GAYA EKSKLUSIF

GAYA EKSKLUSIF
Gaya Eksklusif - Online Kurta Shoppe

Rabu, 30 Januari 2013

Parlimen Kampar - Satu Preview Kemenangan di PRU 13

BN dilihat menguasai Kawasan Parlimen ini. Ianya juga memberi kesan langsung kepada kerusi di DUN Tualang Sekah dan Malim Nawar.

BN pula tewas di Keranji kepada DAP.

Malim Nawar menjadi faktor BN kekal kemenangan di Parlimen Kampar. Malim Nawar dilihat aka ada sedikit perubahan di mana ada perancangan pengundi Cina untuk memnerikan sedikit ruang kemenangan buat MCA. Ianya lebih bersifat mengimbangi.

Kemenangan buat MCA sedikit sebanyak bersifat rasa terima kasih pengundi Tionghua kepada MCA yang membawa Pusat Pengajian Tinggi yang banyak berteraskan Bahasa Mandarin ke Bandar Kampar.

Namun keputusan ini masih lagi boleh berubah. Peluang kemenangan BN di Tualang Sekah dan Malim Nawar masih rapuh buat BN.

Bagu kerusi DUN Tualang Sekah ianya terlalu faktorial. Sekiranya PKR meletakkan Calon Bukan Melayu, laluan bagi BN lebih terbuka.

BN pula akan tergugat sekiranya Calon Melayu diletakkan kerana pengundi Melayu pasti akan memberikan kejutan kepada Calon UMNO.

Sukar juga bagi BN jika masih mengekalkan Calon sedia ada walaupun peluang menang juga masih ada sekiranya pemenang terdahulu dikekalkan. Namun, jika UMNO meletakkan Calon lebih muda dan baharu dan dilihat bijak serta merakyat, peluang besar akan tertuju kepada BN untuk menang kerusi ini.

Di Malim Nawar, ianya nampak sangat terbuka persainganya. Barangkali pemenang terhadulu dari parti DAP yang melompat boleh berpeluang menang lagi.

Tugas berat juga buat DAP. Faktor Calon amat mempengaruhi kemenangan bagi kerusi ini. Adakah pimpinan DAP yang paling kanan akan diletakkan? Jika demikian, peluang DAP akan terbuka semula untuk menang.

Namun demikian, apapun keputuan di peringkat DUN, peluang BN/MCA untuk menang di Kampar masih terbuka luas. Sikap undi bersilang bagi pengundi Tionghua masih berlaku juga kali ini di Kampar.

DAP juga telah diberikan signal untuk tidak meletakan Calon wibawa mereka di parlimen ini. BN/MCA dijangka menonjolkan Calon Mudanya di sini. Muda dari segi usia namun sudah memiliki kerdential politik yang seimbang,

Bagi Keranji pula, isyarat yang sangat jelas telah dipancarkan oleh para pengundi di sana. Ianya adalah kerusi untuk politikus DAP.

Sabtu, 26 Januari 2013

Semakin dimainkan isu Kalimah Allah semakin undi kepada BN hilang...

BN telah termasuk ke dalam perangkapnya sendiri. Isu Kalimah Allah ini diheret oleh BN ke dalam Kancah isu politik tanahair untuk dipolemikkan. Namun ternyata ianya hanya menyumbang kerugian terhadap sokongan kepada BN.

Kenapa? Majoriti masyarakat Islam telah memahami kedudukan isu Kalimah Allah ini dengan pelbagai bentuk kefahaman menurut konteks yang masing-masing difahamkan. 

Polemik terkini ialah samada ianya boleh atau tidak wajar digunapakai di dalam Bible terjemahan Bahasa Melayu.

Namun, yang paling malang sekali ialah "kalimah Allah" itu ramai yang faham dan memahami tentangnya. Yang tidak difahami oleh Orang Islam ialah apakah itu Bible?

Kerana Orang Islam yang menjadi orang yang berdiskusi tentang ini tidak faham apakah itu Bible menyebabkan polemik ini akhirnya menjerut BN sendiri.

