon lebih banyak masa dengan alasan mereka sedang memindahkan aset kepada Yayasan MAYC,” katanya hari ini.

Ditanya maklumat mengenai yayasan itu, Akhramsyah Sanusi, yang dilantik presiden pada AGM 31 Julai lalu yang juga adalah anak kepada bekas presiden MAYC dan menteri kabinet, Tan Sri Sanusi Junid berkata: “ Ia suatu misteri... (yayasaan itu) kini ditutup”.

Kejadian hari ini yang disaksikan olerh kira-kira 30 kakitangan MAYC daripada beberapa negeri adalah berikutan deklarasi oleh ROY yang memutuskan kedua-dua AGM yang diadakan oleh kedua-dua pihak bertelagah pada 31 julai dan juga 26 September tahun lalu adalah tidak sah.

mayc protest 220111 groupJemputan untuk AGM kedua diadakan oleh setiausaha agung Syed Rahman Syed Kuning dan dipengerusikan oleh presidennya yang bakal mengundurkan diri yang juga adalah bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar, pada 26 September lalu.

Mustaffa Mat Arop,yang sebahagaian daripada anggota kepimpinan syed hamid dilantik sebagai presiden baru.

Menurut notifikasi ROY, AGM pada 31 Julai itu tidak sah kerana ia tidak dipanggil oleh setiausaha agungnya.

Manakala AGM pada 26 September itu juga tidak sah kerana jemputan tidak dibuat kepada sebahagian besar anggota kelab, laporan kewangan yang tidak lengkap serta pencalonan untuk jawatan hanya dibuka kepada dua negeri berbanding 12 negeri yang menjadi anggotanya.

source: http://www.malaysiakini.com/news/154151

Khamis, 20 Januari 2011

Impact Is Imminent! Laporan Polis kerana Fail-fail Mayc Dilarikan????

Antara Kandungannya:

Fail-fail MAYC telah dilarikan dari Pejabat Berdaftar MAYC ke suatu "pejabat rahsia" di PWTC. Ini disahkan oleh salah seorang staf lelaki di Pejabat MAYC tersebut.



Impact Is Imminent! Pihak MAYC meminta kami melaporkan Siri Projek Impact Imminent!!!

Kami telah dihubungi oleh pihak MAYC yang berjuang untuk mengembalikan hak belia untuk belia bagi melaporkan siri Perjuangan Tanpa Akhir mereka dalam suatu Projek - Impact Is Imminent!!!

Kami bersetuju untuk membuat laporan tersebut kerana ianya akan memberikan kesan impak maksima terhadap sokongan golongan belia kepada Kerajaan Yang Bijaksana.....


Sabtu, 8 Januari 2011

Masa untuk Rais letak jawatan dan berehatlah........

Allah SWT Tuhan Sekalian Alam. Setiap perbuatan baik dan buruk pasti akan ada balasan daripada Allah. Janganlah kerana nila setitik akan rosak susu sebelanga.

Rocky Bru teruskanlah berkhidmat. Kelebihan anda amat diperlukan oleh rakyat Malaysia, khususnya Kerajaan Pro Establishment.

Kepada Blogger Kecil-kecilan Yang bersekutu, ayuhlah kita fokus kepada memantapkan halatuju isu politik yang lebih terpimpin dan terarah. Agar nantinya semua perancangan yang baik akan dipusatkan menjadi suatu kuasa pemancar sinar-sinar kejayaan.

Jika kita sayangkan Melayu dan kita sayangkan Islam, makanya kita mestilah bergerak sederap. Sudahkanlah acara bunuh membunuh sesama sendiri. Kelak kita juga yang rugi. Kepada sesiapa yang merasai langkah agak ke tepian dan tidak lurus tegak, sila betulkan alignment masing-masing.

Bersaralah DSR

This song is dedicated for you - The Unforgiven II



Jumaat, 7 Januari 2011

Rentetan Isu Rogol - Rocky Bru yang "terogol" oleh keadaan mesti menjawab juga.....

Juga kepada suatu pandangan balas yang cukup menarik oleh Anselmo

Dalam komentar pada pos terdahulu:-

Anselmo said...

