Langkau ke kandungan utama

UMNO dan PAS mesti dileburkan. Ke Arah Politik baru.

Jika UMNO akan dileburkan oleh Khairy Jamaluddin untuk menjadi BN atau The Nationalist; maka PAS juga mesti diakhiri.

PAS boleh dianjakkan menjadi suatu gagasan NGO yang menjadi badan gabungan semua pertubuhan-pertubuhan Pro Islami. 

Orang-orang PAS yang mahu terus berpolitik bolehlah menyertai PKR kerana PKR adalah sebuah parti yang juga Pro Islami. PKR ialah The People Justice atau bahasa rocknya ialah And Justice For All.

Awal 70-an wujudnya sebuah gagasan NGO Pro Islami yang dinamai sebagai ABIM. Setelah sessi penjaaan selesai maka Anwar Ibrahim telah sebulat suara diangkat menjadi Pemimpin Ulung gagasan Perjuangan ini. Manakala Arwah Ustaz Fadzil Noor adalah timbalannya. Beberapa tahun kemudiannya barulah Haji Hadi menjadi YDP ABIM Trengganu. Siapa yang tidak ABIM masa itu? Mat Sabu juga ABIM.

Orang lama yang ada dalam PAS kini hanyalah Mustafa Ali. Beliau lebih kanan daripada Datuk Nik Aziz ketika era 70 an kerana beliau ialah Ketua Pemuda PAS ketika PAS berpisah daripada BN. Sempatlah beliau menjadi Timbalan Menteri.

Datuk Asri berat nak melepaskan kepimpinan PAS kerana mahu Anwar mengambil alih teraju kepemimpinan sebelum beliau melepaskannya. Anwar enggan sambil memberikan beberapa alasan.

Justeru untuk apa lagi perlu wujudnya PAS lagi? PKR sudah ada dan paling sesuai menjadi platform politik yang terbaik kepada semua ahli PAS kini. PKR juga adalah inspirasi Dr Burhanuddin Al Helmy.

Bersatu padulah segenap baka
Menegakkan hak KEADILAN pusaka.

Kerana itu dialah yang menggagaskan Parti Rakyat Malaysia. Setelah siap parti itu maka dia meminta Ahmad Boestamam mengemudinya. Dan Dr Burhanuddin Al Helmy memimpin PAS.

PRM sudah diserap masuk ke dalam PKN menjadi PKR. Kini masa untuk diserapkan PAS ke dalam PKR. Jadilah PKR Parti No. 1 negara. Sebelum parti ini (PKR) akan berhadapan dengan Misi Gelombang Ketiga. Gelombang Ketiga akan meleburkan demokrasi.

Ulasan

  1. “Pemuda Umno sekarang tidak semacam dulu,” ujar Tun Mahathir.

    Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu.

    “Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam,” katanya lagi.

    “Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya,” jelas Tun Mahathir. “Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti),” tambahnya.

    Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang Cina.

    Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Baju apakah yang anda suka pakai?

Pastilah anda lebih hebat mengetahui tentang apakah fesyen terkini yang lebih sesuai. Saya juga tahulah seberapa sebanyak tentang pakaian yang menarik untuk dipakai. Anda sukakan Kurta? Apakah itu Kurta? Kurta adalah pakaian tradisional yang dipakai di Afghanistan, Bangladesh, India, Pakistan, Nepal, dan Sri Lanka. Kurta adalah pakaian yang longgar yang bagian bawahnya bisa mencapai lutut. Kurta sesuai dipakai oleh jejaka kacak dan gadis manis.  Kurta biasanya dipakai bersama dengan paijama (kurta-paijama), salwar, churidar, atau dhotis; namun pada masa kini kurta juga akan menjadi segak bergaya bila dipakai bersama seluar jins. Kurta boleh dipakai dalam kegiatan sehari-hari maupun dalam acara rasmi. Wanita pula akan memakai kurti sebagai blouse, dan boleh saja dipadupadankan dengan seluar jins. Di bawah ini adalah beberapa jenis-jenis Kurta yang dijual oleh Gaya Eksklusif secara Online. Yang penting Gaya Eksklusif menjualnya dengan harga yang sangat murah berba