Adakah benar sekiranya kita katakan bahawasanya Bible itu adalah Kitab Suci bagi suatu agama yang dinamakan sebagai Agama Kristian? Jika benar sedemikian, maka Ianya adalah suatu yang berasal daripada Kitab Taurat yang diberikan Allah kepada Nabis Musa dan juga Kitab Injil yang diberikan Allah kepada Nabi Isa. Yang kita yakini kandungannya telah diselewengkan, lebih-lebih lagi dalam Soal Aqidah dan Tauhid.

Jika niat orang yang berdiskusi itu mempunyai niat politik dengan harapan agar orang ramai menyokong partinya kerana "dia bertegas TIDAK MEMBENARKAN Kalimah Allah diterjemahkan sebagai God"; maka partinya akan sama sekali ditolak kerana pada masa yang sama kesucian Islam sebagai AdDin itu dilihat oleh orang ramai sebagai "mereka mempermainkannya".

Persoalan "Kepenggunaaan Kalimah Allah" ini juga membawa refleks menyeluruh terhadap total tindakan dia atau mereka atau sesiapa sahaja MESTILAH dilihat selari dengan KEPATUHAN yang MUTLAK kepada ajaran Al Qur'an. 

Pengamal Rasuah, Kronisme dan Perompak Harta Rakyat pasti akan dilihat "bercakap dalam soal kepengunaan Nama Allah" itu sebagai usaha jahat mereka untuk dijadikan hanya sebagai senjata untuk terus melansungkan undi rakyat kepada partinya.

BN berada di dalam situasi ini sekarang. Orang ramai barangkali setuju dengan apa sahaja kandungan hujah  yang baik bagai sesuatu pendekatan dan pandangan yang baik. Namun dalam masa yang sama orang ramai tetap melihat Ketua Wanita Parti yang mengamalkan Projek Kondo Lembu sebagai perilaku zalim yang menyebabkan orang ramai akan terus menolak parti yang diwakili oleh Ketua Wanita tersebut.

Jumaat, 25 Januari 2013

Forecast keseluruhan kemenangan ikut Parti bertanding bagi PRU 13 di Negeri Perak

P074 - Lumut                                             BN
N07450 - Sitiawan                                     DAP
N07451 - Pasir Panjang                             BN
N07452 - Pangkor                                      BN

P0752 - Bagan Datok                                BN
N07553 - Rungkup                                    BN
N07554 - Hutan Melintang                       PKR

P076 - Telok Intan                                    DAP
N07655 - Pasir Bedamar                           DAP
N07656 - Changkat Jong                           BN

P0772 - Tanjong Malim                            PKR
N07757 - Sungkai                                     DAP
N07758 - Slim                                           BN
N07759 - Behrang                                    PKR


Setelah analisa untuk 20 kawasan dijangkakan kemenangan kerusi Dun bagi DAP, PAS, PKR dan PSM adalah 12-11-10-1. PR dilihat mendahului BN dan PSM dengan kedudukan 33-15-1 bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri. 

Bagi kedudukan kerusi Parlimen pula BN dijangka menang 6 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat menang 14 kerusi Parlimen dengan PKR, PAS dan DAP masing-masing mendapat 6-4-4. Bagi 4 lagi kawasan yang dianalisa BN didapati menambah lagi 2 kerusi Parlimen dan 5 kerusi Dun. PKR pula dijangka mendapat 1 kerusi Parlimen dan 2 kerusi Dun. 

Manakala, DAP pula dijangka mengekalkan 1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi Dun. 

Maka terjumlahlah keseluruhannya bagi kerusi Parlimen BN dijangka menang 8 kerusi Parlimen di Perak. Manakala Pakatan Rakyat dijangka menang 16 kerusi parlimen menjadikan jumlah kesemuanya 24. 

Bagi kerusi Dun ternyata, setelah 20 kawasan pun sudah terlihat Pakatan Rakyat mampu menubuhkan kerajaan yang baru di Perak. Dengan tambahan 5 kerusi lagi menjadikan kesemuanya Pakatan Rakyat dan PSM menang di 39 kerusi Dun. BN hanya dijangka menang di 20 kawasan Dun.

Penyumbang kemenangan BN di Parlimen ialah UMNO 5, MCA 2 dan Gerakan 1. Manakala di Dun, UMNO 18 dan MCA 2.

Penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat di parlimen ialah PKR 7, DAP 5 dan PAS 4. Kesemuanya 16 kerusi.

Bagi Dun pula, kemenangan di 38 kerusi dipelopori oleh DAP 15, PKR 12, PAS 11 dan PSM menang satu kerusi menjadikan jumlah kesemuanya 39 kerusi.

Seperti terdahulu laluan diberikan oleh DAP kepada Calon Yang Bakal Menang dari kalangan PAS atau PKR yang berbangsa Melayu dan beragama Islam untuk memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. 

Barangkali calonnya yang bakal dipersetujui adalah dari kalangan PKR memandangkan PKR mendahului PAS dengan 12 kerusi. DAP juga dijangka lebih selesa memberikan laluan kepada PKR untuk memimpin kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya diberikan mandat oleh rakyat kelak.

Apapun, forecast keputusan pilihanraya ini adalah suatu garis panduan untuk menolak sebarang bentuk andaian tidak elok yang menyatakan sekiranya Pakatan Rakyat Mentadbir negeri, sesuatu kaum atau bangsa akan teraniaya. Ianya amat tidak benar sama sekali. 

Lengkap analisa 20 kawasan PRU 13 - suatu Forecast yang bertanggungjawab


P066 - Batu Gajah                                      DAP
N06631 - Jelapang                                      PSM
N06632 - Menglembu                                 DAP
N06633 - Tronoh                                        DAP

P067 - Kuala Kangsar                                 BN
N06734 - Bukit Chandan                            BN
N06735 - Manong                                       PAS

P068 - Beruas                                              BN
N06836 - Pengkalan Baharu                       PAS
N06837 - Pantai Remis                               DAP

P069 - Parit                                                 PAS
N06938 - Belanja                                        BN
N06939 - Bota                                            PKR

P070 - Kampar                                            BN
N07040 - Malim Nawar                              BN
N07041 - Keranji                                        DAP
N07042 - Tualang Sekah                             BN

P071 - Gopeng                                            PKR
N07143 - Sungai Rapat                               PAS
N07144 - Simpang Pulai                             PKR
N07145 - Teja                                             PKR

P072 - Tapah                                               PKR
N07246 - Chenderiang                                PKR
N07247 - Ayer Kuning                                BN

P073 - Pasir Salak                                       PKR
N07348 - Sungai Manik                              BN
N07349 - Kampong Gajah                          PAS

DAP dilihat teruji kekuatan dan penguasaannya di kawasan Beruas dan Kampar kerana hanya mampu memenangi satu sahaja kerusi Dun. BN pula melebar penguasannya di tempat tersebut dengan menang di 2 kerusi Parlimen. Bagi analisa lapan lagi kawasan ini kelihat BN menambah 3 kerusi Parlimen termasuk mengekalkan kemenangannya di Kuala Kangsar. BN tewas di Pasir Salak dan Tapah kepada PKR, manakala di Parit, BN tewas kepada PAS.

DAP terus kukuh di kawasan Batu Gajah meskipun terpaksa tewas satu lagi kerusi kepada PSM. Kemenangan tunggal PSM itu menanda asas perjuangan politik demokrat sosialnya bertapak di Daerah Kinta setelah sebelum ini wakilnya yang bertanding di atas tiket PKR terus memimpin kemenangan di Parlimen Sungai Siput. 

DAP pula tumpas di parlimen Beruas menjadikan tambahan kerusi Parlimen yang dimenanginya hanya 1 sahaja di Batu Gajah. bagi kerusi Dun pula DAP hanya menambah 4 sahaja kerusi. Bagi PKR pula, petanda baik politiknya dilihat di Parlimen Tapah dan Pasir Salak. PKR menambah 3 lagi kerusi Parlimen selain kekal lagi kemenangan di Parlimen Gopeng. Kerusi Dun pula ditambah sebanyak 2 lagi iaitu di Bota dan Chenderiang selain terus menang di Teja dan Simpang Pulai.