Aku tak sokong sapa pun buat kejahatan, kalu najib pun buat, hayun je dia ke sg buloh. Ramai lagi org UMNO blh jadi menteri atau PM, aku salah sorang yg reday nak jadi menteri. Yg aku sikit meluat dgn brader rocky bru ni, dia marah rais bkn sebab prinsip, dia buat pendedahan bukan sebab nak cari kebenaran tapi marah kat rais sebab rais tak beli tempe yg rocky bru jual.Buatlah mcm2 citer. Yg tambah aku tak berapa suka, rocky bru ni kena sponsor oleh timbalan pengerusi JKKK (kawan baik rocky bru), kawan dia ni hangin ngan rais sebab rais nak tengok local order dulu sebelum titian buluh yg kawan rocky bru cdgkan buat.Rais bkn jaga titian atau jalan, tambah marahlah kawan rocky bru kat rais. Tu yg sanggup kuar duit, belanja roky bru buat pendedahan ni. Kawan rocky bru ni, anak org besar beb, bapak dia dulu ketua kampung.

Rumusan marhaen:


Jika inilah keadaannya, ibarat Rocky sanggup membakar istana hologram yang dibinanya di persada Dunia Maya ini... Adakah Rocky bergerak dan hidup di Maya ini atas dasar wang?

Jika itulah sabab musababnya, maka Rocky mestilah menjawab.... kerana sepatutnya Rocky lebih teliti dengan apajua yang dia ingin apasaja yang tertulis di blognya.

Sekadar berkongsi pengalaman dengan Rocky, bahawa Rocky mestilah tahu dan faham... pada jumlah visitors yang ramai melawat-menyinggah di blognya. Blognya bukanlah total miliknya. Blog itu sudah jadi milik ummat penyokong establishment.

Perak Bangkit juga insaf bahawsanya kami juga milik ummat penyokong establishment, dan kami juga terus bersikap hati-hati. Agar semua hati dapat dipelihara.

Kepada semua rakan-rakan "Blogger Kecil-kecilan Yang Bersekutu" sekalian.... ini adalah peluang terbaik untuk kita ajar kaw-kaw [mintaklah tolong Pak Rais join da grup]; kita ajar kaw-kaw rakan blogger pakatan pembangkang yang jahat-jahat sangat jahat!!

Dan takperlulah kita letakkan Bang Rocky dan Bang Big Dog dalam sangkar lain yang bukan sangkar kita bersama...... Raikan perbedaan dalam pertarungan minda yang mencakar; tapi tetapkan bulatan gelanggang dalam sempadan yang satu saja!

Isu Rogol - Kami bersama Rocky Bru, tidak bersama Rais.....

Setelah melihat kepada senario dan keadaan dan merenung dari jauh, kami mendapati ulasan Rocky Bru berkenaan isu Rogol lebih menarik berbanding penafian bersahaja Rais yang kurang meyakinkan pembaca blog dan pemerhati politik seperti kami.

Jika anda teliti apa yang dituliskan Rocky, ianya bukanlah suatu tuduhan, tetapi ianya lebih kepada gesaan untuk Rais supaya respons secara lebih serius akan Isu ini kerana Isu ini secara yang seriusnya akan digunakan oleh Pakatan Jahat Pembangkang untuk henyak BN. Jadi tak adil buat BN, jika Rais tak bersungguh menyerang balik tuduhan rogol ke atas Pakatan Jahat Pembangkang secara lebih tegas dan berani.

Keseriusan Rais akan lebih kredibel jika semua pelapor kes Rogol terhadapnya dihenjut secukup-cukupnya. Henjutlah Chegu Bard kaw-kaw jika Chegu Bard tu menipu!

Henjutlah Malaysiakini dan semua blogger Pembangkang yang semakin berani meludah kahak ke muka Rais dengan isu Tuduhan Merogol.

Seterusnya, kata Rocky.... let the investigation begins! Seterusnya juga kita nak lihat apakah nasib blogger pembangkang masih selesa di kerusi tempat mereka menulis blog masing-masing sambil kencing seenak-enaknya ke atas orang yang bernama Rais.

Kalau kami jadi Rais.... Kami takkan bagi can sesaatpun pada blogger pembangkang yang masih kurang hajau.....