PAS pula menambah satu lagi kerusi parlimen di Parit dan 3 kerusi Dun di Manong, Pengakalan Baharu, Sungai Rapat dn Kampong Gajah. PAS kini dilihat menang 4 kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dun. PKR semakin kukuh dengan dilihat akan menang di 6 kerusi Parlimen dan 8 kerusi Dun. Makanala DAP pula dilihat menang di 4 kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dun. PSM pula walapun bukan di kalangan Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan kepada Gagasan tersebut dalam hal-hal yang tertentu kini memiliki wakil tunggalnya. 

BN menambah 6 lagi kerusi Dun menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 15 kerusi setelah 20 kawasan Parlimen dianalisa. 12-11-10-1, iaitu kemenangan kerusi Dun bagi DAP, PAS, PKR dan PSM. Kini PR mendahului BN dan PSM dengan kedudukan 33-15-1 bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Bagi kedudukan kerusi Parlimen pula BN dijangka menang 6 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat menang 14 kerusi Parlimen dengan PKR, PAS dan DAP masing-masing mendapat 6-4-4.

Tinggal lagi 10 kerusi Dun untuk dianalisa melinatkan kerusi Parlimen Lumut, Bagan Datoh, Teluk Intan dan Tangjong Malim. 

Terlihat kestabilan kemenangan Pakatan Rakyat bagi komposisi kepartaian mahupun agama dan bangsa bag calon yang bakal menang. 

PKR dilihat mampu menang di 10 kerusi Dun, di mana komposisi bakal calon yang bakal menang tersebut ialah 5 orang Melayu-Islam dan 5 orang lagi adalah kaum Tionghua dan orang Asal.

PAS pula dilihat mampu menang di 11 kerusi Dun yang pastinya kesemuanya beragama Islam. Manakala DAP pula dijangka menang di 12 kerusi Dun yang mana ada komposisi calon mewakili kaum India sekurang-kurangnya 2 orang. PSM pula calonnya aadalah kalangan kaum India. 

14 orang kaum Tionghua-Buddha@Kristian di kalangan Calon PKR/DAP yang bakal menang memperlihatkan keseimbangan 16-14-3-1 bagi komposisi calon Pakatan Rakyat yang bakal menang iaitu mewakili; Kaum Melayu dan yang beragama Islam, Kaum Tionghua dan yang beragama Budhha, Kaum India dan yang beragama Hindu  dan Masyarakat Orang Asal serta yang beragama Kritisan.

Lagi Forecast menang Kalah PRU13


P059 - Bukit Gantang                                PAS
N05913 - Kuala Sapetang                          PKR
N05914 - Changkat Jering                         PKR
N05915 - Trong                                          BN

P060 - Taiping                                            DAP
N06016 - Kamunting                                   BN
N06017 - Pokok Assam                               DAP
N06018 - Aulong                                         DAP

P061 - Padang Rengas                              PKR
N06119 - Chenderoh                                  BN
N06120 - Lubok Merbau                             PAS

P062 - Sungai Siput                                   PKR
N06221 - Lintang                                        BN
N06222 - Jalong                                         DAP

P063 - Tambun                                           BN
N06323 - Manjoi                                          PAS
N06324 - Hulu Kinta                                    BN

P064 - Ipoh Timur                                       DAP               
N06425 - Canning                                       DAP
N06426 - Tebing Tinggi                               DAP
N06427 - Pasir Pinji                                     DAP

P065 - Ipoh Barat                                         DAP
N06528 - Bercham                                       DAP
N06529 - Kepayang                                     BN
N06530 - Buntong                                       DAP

Kita analisa lagi 7 kawasan, menjadikannya keseluruhan 12 kawasan Parlimen. Kita akhiri analisa 5 kawasan dengan Pakatan Rakyat mendahului 3 kerusi Parlimen berbanding BN hanya 2.

Bagi kerusi Parlimen PR, PAS dilihat menyumbang 2 manakala PKR hanya 1. Dan bagi kerusi Dun pula, PR mendahului BN dengan 9-3. Bagi 9 kerusi DUN PR pula dilihat PAS mendahului PKR dengan 5-4.

Kita sudahkan dahulu analisa di wilayah utara melibatkan Daerah Larut Matang dan Selama; di mana terdapat 2 lagi kawasan Parlimen yang melibatkan 6 kerusi DUN.

Ternyata di Parlimen Taiping, DAP mengungguli dengan membolot kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN dan ini menambahkan lagi koleksi kerusi PR dan BN hanya dapat bertahan di 1 kerusi DUN. Manakala di Bukit Gantang, kelihatan yang sama seperti PRU yang lepas di mana PAS menawan Parlimen dan PKR menawan 2 kerusi DUN dan BN hanya 1 sahaja Kerusi DUN.

Lalu kini, terjumlahlah kesemuanya PR mendahului BN bagi kerusi Parlimen dengan 5-2. Bagi 5 kerusi Parlimen kelihatan sekarang PAS 3, DAP 1 dan PKR 1.

Sedangkan bagi kerusi DUN kedudukan PR dan BN menjadi   13-5. DAP dan PKR masing-masing menambah lagi 2 kerusi Dun. Dan kini bagi PR, PKR di hadapan dengan 6 kerusi DUN diikuti oleh PAS 5 dan DAP 2.

Lihat pula di kawasan Majoriti Melayu di Padang Rengas dan Tambun serta kawasan bercampur di parlimen Sungai Siput.

Harmoninya keputusan di Padang Rengas dan Sungai Siput kepada parti-parti yang bertanding. PKR mendahului dengan menang di 2 kerusi Parlimen, manakala PAS dan DAP masing-masing berjaya menang di kerusi Dun dan BN pula memperolhi 2 lagi kerusi Dun.

Di Tambun pula, BN dilihat wibawa dengan menang 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi Dun dan memberi laluan kepada PAS menang di 1 kerusi Dun.

Keputusan 5-2 bertukar jadi 7-3. PKR kini menyamai PAS dengan menang 3 kerusi Parlimen dan DAP masih lagi 1.

Bagi kerusi Dun pula, BN menambah lagi 3 kerusi menjadikan kedudukan mereka masih lagi ketinggalan dengan 8-16 kerana PAS menambah 2 lagi kemenangan di kerus Dun dan DAP 1. Bagi PR pula, 16 kerusinya kini dimenangi oleh PAS mendahului dengan 7 kerusi diikuti PKR 6 dan DAP 3. 

DAP terus unggul di kawasan bandaraya Ipoh dengan menambah 2 lagi kerusi Parlimen dan 5 kerusi Dun di mana kali ini laluan diberi kepada BN memenangi 1 kerusi Dun.

Setelah 12 kawasan PR dahului BN di Parlimen dengan 9-3; PR pula memperlihatkan kemenangan sama kuat oleh PAS, DAP dan PKR kerana masing-masing menyumbang 3 kerusi Parlimen. Sama juga dengan BN, yang juga menang di 3 kerusi Parlimen. 

Bagi kerusi Dun kini kedudukannya ialah 21-9 didahului oleh PR. dengan kemenangan 5 kerusi Dun di Bandaraya Ipoh; DAP mengukuhkan kedudukannya dengan 8 kerusi diikuti oleh PAS 7 dan PKR 6.

Forecast kemenangan Parti Di dalam PRU 13 - Bagi 5 Kawasan Parlimen di Perak


P054 - Gerik                                            BN
N05401 - Pengkalan Hulu                       BN
N05402 - Temenggor                               PKR

P055 - Lenggong                                      BN
N05503 - Kenering                                   PKR
N05504 - Kota Tampan                            BN

P0562 - Larut                                            PAS
N05605 - Selama                                       PAS
N05606 - Kubu Gajah                               PAS
N05607 - Batu Kurau                                BN

P057 - Parit Buntar                                   PAS
N05708 - Titi Serong                                 PAS
N05709 - Kuala Kurau                              PKR

P058 - Bagan Serai                                    PKR
N05810 - Alor Pongsu                               PKR
N05811 - Gunong Semanggol                    PAS
N05812 - Selinsing                                     PAS

Benar sekali Parlimen Gerik dilihat sebagai kubu kuat BN. Namun, pada PRU 13 kali ini , sudah tiada lagi kawasan yang boleh dikira sebagai kubu kuat.

BN akan tercicir satu kerusi DUN dan jangkaannya ialah Temenggor. BN pasti meletakkan Calon baru di kawasan tersebut. Dan pengundi orang asal di kerusi tersebut memang tidak terduga membuat suatu kejutan, dan akhirnya PKR memenanginya.

Senario yang sama juga di Parlimen Lenggong, kerana kerusi DUN di Kenering kali ini tercicir. Ada sebab yang BN mesti kaji kenapa mereka akan tercicir kerusi ini kepada PKR kelak.

Setelah analisa dua kawasan Parlimen ini, kita dapati BN berjaya memperolehi 2 kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN. Manakala PKR mendapat 2 kerusi DUN dan PAS, DAP dan PSM masih lagi tiada memiliki apa kerusi.

Kita teruskan analisa ke Parlimen Larut di mana PAS membuat tsunami dengan menawan kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN. BN pula berjaya mempertahankan hanya 1 sahaja kerusi di Batu Kurau.

Manakala di Daerah Kerian pula, BN lopong kosong. PAS menawan Parlimen Parit Buntar dan mempertahankan 3 kerusi DUN, manakala PKR membuat anajakan dengan menambah satu lagi kemenangan di DUN selain mempertahankan Parlimen Bagan Serai dan kerusi DUN Kuala Kurau.

PAS kini di hadapan dengan 2 kerusi Parlimen dan 5 kerusi DUN. BN menyusuri dengan  2 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN. Manakala, PKR dengan 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.

Amnya, Pakatan Rakyat kini sudah ada 3 kerusi Parlimen dan 9 kerusi DUN. 

War Room BN dalam Bahaya - dikuasai oleh pihak asing?

Maklumt ini masih lagi bersifat teori konspirasi. Demikianlah sepertimana pembri maklumat melaporkan kepada pihak kami. Iaitu War Room BN.

Semua dan banyak pihak semakin termaklum bahawsanya YB Dato' Husni akan mengetui siri kempen BN peringkat Negeri Perak para PRU ke 13 nanti. Ini jelas kerana YAB DS Zambry bakal diletakkan sebagai Calon di Parlimen Bukit Gantang dan seterusnya akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan BN Perak.

Dato' Husni nantinya akan mengambilalih tugas sebagai Pemangku Pengerusi di mana beliau kini adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan. Jawatan kerajaan beliau selaku MK 2 akan memudahkan tugas plarasan kempen apatah lagi beliau juga adalah Bendahari UMNO Malaysia.

Namun ada hal yang membimbangkan pihak-pihak tertentu khususnya Sdr Hanafiah Man yang kini memimpin Unit Gempur Penerangan BN/UMNO Perak menerusi Jabatan War Room BN yang diketuainya. Husni memang sukar untuk bekerja dengan pihak "musuh lama" atau "ex-PKR". 

Resah. Unit War Room ini bakal tidak akan difungsikan kerana Husni ada kaedah beliau yang tersendiri dari segi strategi Perang psywar politik.

Akhir-akhir ini kelihatan, Husni sedang bekerja rapat dengan Datuk Nasaruddin, Adun Bota yang juga kini adalah Pengerusi Technology Park Malaysia. 

Hanafiah bakal berehat menjelang pilihanraya akan datang kerana tugas mereka bersama Misi Ezam hampir selesai. Mereka akan diibaratkan sepah yang akan dibuang memandang madu mereka dianggap habis.

Apakah inikah caranya? Mudahkah untuk melupakan jasa besar pengorbanan Ezam dan strukturnya iaitu Hamdan Taha dan Hanifiah Man? Apa akan jadi jika mereka beralih arah menyokong Pakatan Rakyat?

Itulah yang telah dijangkakan!

Beberapa orang-orang yang telah dipasang oleh Grup Hanafiah di dalam PKR seperti Kapt Usaili Alias - Ketua Cabang Parit, Sdr Muhamamad Arafat - Naib Ketua Cabang Tambun, Fauzi Muda - Mantan Ketua Cabang Ipoh Barat serta beberapa figura yang main kayu tiga, di mana pemain kayu tiga itu berada di dalam Jabatan Pilihanraya Keadilan Perak.

Grup Hanafiah Man ini pula diawasi rapat oleh YB Jamaluddin Osman dan juga Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak.

Meskipun Grup ACTION TEAM EZAM di Perak iaitu Hanafiah Man dan Jamaludin Osman kini merasa sedikit selesa; namun demikian Grup Kawalan Kemenangan BN di Peringkat Federal amat sangsi terhadap Grup ACTION TEAM EZAM. Kerana kumpulan ini tidak kuat pgangan politik mereka dan akan mengambil KEPUTUSAN MELOMPAT jika terdesak!

Seterusnya, Grup Kawalan kemenangan BN di Peringkat Federal akan mengsingkirkan Zambry dan menggantikan beliau dengan DS Husni. Zambry juga punya sejarah lompatan.... Iaitu setelah keluar ISA, goyah dengan perjuangannya menyokong DSAI akan tunduk kepada Penguasa pada masa itu.

YB Dato Husni amat tegas. Beliau berani dan bijak sekali. BN Perak mampu menang PRU ke 13 nanti

Khamis, 3 Januari 2013

Asmuni Awi VS Kazim Elias - Persaingan Hebat di DUN Manjoi

Nah! Inilah berita pecah pertama dari kami untuk anda!

Asmuni Awi seorang peguam tersohor akan bertanding di kerusi DUN Manjoi dan akan ditentang oleh calon  BN yang kini masih lagi Ahli Seumur Hidup PAS, Saudara Kazim Elias.

Haji Asmuni dijangka akan dipertaruhkan oleh parti PAS untuk memenangi kerusi DUN Manjoi. Nampaknya, Tuan Haji Asmuni juga telah kuat berkempen di DUN Manjoi.

Agak sedikit lewat, bagi BN memperkenalkan calon winnable nya iaitu Ustaz Kazim. Beliau memang telah dikenali ramai masakini kerana sering keluar di kaca TV.

Begitupun, kehebatan Tuan Haji Asmuni memang sukar dicabar oleh Calon BN. Beliau amat dikenali di DUN Manjoi. Seorang peguam yang agak senior, Tuan Haji Asmuni dijangka mempunyai sedikit kelebihan berbanding Ustaz Kazim yang jauh lebih muda darinya.

Apapun, ADUN masakini iaitu YB Dato' Haji Nadzri Ismail semakin tenggelam namanya untuk diangkat semula sebagai Calon BN. Ini adalah disebabkan prestasinya di dalam pilihanraya yang lepas sangat merudum dan hampir tumpas dan tewas kepada Calon PAS, Ustaz Zulkarnain.

Kami akan membawa sorotan ini di dalam entri akan datang. Justeru, bersedialah semua pengundi DUN Manjoi. Meskipun secara rasminya pihak BN masih belum mengumumkan siapakah bakal calonnya, namun nama Ustaz Kazim sudah menjadi bualan umum bagai masyarakat pengundi di DUN Manjoi.

Apa pula komen anda?

Rabu, 2 Januari 2013

2013 - Kehangatan PRU 13 kini bermula!!!

Salam pengunjung dan peminat-peminat Blog Perak Bangkit dari seluruh pelusuk tanahair.

Mulai hari ini, Pejabat Urusan Perak Bangkit telah dibuka semula. Segala habuk-habuk dan sawang-sawang telah kami bersihkan. Dan krew-krew kami akan kembali menulis tentang politik tanahair.

Esok, saudara sekalian akan mula membaca dan menilai siapakah bakal-bakal Calon Pilihanraya Umum ke 13. Negeri Perak pastilah fokus utama blog kami. Kerana apa?

Parti mana yang akan memerintah Perak nanti akan berjaya membuka jalan mereka ke Putrajaya. BN atau UMNO? Belum tahu lagi adakah parti ini akan terus mengekalkan kuasa politik mereka di tanahair.

DAP semakin hebat meluaskan pengaruhnya di kalangan pengundi Cina. Manakala, PAS pula semakin hebat dari segi jentera pilihanrayanya berbanding UMNO.

PKR juga tidak boleh diperkecilkan lagi. Pada awalnya PKR dilihat sebagai parti serpihan UMNO, kini tidak lagi. PKR sudah dilihat mempunyai taringnya di dalam kancah politik tanahair.

Gerakan sekarang dilihat sebagai parti minoriti dan semakin lemah. MCA dan MIC begitu juga. Taring politik MCA kini sudah patah. MIC menerima nasib yang sama.